Adik lelaki pelakon Yana Samsudin yang baru bergelar bapa 37 hari lalu, meninggal dunia dalam tidur.
Yana berkongsi berita pemergian Allahyarham Muhammad Fahmi Harith, di Instagram (IG).
Yana meluahkan kesedihan kehilangan Muhammad Fahmi yang baru merasai nikmat sebagai bapa, selepas tiga tahun menunggu.
Baru 37 hari jadi ayah
Kongsinya lagi, setiap kali membaca berita kematian, dia pasti sayu hingga cuba mengelak daripada mengikutinya. Yana mengaku tidak dapat membayangkan jika perkara sama berlaku kepadanya, apatah lagi jika membabitkan ayah dan suami.
“Rupanya hari ini, kehilangan adik..Ya Allah, macam mana hendak ada kekuatan diri. Satu-satunya lelaki dalam adik-beradik dan baru jadi ayah 37 hari.
“Dik, beritahu Nana yang hendak balik Yong Peng minggu ini sebab mahu sambut hari jadi sekali? Rupanya betul akak bawa engkau balik… Sekejap lagi kita jumpa Nana dan Fattah, emak, abah dan semua ya?
“Dik, kakak halalkan segalanya dunia akhirat. Dik, engkau seorang yang memudahkan urusan orang lain. Ada masalah diam, tiada masalah pun diam,” luahnya.
Difahamkan isteri arwah adik Yana sedang berpantang di kampung halamannya di Sarawak dan meninggal dunia seorang diri dalam rumah serta tidak meninggalkan apa-apa pesan.
Ko pergi tanpa kata apa-apa kepada kami.. Nana masih pantang kat Sarawak .. ko pergi tinggalkan dunia ni sorang sorang kat rumah tu dik…
Ya Allah sedih akak dik .. tapi akak tengok di sebalik hikmah semua ni mudahnya kau pergi dik. Semoga Allah ampun segala dosa dan mudah kan urusan di akhirat kelak… amin..
Pada entri itu, Yana memohon sesiapa yang mengenali arwah agar mengampunkan segala dosa serta menghalalkan makan dan minumnya selama ini.
Kalau ada apa-apa PM saya dan suami saya ya.
Sumber: ig Yana Samsudin & BH Online