Bukan semua kanak-kanak dikurniakan kelebihan otak genius tetapi bagi kanak-kanak bertuah ini yang baru sahaja mencecah usia empat tahun, Vishan Rajasekaran sudah pun tercatat dalam Malaysia Book of Records kerana minatnya terhadap bendera.
Usia 2 tahun dah mula menghafal
Menerusi laporan Mstar, anak kelahiran Port Dickson, Negeri Sembilan, Vishan yang baharu belajar menulis dan membaca berjaya mengenal pasti 147 bendera negara di dunia hanya dalam tempoh 15 minit – mungkin tidak dapat dilakukan oleh golongan dewasa.
Anak tunggal kepada pasangan Dr G. Rajasekaran, 40 dan suri rumah Angila Raju, 30, Vishan cukup taksub melihat bendera-bendera di dunia dan mula menghafalnya sejak dia berusia dua tahun.
Lebih tertarik pada warna
Ketika dia berusia dua tahun, dia akan sentiasa bertanya tentang warna makanan di dalam pinggannya dan apabila ada tetamu datang ke rumah dia akan tanya warna pakaian yang dipakai mereka.
“Sebagai mengisi masa lapangnya, saya membeli satu set bendera 10 negara dan hanya dalam masa beberapa hari, dia sudah boleh memberitahu kami bendera setiap negara hanya dengan melihat warnanya,” kata Dr Rajasekaran kepada The Star.
Sokong minat anak
Ads
Dr Rajasekaran memberitahu melihat minat anaknya itu, dia dan isteri membeli lebih banyak kad bendera pelbagai negara untuk anaknya mengenali dan menghafal.
Hanya dalam tempoh singkat, anaknya itu mampu mengenal pasti nama setiap negara hanya menerusi bendera dan membuatkan dia menghubungi pihak Malaysia Book of Records (MBOR) untuk menguji kebolehannya.
Dalam sebuah sesi secara maya yang diadakan pada Julai lalu, Vishan berjaya mengenal pasti 147 bendera secara rawak hanya dalam tempoh 15 minit dan ia adalah rekod baharu.
Dr Rajasekaran juga percaya jika sesi itu diadakan secara bersemuka, anak kesayangannya itu mampu melakukan lebih baik.
Hobi terbaru tertarik pada sistem solar
Gemar menonton kartun di Astro Ceria, Vishan kini tertarik pula dengan sistem solar dan sudah menghafal nama planet.
“Baru-baru ini saya membeli buku warna berkaitan sistem solar dan dia sudah boleh mengenal pasti nama-nama planet meskipun belum mampu menulis dan membaca.
Ads
“Tidak hanya bendera, Vishan juga kenal bendera parti politik dengan hanya melihat logonya,” ujarnya.
Mahu anak kuasai Bahasa Melayu & Inggeris
Berkongsi mengenai perancangan untuk anaknya itu, Angila pula memberitahu dia mahu Vishan mahir dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.
“Kami juga berharap dapat membawanya ke tempat-tempat menarik seperti Planetarium agar dia dapat memahami pelbagai perkara yang akan membantu membentuk pemikirannya,” ujarnya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siasatan polis berhubung kematian empat beradik dalam kejadian kebakaran di Kampung Sabak Awor, di sini pada malam Rabu, akan dilakukan secara menyeluruh termasuk dari aspek kecuaian.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, pihaknya kini masih menunggu proses bedah siasat yang dijangka dijalankan pada jam 2.30 petang Khamis, selain masih menunggu laporan forensik bomba berkaitan punca kebakaran.
Katanya, sebaik laporan diterima kertas siasatan akan dibawa kepada pendakwa raya sekiranya terdapat elemen kecuaian atau jenayah yang tidak disengajakan.
“Kertas siasatan akan diserahkan kepada pihak pendakwa raya untuk siasatan lanjut sekiranya terdapat unsur kecuaian atau jenayah yang tidak disengajakan.
“Bagaimanapun, siasatan awal setakat ini tidak menolak kemungkinan kebakaran berpunca daripada litar pintas dari bahagian dapur namun siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya pada sidang akhbar di Jabatan Forensik, Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar, pada Khamis.
Sebelum itu, empat beradik berusia antara lapan hingga tiga tahun terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan dilaporkan maut dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Ismail, Kampung Sabak Awor, pada kira-kira jam 7.49 malam, Rabu.
Pasangan adik-beradik tersebut dikenali sebagai Puteri Aisyah Tenko To, 8; Mohd Hakim, 6; Mustakim, 4 dan Fatihah Aisyah, 3 maut dalam kejadian berkenaan.
Seramai 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar dan BBP Bukit Gambir dibantu dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian bagi memadam kebakaran.
Ahli perniagaan yang juga merupakan isteri kepada pelakon terkenal, Shaheizy Sam iaitu Syatilla Melvin memuat naik foto bayinya yang kini sudah masuk usia satu bulan. Beserta foto tersebut, Tilla turut menulis kapsyen melahirkan rasa syukurnya melihat perkembangan anaknya yang baik.
Dalam tempoh 30 hari, bayinya yang diberi nama Salama Samheizy itu telah naik 1kg. Si comel Salama telah dilahirkan pada 10 Mei yang lalu secara pembedahan dengan beratnya 3.05kg.
Dalam pada itu, Tilla turut mengucapkan terima kasih kepada pusat penjagaan ibu berpantang yang menguruskan dia dan Salama dengan baik. Menurut Tilla, anaknya itu tak pernah meragam atau mengalami perut kembung di bawah jagaan mereka bahkan bayinya sentiasa kenyang dan gembira saja.
Perkongsian Tilla kini telah mendapat lebih dari 30,000 tanda suka. Jom, lihat apa komen mereka yang melihat foto terbaharu Salama ini!
Berikut Pa&Ma kongsikan beberapa perkembangan bayi berusia sebulan:
1. Pada usia ini bayi dah mula buka mata dan mereka dapat melihat kepada wajah ibu atau ayah ketika didukung.
2. Semasa dalam kandungan bayi sudah mula mendengar tetapi mereka mula memberi respon kepada bunyi apabila semakin besar. Pada usia sebulan, biasanya bayi lebih mudah respon kepada suara si ibu.
3. Hidungnya juga dapat membezakan bau ibu atau orang lain. Sebab itulah untuk bayi yang menyusu badan, mereka mencari puting payudara dengan menghidu.
4. Untuk menguatkan otot bayi, selalulah berikan urutan lembut pada tubuhnya.
Nak tambah ilmu keibubapaan sebelum bergelar papa mama? Jom sertai webinar kehamilan PERCUMA terbesar untuk bakal papa & mama. Jom daftar nama anda di sini WEBINAR AKU TAK SERIK BERSALIN
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.