Bila dengar kes pembuangan bayi setiap hari, terasa sedih pula mengenangkan nasib bayi yang dibuang. Sayu hati melihat bayi yang kelaparan dan ketakutan dalam pelukan orang asing. Setiap orang yang membaca pasti teringatkan anak sendiri.
Menurut laporan Bernama, Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemukan dalam kotak air mineral di persimpangan Jalan Kabus-Jalan Bintang di Ampang dekat sini, semalam.
Ads
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Noor Azmi Yusoff berkata pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan bayi perempuan itu daripada orang awam pada 7 pagi.
“Tiada sebarang dokumen atau barang milik bayi ditemukan bersama bayi ini dan bayi telah dibawa ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan.
Ads
“Hasil pemeriksaan mendapati bayi seberat 2.8 kilogram ini dilahirkan cukup bulan dan ia dilahirkan dalam tempoh 24 jam lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kes itu boleh menghubungi pegawai penyiasat Insp Zanariah di talian 0189604202 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi.
Kredit: BERNAMA
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Secara luaran rumah yang didiami 6 beranak ini kelihatan uzur kerana hanya berdindingkan buluh, zink terpakai dan separuh batu bata. Namun siapa sangka di sebalik kesusahannya itu, bila jejak kaki ke dalam rumah pastinya buat ramai yang kagum.
Walaupun dalam rumah hanya berlantaikan tanah tetapi sikap pasangan suami isteri ini yang sangat pembersih wajar dipuji. Dengan susun atur setiap barang dalam rumah yang begitu kemas, tiada sampah dibuang merata-rata dan bahagian dapur yang bersih serta tiada bauan, mengambarkan bahawa kemiskinan bukan satu alasan untuk mereka.
Seperti yang dikongsikan oleh seorang sukarelawan, Puan Natipah Abu beliau begitu kagum dengan sikap ahli keluarga ini walaupun mempunyai anak yang masih kecil.
“Mereka susah bukanlah kerana sikap’
Boleh dikatakan ini antara salah sebuah rumah yang begitu bersih walaupun secara fizikalnya bukan kediaman yang sempurna.
“Datanglah pada bila-bila masa pun, rumah ini memang sentiasa bersih dan kemas. Jadi mereka susah bukanlah kerana sikap …”
Inilah syurga pasangan muda yang mempunyai empat orang cahaya mata berumur diantara 9 , 7 , 3 dan 1 tahun.
Kita setuju dengan pendapat komuniti setempat yang telah memanjangkan kisah keluarga ini kepada kita. Jarang sekali kita temui rumah yang daif sebersih ini.
Dapur berlantaikan tanah, sangat bersih
Biarpun dapur cuma berlantaikan tanah namun dijaga bersih. Ada ruang basuhan di hujung dapur tetapi tiada sebarang bauan yang kurang menyenangkan pun.
Ruang ibu rumah, rumah batu dibuat sendiri seadanya dan hanya langsir menjadi pemisah bilik. Apa yang ada di dalam rumah ini juga pemberian orang. Diterima dengan besar hatinya oleh pasangan suami isteri ini.
Guna bahan terpakai siapkan rumah
Pasangan ini mengambil keputusan menyiapkan ruang dapur rumah mereka dengan bahan yang ada di sekeliling seperti kayu batang pinang, zink terpakai, buluh dan lain-lain kerana tidak mampu lagi membayar sewa rumah yang mahal.
Mereka membuat keputusan berpindah ke rumah yang didirikan di atas tanah orang tua ini hampir setahun yang lalu.
Si suami baru saja dua minggu bekerja di sebuah kedai welding dengan gaji hari. Sebelum ini, beliau bekerja di sebuah kedai welding di bandar dan dibayar RM50 sehari. Tidak tahan berulang alik berjam-jam setiap hari dengan motosikal, beliau nekad berhenti kerja dan bekerja di kampung saja.
Bila ditanya tentang gaji di tempat baru beliau menjawab dengan nada yang perlahan
“ Jujur saya cakap … saya takut nak tanya tentang gaji. Takut nanti tauke tak mahu terima saya pula…”
Hajat dipanjangkan untuk kita membantu menyiapkan ruang dapur rumah pasangan ini termasuk pendawaian dan penyambungan bekalan elektrik. Mujurlah tiada bil untuk bekalan air bersih kerana datangnya dari bukit dan disalurkan ke kampung di bawah projek “air muafakat”.
Sekiranya ada yang ingin menghulurkan sumbangan, boleh salurkan ke akaun Maybank Natipah Abu – 552107617521.
