Pengalaman bersalin setiap wanita berbeza-beza. Ada yang terpaksa melalui kontraksi dan juga kesukaran sebelum bersalin selama berjam-jam lamanya. Sesetengah ibu pula diberikan rezeki untuk bersalin dengan mudah.
Begitulah yang terjadi kepada wanita dari Filipina ini apabila dia melahirkan anak kedua di dalam kereta. Momen cemas itu sempat dirakam oleh suaminya yang terpaksa memberhentikan kereta di bahu jalan sementara menunggu ketibaan pasukan paramedik.
“Little girl was so excited to see the world hahaha..”
Ads
Akhirnya pasangan ini menimang bayi perempuan dengan bantuan dari pasukan paramedik. Mereka hanya sempat memandu sejauh dua kilometer apabila tiba-tiba wanita ini terasa seperti betul-betul mahu bersalin. Dimaklumkan jarak hospital terdekat dengan rumah mereka adalah sejauh 57km!
Pemilik akaun Tiktok iamshaiigirl ini turut menitip pesanan kepada bakal ibu untuk terus ke hospital jika sudah mengalami kontraksi yang kerap bagi mengelakkan keadaaan yang tidak diingini.
Cara betul nasal swab yang dilakukan sendiri membantu anda mendapatkan sampel mukus untuk melakukan ujian kendiri Covid-19.
Ujian pengesanan virus Covid-19 sudah menjadi rutin biasa dalam norma baharu kehidupan kita hari ini. Penggunaan Rapid Test Kit (RTK-AG) boleh dikatakan kerap dilakukan oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia.
Dengan kata lain asal sahaja kita jadi kontak rapat mereka yang positif Covid-19 atau ada gejala, kita akan melakukan ujian kendiri sendiri di rumah.
Biasanya RTK-AG menyediakan dua pilihan untuk kita mengambil sampel sama ada saliva/air liru dan calitan hidung untuk mengesan sama ada kita dijangkiti atau tidak.
Cara betul nasal swab kesan Covid-19
Ada orang lebih selesa memilih cara pengambilan saliva tetapi ada yang geli kaedah tersebut dan memilih untuk menggunakan kaedah calitan hidung.
Namun, ada sesetengah orang tidak berani untuk melakukan ujian calitan hidung kerana mereka beranggapan kaedah tersebut kalau dilakukakan sendiri lebih mengerikan atau bimbang tidak mendapat sampel yang betul.
Maklumlah bila kapas kesat yang panjang hendak dijolok sedalam-dalamnya ke dalam lubang hidung kita sudah tentu agar ‘menyeramkan’ dan sudah tentu tak selesa.
Jadi, apa kata kita tengok satu video yang ditunjukkan oleh seorang doctor pakar bedah Hidung, Mulut & Tekak di Australia, Dr Eric Levi tentang cara penggunaan kit ujian calitan hidung dengan betul dan berkesan di laman Instagramnya.
Menurut Dr Eric sekiranya kita melakukan ujian calitan hidung dengan cara yang salah ia boleh menyebabkan sakit pada bahagian atas hidung. Selain itu kalau kita sekadar mengambil sampel dari bahagian hadapan sahaja ia juga salah kerana itu sebenarnya sampel dari bulu hidung dan bukannya mucus daripada saluran pernafasan.
Dr Eric menjelaskan cara sebenar perlu dilakukan iaitu perlu menolak kapas kesat ke bawah secara perlahan-lahan dan kembalikan dalam kedudukan serta dan fokus ke belakang secara perlahan.
Ambil masa lebih kurang 12 ke 15 saat sebelum mengeluarkan kit calitan tersebut. Apa kata tengok sendiri video ditunjukkan oleh Dr Eric sendiri.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Mereka akan membincangkan pelbagai topik berkenaan perkembangan anak, menjadi ibu bapa hebat, tip mendidik anak dan bermacam lagi.
Gangguan makan boleh berlaku kepada seseorang individu tanpa mereka sedari. Antara gangguan pemakanan yang boleh berlaku ialah anorexia nervosa, bulimia nervosa dan binge eating.
Anda mungkin terkejut, adakah binge eating juga diklasifikasikan sebagai satu gangguan makan?
Sebelum kita kenali sama ada ia adalah satu gangguan pemakanan atau tidak, kita perlulah mengetahui dengan lebih baik apakah yang dimaksudkan dengan binge eating.
Binge eating: Gangguan makan ikut nafsu!
Binge eating adalah satu keadaan di mana seseorang individu makan dengan banyak mengikut nafsu dalam satu-satu masa.
Mereka mengambil banyak makanan dalam tempoh masa yang pendek walaupun tidak rasa lapar pada ketika itu.
Antara perkara yang mungkin menyebabkan binge eating ini ialah stres dan waktu selepas stres tersebut.
Jika ada yang bertanya adakah binge eating dianggap sebagai satu gangguan, jawapannya adalah YA.
Ia adalah satu gangguan pemakanan yang disahkan oleh pakar perubatan. Ini simptom jika seseorang itu sedang alami gangguan makan binge eating
Seseorang individu tersebut akan disahkan mengalami gangguan pemakanan ini jika mempunyai tanda atau simptom seperti berikut:
-Makan dengan kuantiti yang lebih banyak daripada biasa
-Makan sehingga kenyang yang menyebabkan rasa tidak selesa pada perut
-Makan dengan banyak walaupun pada waktu diri tidak berasa lapar
-Makan berseorangan disebabkan rasa malu
-Berasa bersalah atau meluat dengan bentuk tubuh diri sendiri
Apakah penyebab kepada gangguan makan ini berlaku?
Sebenarnya, terdapat pelbagai faktor risiko yang menyebabkan gangguan pemakanan ini.
Berikut adalah antara faktor risiko yang mungkin berlaku kepada individu tersebut:
-Genetik
-Jantina
-Perubahan dalam struktur otak
-Saiz tubuh badan
-Pernah mengalami binge eating semasa kecil atau sewaktu remaja
-Trauma yang menyebabkan gangguan pada emosi
-Keadaan psikologi yang lain
Bagaimana gangguan makan ini didiagnosis?
Gangguan makan ini biasanya bermula ketika akhir waktu remaja dan awal 20-an. Walau bagaimanapun, ia juga boleh berlaku dalam semua peringkat umur.
Jika ia tidak dirawat, gangguan ini boleh berlaku dan bertahan sehingga bertahun-tahun lamanya.
Untuk mengesahkan bahawa seseorang itu mengalami gangguan pemakanan ini, dia mestilah pernah mengalami sekurang-kurangnya 1 hingga 3 episod binge eating dalam tempoh seminggu.
Bagi keadaan yang lebih melampau, seseorang itu mungkin mengalami lebih daripada 14 kali episod binge eating dalam tempoh seminggu!
Selain itu, antara ciri lain ialah seseorang itu tidak mengalami sebarang masalah seperti muntah-muntah, mengambil julap atau bersenam secara berlebihan untuk tujuan mengelakkan binge eating.
Apakah risikonya kepada kesihatan?
Seperti yang anda boleh jangkakan, apabila anda makan secara berlebihan tanpa kawalan dan kerap, akan ada perubahan terhadap tubuh badan anda.
Malah, ia bukan sahaja melibatkan kesan kepada fizikal, tetapi juga kepada emosi dan juga kesihatan sosial seseorang individu tersebut.
Semestinya, risiko untuk mengalami obesiti itu amat tinggi. Hampir separuh daripada penghidap gangguan makan ini mengalami obesiti.
Apabila obesiti mula berlaku, maka risiko untuk mengalami penyakit-penyakit lain turut meningkat. Ini termasuklah penyakit jantung, strok, diabetes jenis 2 bahkan kanser.
Namun menurut kajian, risiko untuk mendapat penyakit-penyakit kronik ini adalah lebih tinggi dalam kalangan mereka yang mempunyai gangguan binge eating berbanding mereka yang sedia obesiti tetapi tidak mempunyai gangguan tersebut.
Selain daripada penyakit kronik tersebut, ada juga beberapa risiko kesihatan lain yang berkaitan dengan gangguan pemakanan ini seperti masalah tidur, keadaan sakit kronik, asma dan juga sindrom iritasi usus (IBS).
Bagi golongan wanita pula, ia akan memberikan risiko seperti masalah kesuburan, komplikasi ketika hamil dan berlakunya sindrom ovari polikistik (PCOS).
Ini yang boleh anda lakukan untuk atasi binge eating
Terdapat beberapa kaedah yang boleh dilakukan untuk atasi gangguan ini, dan ia bergantung kepada punca dan tahap keterukan gangguan tersebut.
Antara yang boleh dilakukan adalah dengan melibatkan diri dalam terapi tingkah laku kognitif (CBT), psikoterapi interpersonal, terapi tingkah laku dialektik, terapi pengurangan berat badan, dan juga ubat-ubatan.
Mungkin anda hanya perlu satu jenis terapi sahaja, tetapi mungkin juga perlu gabungan beberapa kaedah untuk mendapatkan hasil seperti yang diharapkan.
Untuk kepastian, berjumpalah dengan doktor atau ahli psikiatri bagi memilih kaedah terbaik buat diri anda.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai sedia maklum pendedahan terhadap gajet dalam tempoh lama akan memudaratkan jika penggunaan tidak dikawal. Tambah lagi jika anak masih kecil dan tumpuan pada gajet berjam-jam dalam sehari.
Suka main game
Menerusi perkongsian ibu ini di FB Nurul Pyeza, dia berkongsi mengenai anak lelakinya, Luth Harraz yang perlu menjalani pembedahan mata selepas terdedah pada gajet dalam tempoh yang lama.
Ramai pm tanya kenapa dengan mata Luth Harraz. Kenapa kene operate? Sebenarnya mata dia juling.
Ceritanya macam ni.. Sejak PKP Luth start belajar online. Pagi-pagi bangun tidur dah start class online lepas tu mama busy niaga. Luth memang banyak masa terluang main handphone, dia bukan tengok youtube tapi dia suka main game.
Jadikan sebagai pengajaran
Dia terlampau fokus sangat sampai jadi macam ni. Ramai tak perasan sebenarnya mata dia juling tapi bukan setiap masa dia juling dia hanya juling kalau dia fokus sesuatu je. Mata dia tak rabun ye mata dia sihat-sihat je. Doktor cakap mata Luth terlalu aktif dari lahir (ada setengah budak lazy eyes) so doktor decide untuk betulkan balik mata dia ke kedudukan asal.
Mama mengaku semua ni jadi memang salah mama sampai adik jadi macam ni. Mama harap ibu kat luar sana ambil la pengajaran.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.