Pelakon Izreen Azminda yang kini sedang hamil anak ketiganya berkongsi kisah kenaikan berat badannya yang terlampau pada kandungan ketiganya kali ini.
Kata Izreen, dia mengakui agak musykil dengan perubahan beratnya itu.
Malah menerusi Instagramnya, Izreen turut memberitahu berat badannya kali ini naik secara mendadak sebanyak 15kg meskipun usia kehamilannya baru mencecah lima bulan.
“Mommy-mommy saja kami nak tanya, hampa semua masa mengandung, berapa kg hampa naik dari berat badan hampa?
“Macam kami berat asai 50 ke 53kg tapi kalau mengandung.. uish bukan kaleng-kaleng naik dia.
“Anak pertama 85kg, anak kedua 83kg, anak ketiga ni..baru 5 bulan dah naik 15kg okay,” kongsi Izreen.
Namun kata Izreen lagi, dia amat bersyukur kerana tidak berdepan dengan sebarang komplikasi seperti darah tinggi dan kencing manis.
“Cuma nasib kami baik sikit, kami tak pernah ada kencing manis sepanjang pregnancy.
“Kali ni tak tau la, harap clean la sampai habeh.. hampa pulak macam mana?” katanya yang turut bertanyakan pendapat dan pengikutnya di Instagram.
Rata-rata pengikut Izreen turut berkongsi pengalaman mereka sepanjang menjalani proses kehamilan, tidak kurang juga yang turut mengalami masalah kenaikan berat badan yang sama dengan Izreen.
Terdahulu, Izreen mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Uda Wahid pada Ogos 2019.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Aaron Ibrahim.
Artikel berkaitan: Dan Journey Pun Bermula, Izreen Azminda Hamil Empat Bulan, Mohon Doa Semua
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @izreen.azminda
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“6 Tahun Buang Masa, Kalaulah Buat Test Cepat-Cepat” Lepas Buat Ujian Kesuburan, Terus Hamil
Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mengimpikan zuriat sebagai penyeri hidup. Namun tak semua yang bernasib baik setelah berkahwin terus dikurniakan zuriat, ada yang terpaksa menunggu lama dan berhabis ribuan ringgit untuk mendapatkan zuriat.
Sama seperti kisah Puan Eyqa dan suami, selama 6 tahun mereka terpaksa mencuba untuk mendapatkan zuriat. Malah pelbagai rawatan dari traditional hinggalah rawatan modern yang pernah dicuba. Usahanya tidak sia-sia dan akhirnya dia disahkan hamil pada tahun ke-6 perkahwinan mereka.
Bismillahirahmanirahim ❤
Assalamualaikum semua….. 😊
Eyqa memang dah berniat bila sampai masanya nanti eyqa nak share tentang perjalanan kami suami isteri sebagai pasangan TTC (Try To Conceive) selama hampir 6 Tahun. Dan inilah masanya….. 💓
Dikuatkan lagi dengan doctor sendiri yang minta eyqa share tentang perjalanan usaha kami suami isteri untuk dijadikan panduan kepada pasangan di luar sana.
Tahun ke-2 Mula Ikhtiar
Eyqa pendekkan kisah. Tahun kedua perkahwinan kami dah mula ikhtiar dengan pelbagai kaedah. Beurut, perubatan islam (Eyqa alami gangguan mistik). Eyqa berat untuk lakukan ujian kesuburan. Alhamdulillah selepas selesai satu kaedah. Badan dah sihat. Ikhtiar sndiri masih Allah belum izinkan.
Mula Fokus Kaedah Modern
Masuk tahun ke4 & ke5 Kami mula fokus untuk kaedah modern. Setelah menjalankan beberapa ujian yang wajib dijalankan (sperm test, HSG, cek telur matang atau tak ) doktor dah dapat detect apa masalah kami. Kemudian dgn beberapa jenis prosedur, ubat, suntikan, masalah kami dapat dirawat dan kami terus lakukan prosedur IUI. Doktor bagi kami pilihan untuk balik dan bersama secara semulajadi kerana kami sudah tidak ada masalah. Tapi suami taknak ambik risiko dan buang masa, kami decide untuk jalankan prosedur IUI.
Pilih Buat IUI
Kenapa kami pilih buat IUI sedangkan boleh buat sendiri? Untuk pengetahuan, prosedur IUI dapat membantu memendekkan perjalanan sperm untuk sampai kepada ovum..sebelum tu sperm yang berkualiti sahaja yang akan dipilih utk disuntik masuk ke dalam vagina. Time ni tak fikir apa dah, apa je cara yang ada kami cuba je semua. Ilmu ni semua apa yang disampaikan oleh doktor, kami cuma kongsikan kepada anda semua.
Dah Lama Tangguhkan Masa, Padahal Kes Senang Dirawat
Agak buang masa yang sangat lama dek kerana Eyqa yang tangguh²kan untuk check kesuburan… Padahal hanya masalah Telur tak matang sahaja, dan hanya mengambil masa beberapa bulan sahaja untuk dirawat 🥺
Nasib Allah Gerakkan Hati
Cuba bayangkan kalau Allah tak gerakkan hati kami untuk pergi check? Berapa banyak masa lagi yg kami akan bazirkan? Pesan Eyqa pada pasangan suami isteri yang belum dikurniakan zuriat… JANGAN BUANG MASA. 2 Tahun keatas usia perkahwinan, anda dah boleh buat pemeriksaan kesuburan. Ya! Memang rezeki Allah bagi… Tp melalui USAHA kita juga 💪🏻💪🏻💪🏻
Semestinya BANYAK RANJAU DURI sepanjang kami berusaha untuk mendapatkan PEMBERIAN ALLAH (Mikayla) ini… Tapi cukuplah kami simpan untuk kisah pahit manis kami…. Eyqa share apa yg perlu anda tahu ❤❤❤ Supaya dapat beri semangat pada yang senasib dgn kami satu masa dulu….
Allah pandang setiap Usaha 😊😊😊
Lahirnya Puteri Kami
Nur Mikayla Medina Binti Mohd Farhan, PEMBERIAN ALLAH yg membawa CAHAYA dalam hidup ibu dan ayah.. Anak solehah yang kuat & comel 🥰 Sekuat pertahanan KOTA MADINAH.
Sedari sebelum kehadiran kamu, ketika ibu ayah berjuang mendapatkan kamu, semasa mengandungkan kamu sehingga lah saat melahirkan & selepas kamu dilahirkan, terlalu banyak DUGAAN, UJIAN & KEAJAIBAN yang berlaku…
Allah Maha Hebat ❤
Eyqa selamat melahirkan Puteri Sulung Pertama kami secara normal pada 09 Mac 2021, Selasa, 10.43 Malam di Hospital Besar Teluk Intan, Perak.
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan permainan anak dengan harga murah boleh klik di SINI
Kredit:Eyqa Abdul Malek
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Isteri Kalau Hamil Memang Kena Jaga Lebih Sikit, Untung Amyra Rosli Suami Sediakan Pembantu Peribadi Untuk Jaga Dirinya
Untungnya Amyra Rosli bila dilayan bagai menatang minyak yang penuh oleh suami tercinta. kerana risaukan keadaan Amyra yang sedang hamil dan dalam masa yang sama sibuk melakukan penggambaran drama terbaru berjudul Cemburu Seorang Wanita, Amar dikatakan mengambil upah seorang pembantu peribadi untuk isteri tercinta bagi membantu melancarkan urusan
Namun Amyra akui bersyukur tidak mengalami sebarang alahan atau insiden tidak diingini sepanjang penggambaran berlangsung. Amar yang turut membintangi drama tersebut dapat memantau keadaan isteri supaya sentiasa berada dalam keadaan baik.
“Ketika tawaran ini datang saya belum hamil lagi, tapi disebabkan penggambaran ini dilanjutkan tarikhnya saya disahkan hamil namun memilih untuk meneruskannya.
“Bagi saya selagi tak cuba kita tak rasa pengalaman pahit manis apabila menjalani penggambaran ketika hamil. Jika kehamilan pertama dulu saya berehat hampir setahun dan tidak menerima sebarang tawaran.
“Namun memandangkan tawaran ini saya sudah memberi kata putus dan tidak mahu menyusahkan pihak produksi saya teruskan juga,” katanya.
Menurut Amyra, walaupun ada hari penggambaran berakhir sekitar jam 3 pagi, dia tiada masalah untuk meneruskan penggambaran.
Katanya, kehadiran suami tercinta Amar Baharin yang turut bertindak sebagai pelakon utama dalam drama terbabit membuatkan dia sentiasa dipantau supaya berada dalam keadaan baik.
Cari baju hamil yang sesuai
“Cabaran utama yang perlu saya hadapi cuma perlu mencari pakaian bersesuaian dengan keadaan diri. Semakin hari perut makin membesar dan saya perlu mencari baju yang menutup bahagian perut.
“Selebihnya semua berjalan dengan baik. Kehadiran Amar juga menyenangkan kerana kali ini dia mendapatkan saya seorang pembantu peribadi serta dia yang sentiasa berada di sisi.
“Amar akan risau jika saya penat atau tidak sedap badan. Dia akan pastikan saya berada dalam keadaan yang selamat dan tidak tertekan,” ujarnya lagi.
Panduan Beli Pakaian Ketika Hamil:
- Sebelum anda mahu membeli pakaian hamil, pastikan anda membuat sedikit kajian tentang butik-butik atau gedung-gedung pakaian yang menawarkan koleksi pakaian tersebut. Ini adalah untuk memudah dan menjimatkan masa anda ketika mahu membeli-belah nanti.
- Apabila memilih untuk menggayakan pakaian ketika hamil, pastikan anda tidak memilih rekaan pakaian membosankan. Tidak perlu cuba sembunyikan perut anda yang semakin membesar dengan memakai pakaian seperti khemah atau sweater yang saiznya terlalu besar.
- Elakkan daripada membeli pakaian hamil yang tidak selesa untuk dipakai seperti terlalu ketat, menyebabkan kulit gatal dan sebagainya.Pakaian hamil yang tidak sesuai mungkin akan memudaratkan kesihatan dan emosi anda.
- Jika anda mempunyai suami yang potongan badannya besar daripada anda, pertimbangkan untuk meminjam kemeja kepunyaan mereka. Sememangnya kemeja lelaki (button-up shirt) cukup bergaya, selesa dan sesuai dipakai oleh ibu-ibu hamil.
- Fabrik yang paling sesuai untuk rekaan pakaian ibu hamil ialah jersi kapas dan likra. Fabrik ini boleh meregang, sekali gus boleh dipakai sepanjang peringkat kehamilan anda.
- Kadangkala semasa hamil saiz tapak kaki menjadi besar sedikit, oleh itu dapatkan kasut yang lebih selesa dan tidak bertumit tinggi. Paling penting anda tidak perlu untuk membongkok ketika mahu menyarungkannya. Pastikan kasut anda dapat meyokong berat badan yang semakin bertambah.
- Elakkan kasut dengan tumit yang terlalu tinggi kerana ia boleh memudaratkan kesihatan. Keselesaan adalah kunci utama dalam pemilihan kasut yang anggun digayakan ketika anda hamil.
- Pemilihan pakaian dalam yang betul juga penting dan perlu diambil kira ketika melalui peringkat-peringkat hamil. Sila dapatkan baju dalam dan seluar dalam yang paling selesa untuk dipakai.
- Belilah pakaian yang mudah disuai padan. Dapatkan pakaian dalam rona hitam, perang, kelabu, khaki, putih, denim, rona neutral serta rona yang anda selalu pakai. Untuk kelainan, gabungkan pakaian anda bersama helaian bercorak atau berona terang.
- Apabila memilih pakaian, cuba berikan tumpuan kepada bahagian tubuh badan yang menjadi kegemaran anda. Contohnya, jika anda mempunyai lengan yang cantik, mungkin anda boleh pilih baju (top) dengan potongan cap-sleeved, jika memiliki leher yang menarik pula, anda boleh pilih baju dengan tebuk leher yang menarik serta mampu memberi fokus pada leher dan wajah.
- Konsep lapisan (layering) – baju (blaus, stretchy tank top, baju-T), seluar, skirt, kardigan dan blazer adalah kumpulan pakaian paling mudah untuk disuai padan. Konsep ini juga sesuai dan mudah bagi mereka yang mempunyai suhu badan yang kadangkala berubah-ubah.
- Kemeja dan gaun potongan A atau empire cukup bergaya dan sentiasa menjadi pilihan kerana potongannya yang tidak melekat pada bahagian perut.
- Dapatkan kemeja atau blaus ceria dengan perincian seperti ropol dan reka corak flora dalam warna-warna feminin. Pilih kemeja yang labuh daripada biasa pada bahagian hadapan supaya anda mendapat ruang yang cukup bagi menutup perut yang semakin membesar.
- Anda bebas bereksperimentasi dengan skaf dan aksesori bagi menambah seri pada pakaian hamil anda. Skaf dalam warna dan reka corak yang ceria mampu menaikkan aura hebat pemakainya. Aksesori yang menarik juga boleh menjadikan penampilan yang biasa menjadi luar biasa.
- Bagi ibu-ibu yang menyusu badan, belilah pakaian yang sememangnya direka khas untuk tujuan tersebut. Ia sopan, praktikal, selesa dan memudahkan anda apabila tiba masa menyusukan bayi anda.
- Bagi wanita hamil profesional pula, tema keseluruhan pakaian yang perlu diaplikasikan ketika di tempat kerja adalah sopan, mempunyai kelas tersendiri, anggun dan sedikit konservatif.
Sumber: Harian Metro & Majalah Nona
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bayi Dapat Kurang Nutrien & Oksigen, Pertumbuhan Bayi Terencat. Bahaya Darah Tinggi Ketika Hamil
Tekanan darah tinggi semasa hamil sering berlaku kerana biasanya tekanan darah wanita berubah-ubah. Tekanan darah wujud apabila darah tidak dapat mengalir dengan sempurna berpunca dari salur darah dalam uri tidak berkembang dengan sempurna.
Mommies!! Pernah mengalami darah tinggi semasa pregnant???
Nak tau kenapa sesetengah penyakit darah tinggi berbahaya semasa mengandung?
1. Pengaliran Darah ke Placenta Berkurang
-bayi akan mendapat kurang nutrien dan oksigen, dan kemungkinan turut menyebabkan pertumbuhan bayi terencat, kurang berat semasa lahir atau kelahiran pramatang.
2. Placenta Abruption atau Uri Lekang
– Preeclampsia boleh menyebabkan placenta lekang atau tercabut dari dinding uterus. Ini boleh menyebabkan pendarahan teruk dan mengancam nyawa bayi dan ibu.
3. Merencatkan Pertumbuhan Bayi
4. Kerosakan Organ-Organ Lain Seperti Buah Pinggang, Otak, Hati, Jantung, Paru-paru.
5. Kelahiran Pramatang
6. Risiko Penyakit Jantung di Kemudian Hari
Apa itu PREECLAMPSIA?
Tekanan darah tinggi selepas 20 minggu kehamilan beserta simptom-simptom kerosakan organ lainnya. Boleh mengancam nyawa ibu dan bayi. Boleh juga menyebabkan sawan.
Antara tanda-tanda preeclampsia ialah:
1. Protein Dalam Air Kencing
2. Sakit Kepala Yang Teruk
3. PENGLIHATAN BERMASALAH – Penglihatan Bermasalah – Menjadi kabur, hilang penglihatan sementara atau sensitif kepada cahaya
4. Sakit Perut di Sebelah Atas – biasanya sakit di bawah tulang rusuk kanan
5. Loya atau Muntah
6. Kurang Platelet dalam Darah
7. Hati Tidak Berfungsi Dengan Baik
8. Susah Bernafas, Termengah-mengah
Apa perlu anda lakukan sekiranya anda mengalami tekanan darah tinggi semasa mengandung??
1. Hadir temujanji klinik prenatal sepanjang kehamilan
2. Makan ubat yang diberi doktor. Doktor anda akan memberi ubat yang sesuai dan selamat diambil semasa mengandung.
3. Kekal aktif
4. Ambil makanan yang sihat dan seimbang
5. Jangan merokok, mengambil dadah atau minum minuman beralkohol.
Sumber: Dr. Beh Jin Siang (M.D. USM) & Klinik Bersatu Machang Bubok
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI