Baru 3 Bulan Comelnya Azura. Mata Bulat Persis Anak Mat Salleh!

Share

Sekejap dah genap tiga bulan usia anak perempuan Datuk Jamal Abdillah, Nur Azura Yamani. Kehadiran cahaya mata perempuan ini melengkapkan rumah tangga Datuk Jamal dengan isterinya Datin Zai Izzati Khiruddin.

“Alhamdulillah Nur Azura Yamani anugerah terindah daripada Allah kerana sudah lama saya menanti kehadiran cahaya mata perempuan.

Dilahirkan secara pembedahan di pusat perubatan swasta di Shah Alam, Azura dilahirkan dengan berat 2.7 kilogram.

Kulit putih melepak, mata bulat

Berkongsi gambar terbaru Azura, ramai yang geram melihat kecomelan anak Datuk Jamal kerana berkulit putih gebu dan matanya bulat. Bukan itu saja, nampaknya Azura pun begitu manja dengan babanya.

Menurut Jamal, isterinya pernah mengalami keguguran sebanyak tiga kali dan pernah mendapatkan rawatan pakar bagi menguatkan rahim sebelum dikurniakan Azura.

Bangun Tengah Malam Bantu Isteri

Tambah Jamal dalam perkongsian sebelum ini, sebagai bapa dia meletakkan harapan  untuk melihat Nur Azura membesar menjadi anak yang solehah.

“Sebagai bapa, saya akan berikan dia pendidikan terbaik terutama hal berkaitan agama,” katanya ketika berkongsi perancangan untuk masa depan anak perempuannya itu.

Jamal mengakui berasa kekok untuk menjaga bayi pada usia sekarang.

“Maklumlah, sudah lebih 13 tahun saya tidak ada anak kecil. Anak kedua saya, Zaki kini sudah berusia 13 tahun.

“Namun, demi Nur Azura saya sanggup bangun tengah malam untuk membantu isteri menyusukannya dan menukar lampin,” katanya.

Jamal berkahwin dengan Zai Izzati pada 1 April 2017 di Ipoh, Perak.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Jamal mempunyai dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 18, dan Ahmad Zaki Yamani, 13.

Sumber: ig zaiizzatti17

Published by
Wan Amy