Mudah-mudahan dengan berkat sedekah kita ini akan memberikan kediaman yang lebih selesa buat Encik Mohd Fitri Bin Md Kassim sekeluarga.
Kita permudahkan orang, InshaAllah satu hari akan ada insan yang Allah SWT kirim untuk mempermudahkan kita kelak.
**Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak sulung penyanyi Azmi Saat yang baru dilahirkan 27 September lalu telah dijemput ilahi selepas mengalami masalah kesihatan kira-kira jam 12 tengah hari, hari ini (Khamis).
Menerusi laporan Mstar, perkara itu disahkan pengurusnya, Syah Rahman yang memaklumkan bayi diberi nama Khairul Afnan itu menghembuskan nafas terakhir dipangkuan ibunya, Nazirah Muhammad di hospital swasta tempat dia dilahirkan.
“Selepas alat bantuan pernafasan dicabut, Azmi dan isteri diberi peluang meriba anak mereka sehingga nafas terakhirnya.
“Afnan sah meninggal dunia beberapa minit kemudiannya..doakan semoga pasangan ini diberikan kekuatan melalui ujian cukup mencabar ini,” kata Syah.
Pada pagi tadi, Azmi, 34, yang juga merupakan vokalis kumpulan Caliph Buskers memaklumkan bayi lelakinya itu berdepan penyakit yang masih belum diketahui punca sehingga perlu menerima bantuan alat pernafasan.
Dia yang reda menerima ujian itu memohon orang ramai mendoakan yang baik-baik namun ternyata Allah lebih mengetahui segalanya.
Berikut perkongsian Azmi sebelum pemergian anak syurganya..
Mohon tolong doakan Afnan. Afnan tak sihat. Kami sedang diuji.
Allah mudahkan urusan kami waktu proses mengandung tapi sekarang Allah nak uji kami.
Allah mudahkan proses bersalin tapi sekarang Allah nak uji kami.
Allah letakkan rasa teruja dalam hati kami tapi sekarang Allah nak uji kami.
Itulah Allah pemilik sekalian alam. Dia yang maha merancang dan maha mengetahui segalanya.
Mungkin ada antara kalian yang Allah makbulkan doanya. Tolong doakan moga Afnan sihat dan Allah berikan yang terbaik buat kami.
Apa pun yang berlaku, kami redha dengan ketentuan takdirNya. Amin Ya Rabbal Alamin.
Dalam pada itu, Syah Rahman memaklumkan masih belum mengetahui penyakit yang dihidapi anak kecil itu kerana terpaksa menjalani pemeriksaan pakar.
“Saya pun belum dapat hubungi Azmi lagi. Cuma terakhir malam tadi dia ada beritahu Afnan tidak sihat. Kata Azmi, Afnan bernafas dengan bantuan pernafasan.
“Doktor syak bahagian otak Afnan ada masalah sebab dia tak bergerak, jadi perlu buat ujian MRI untuk semak status otak dan punca sebenar,” katanya lagi.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Comelnya bila teruja nak solat beginilah. Ini perkongsian penyanyi Mila Jirin bila anaknya teruja nak solat dan tertarik melihat mommy solat. Duduk atas kepala & kepala ditarik adalah momen manis dalam mendidik anak tentang ibadah solat.
Anak Mila, Mohamed Arif Zikri Ahmad Ailis yang kini berusia 1 tahun 9 bulan teruja bila ibunya membentangkan sejadah untuk solat. Malah anak kecil ini sudah pandai melakukan beberapa pergerakan seperti solat mengikut gayanya sendiri.
Mila juga mengakui kadang-kala kepalanya juga diduduki anak dan ditarik Arif semasa solat. Bekas juara realiti TV Akademi Fantasia ini mendoakan anak sulungnya itu menjadi anak soleh. Video telatah comel Arif bersolat dikongsikan Mila di Instagram.
mila_jirin Arif kalau Mommy dah bentang sejadah untuk solat… dia yang paling LAJU menuju ke sejadah dan terus solat ?… Macam macam gaya dan Aksi… ? Apa apa pun kebiasaanya aksi Sujud yang paling epik… Tapi kalau Mommy Daddy dah mula solat…Mommy selalu jadi mangsa…tak duduk atas kepala mommy waktu mommy sujud bukan Arif lah kan Arif hahahaha…kadang2 waktu Mommy tengah sujud ditariknya kepala mommy suruh tengok Arif ? (Mommy mommy mesti faham situasi situasi diatas ?)
Para peminat Mila turut memuji kecomelan Arif solat dengan caranya sendiri. Malah ada yang rindu momen indah saat anak masih kecil yang tengah teruja tentang solat.