Baru 4 Tahun, Ambil Masa 15 Minit Namakan 147 Negara Melalui Bendera. Pecah Rekod MBOR!

Share

Bukan semua kanak-kanak dikurniakan kelebihan otak genius tetapi bagi kanak-kanak bertuah ini yang baru sahaja mencecah usia empat tahun, Vishan Rajasekaran sudah pun tercatat dalam Malaysia Book of Records kerana minatnya terhadap bendera.

Usia 2 tahun dah mula menghafal

Menerusi laporan Mstar, anak kelahiran Port Dickson, Negeri Sembilan, Vishan yang baharu belajar menulis dan membaca berjaya mengenal pasti 147 bendera negara di dunia hanya dalam tempoh 15 minit – mungkin tidak dapat dilakukan oleh golongan dewasa.

Anak tunggal kepada pasangan Dr G. Rajasekaran, 40 dan suri rumah Angila Raju, 30, Vishan cukup taksub melihat bendera-bendera di dunia dan mula menghafalnya sejak dia berusia dua tahun.

Lebih tertarik pada warna

Ketika dia berusia dua tahun, dia akan sentiasa bertanya tentang warna makanan di dalam pinggannya dan apabila ada tetamu datang ke rumah dia akan tanya warna pakaian yang dipakai mereka.

“Sebagai mengisi masa lapangnya, saya membeli satu set bendera 10 negara dan hanya dalam masa beberapa hari, dia sudah boleh memberitahu kami bendera setiap negara hanya dengan melihat warnanya,” kata Dr Rajasekaran kepada The Star.

Sokong minat anak

Dr Rajasekaran memberitahu melihat minat anaknya itu, dia dan isteri membeli lebih banyak kad bendera pelbagai negara untuk anaknya mengenali dan menghafal.

Hanya dalam tempoh singkat, anaknya itu mampu mengenal pasti nama setiap negara hanya menerusi bendera dan membuatkan dia menghubungi pihak Malaysia Book of Records (MBOR) untuk menguji kebolehannya.

Dalam sebuah sesi secara maya yang diadakan pada Julai lalu, Vishan berjaya mengenal pasti 147 bendera secara rawak hanya dalam tempoh 15 minit dan ia adalah rekod baharu.

Dr Rajasekaran juga percaya jika sesi itu diadakan secara bersemuka, anak kesayangannya itu mampu melakukan lebih baik.

Hobi terbaru tertarik pada sistem solar

Gemar menonton kartun di Astro Ceria, Vishan kini tertarik pula dengan sistem solar dan sudah menghafal nama planet.

“Baru-baru ini saya membeli buku warna berkaitan sistem solar dan dia sudah boleh mengenal pasti nama-nama planet meskipun belum mampu menulis dan membaca.

“Tidak hanya bendera, Vishan juga kenal bendera parti politik dengan hanya melihat logonya,” ujarnya.

Mahu anak kuasai Bahasa Melayu & Inggeris

Berkongsi mengenai perancangan untuk anaknya itu, Angila pula memberitahu dia mahu Vishan mahir dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.

“Kami juga berharap dapat membawanya ke tempat-tempat menarik seperti Planetarium agar dia dapat memahami pelbagai perkara yang akan membantu membentuk pemikirannya,” ujarnya.

Kredit: Mstar via The Star

Mama jom rileks jap, klik link ni!

KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

 

 

Published by
Wan Amy