Baru dua hari hantar anak ke pengasuh, beri pengalaman yang sukar dilupakan buat ibu ini apabila anaknya Afeeya Aura, 6 bulan dipukul hingga memberi kecederaan di bahagian muka dan trauma buat si kecil ini.

Menurut Norfazilah Zilah yang berkongsi pengalamannya dengan Pa&Ma, dia tidak menyangka sikap pengasuh itu yang berperwatakan seperti seorang ibu dan sayangkan anak-anak sebenarnya silap.

Baru 2 Hari Hantar Pengasuh, Anak Kena Tampar Sampai Menangis Tak Ada Suara

“Memandangkan sebelum ini saya yang menjaga Afeeya, tapi setelah dapat tawaran kerja, saya mengambil keputusan untuk hantarnya ke pengasuh. Setelah mencari di kawasan rumah, saya berjumpa dengan pengasuh ini.

“Itupun selepas saya tengok iklan di papan notis di kawasan rumah dan terus menghubunginya. Niat saya cari pengasuh yang dekat dengan rumah kerana senang kalau ada apa-apa hal berlaku pada anak.

“Lagipun pengasuh ada juga menjaga dua lagi anak asuhan yang berusia 4 bulan dan 2 tahun. Jadi saya fikirkan tiada masalah untuk pengasuh menjaga anak kerana pengalamannya mengasuh anak orang lain,” katanya.

Hari pertama hantar Afeeya ke rumah pengasuh tiada pun rasa bimbang. Cuma menjadi persoalan ketika saya mengambilnya selepas pulang kerja, ternampak hidung Afeeya luka. Apabila bertanyakan pada pengasuh dia beri jawapan Afeeya tercakar kukunya sendiri.

“Waktu itu saya belum fikir negatif lagi dan balik rumah potong kuku Afeeya. Keesokan harinya saya pergi hantar macam biasa dan apabila pulang kerja ada lagi kesan merah bebirat di bahagian pipi anak.

Ads

Baru 2 Hari Hantar Pengasuh, Anak Kena Tampar Sampai Menangis Tak Ada Suara

“Disebabkan tak mahu fikir bukan-bukan saya tanya sekali lagi dan jawapannya Afeeya tidur dalam buaian dan mukanya tergeser-geser di kain buaian tersebut.

“Cuma peliknya, sejak saya sampai dirumah pengasuh petang itu, bila Afeeya nampak muka saya terus dia nangis tersedu-sedu sampai hilang suaranya. Seolah-olah dia nak beritahu sesuatu pada saya.

“Bila saya teliti betul-betul di pipi Afeeya jelas nampak kesan jari. Hanya Allah yang mengetahui bagaimana perasaan saya waktu tu. Cukup bersalah rasanya saya hantar Afeeya ke pengasuh tersebut hingga dia pun trauma dan takut,” jelasnya.

Selepas buat laporan polis, pengasuh tersebut telah ditahan untuk siasatan lanjut. Sekarang Afeeya dalam proses untuk pulihkan kembali emosinya dan syukurlah tiada apa-apa lagi kecederaan teruk.

Doktor turut memberitahu setiap bulan Afeeya kena buat pemeriksaan susulan dengan pakar kanak-kanak untuk tengok semula bahagian dalamannya takut ada apa-apa kesan sampingan.

Ads

Nasihat saya buat semua ibu bapa, hati-hatilah pilih pengasuh. Bukan kita tak mahu percaya sepenuhnya tetapi bila nampak ada kelainan baiklah bertanya.

Baru 2 Hari Hantar Pengasuh, Anak Kena Tampar Sampai Menangis Tak Ada Suara

Mungkin bayi bawah setahun walaupun tak boleh nak beritahu yang dia takut atau sakit, melalui cara yang ditunjukkan itu pun ibu bapa boleh nampak.

Semoga semua anak-anak kita dilindungi dan ibu bapa yang keluar bekerja pun boleh rasa tenang kerana dapat pengasuh yang boleh menjaga seperti anak sendiri.

Ads

Sumber: Norfazilah Zilah

 

 

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI