Perkara yang paling menyeramkan dan merisaukan para ibu ayah tentu sekali bila menyaksikan bayi kecil mereka jatuh dari tempat yang tinggi. Ini kerana badan bayi masih lembut dan mudah cedera parah.
Baca: Tak Pandai Buat Kek, Yang Ni Paling Senang, Cuba Burnt Cheese Cake, Confirm Jadi!
Kejadian seperti ini tidak dapat dielakkan namun kita sebagai orang dewasa boleh lebih berwaspada dengan sebarang kemungkinan. Terlalu banyak benda yang bahaya untuk bayi kerana mereka insan yang lemah dan tidak berdaya untuk mempertahankan diri daripada sebarang kecelakaan.
Selebriti terkenal, Yatt Hamzah berkongsi cerita di mana bayinya yang berusia 3 bulan mengalami lebam-lebam di bahagian kepala akibat jatuh daripada katil. Dia turut berkongsi beberapa keping gambar bayinya di instagram.
“Bonda sedih sangat pagi tadi Baby Hawa jatuh lagi kali ketiga.
“Bonda tak sihat lepas Dhuha tadi terlelap sekejap melawan pening kepala berdenyut-denyut.
“Sedar-sedar dengar bunyi berdentum jatuh serentak Hawa menangis kuat. Allahuakbar anak.
Mesti sakit sangat tu sebab dia jatuh atas jubin luar dari karpet bulu tebal.
“Macam manalah boleh jatuh sedangkan sudah terkepung dalam kubu bantal dan quilt. Ya Allah baru 3 bulan dah 3 kali jatuh,” cerita Yatt.
Baca: Cuba Dumpling Soup Homemade Di Rumah Dengan Kos RM9 Sahaja, Awesome!
Namun, Dia sebenarnya risau jika meletakkan bayi dibawah takut kakak-kakak pula terpijak adik. Dilema dibuatnya
“Lepas ni memang kena tidur bawah supaya tak boleh jatuh. Berguling saja kerjanya walaupun masih bayi.”Tapi bila baring tidur di bawah kakak-kakaknya pula berlari-lari melompat atas kami.
“Adehlah cabaran anak-anak kecil yang membahagiakan,” tambahnya.
Yatt juga memohon doa orang ramai agar tiada kecederaan serius berlaku pada bayinya.
“Mohon semua doakan baby Hawa tak jatuh lagi ya.
“Pagi tadi dia dapat lebam-lebam di bahagian kepala dan mukanya. Cepat-cepat tuam dan sapu dengan minyak.
“Sebak Bonda tengok tak sampai hati. Semoga anak Bonda kuat dan sihat selalu ya sayang,” ujarnya.
Akibat ramai yang mempersoalkan tindakanya yang masih meletakkan bayi di atas katil walaupun berulang kali bayi itu jatuh, Yatt tampil menjelaskan kenapa dia terpaksa meletakan bayinya di atas katil.
“Untuk pengetahuan semua kami anak beranak tidur bawah, hanya letak baby di atas jika nak solat atau buat kerja jika kakak-kakaknya sedang main dan bonda ni buat live tengah malam masa baby dah tidur dan anak-anak dijaga oleh abahnya.
“Bonda live ngaji ajak orang talaqqi bukan gosip titok atau benda yang bukan-bukan..jemput join live ig ngaji bonda setiap malam pkl.11.30 ya..dan tiada kena mengena live dengan perkara yang jadi pada baby hawa..harap maklum).”
Sumber: Yatt Hamzah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI