Kehamilan

“Baru 5 Minggu Hamil, Darah Keluar Dan Sakit Perut”, Ibu Baru Tahu Mengandung Luar Rahim!

Share

Sedih dan kecewa pastinya saat doktor mengesahkah anda mengandung luar rahim. Apalagi saat melihat dengan mata sendiri kantung yang tersasar daripada rahim. Namun bukan rasa kecewa dan sedih yang perlu diutamakan sebaliknya soal nyawa dan kesihatan diri ibu itu sendiri saat disahkan mengandung luar rahim.

Bagi bakal ibu, sebaik sahaja melihat dua garisan merah pada alat ujian kehamilan, ada baiknya segera mempercepatkan imbasan ultrasound atau scan kehamilan. Semua ini bagi mengenalkan pasti adakah kantung benar-benar berada tepat di dalam rahim. Bahaya!

Perkongsian Puan Nurul Shuhadah AR ini boleh kita jadikan panduan saat berdepan dengan masalah yang sama. Setidak-tidaknya kita tahu apa yang patut kita buat bila berdepan dengan situasi yang sama.

Keluar Darah Fresh


5 hari telah berlalu…pengalaman manis diikuti dengan pahit??

Saja nak share pengalaman kepada ibu-ibu yang baru mula tahu hamil. Perlu segera scan untuk kenalpasti location kantung.

Sebenarnya ramai yang kurang faham dan jarang dengar tentang Ectopic Pregnancy. Pengalaman manis saya bila buat urin preg test, positif. Janin dah 5 minggu mula keluar ‘fresh blood’ kuantiti sikit.

Sebab risau saya terus ke klinik swasta untuk confirmkan pregnant atau tak. Bawa sekali UPT, doktor cakap positif. Lepas tu buat ultrasound (scan), tak nampak kantung. Doktor bagi cadangan, buat blood test atau tunggu lagi 2 minggu. Kami decide buat blood test Beta HCG. 2 kali ambil darah untuk lihat peningkatan setiap 48jam. Result 11jan, 283. Result 13jan, 797. Memang positif pregnant.

Baby 6 minggu 3 hari, keluar lagi fresh blood beserta sakit perut. Terus ke klinik swasta. Diorang buat surat refer terus ke hospital. Masa tu dah ready mental fizikal. Sebab sebelum ni memang banyak baca artikel tentang Ectopic Pregnancy bila scan tak nampak. Keputusan kami memang tepat untuk terus ke Emergency Room Hospital Melaka.

Dalam ER, doktor scan rahim kosong. Buat UPT test, positif. Terus diorang tolak ke Pakar O&G. Pakar scan sama jugak, kosong. So diorang decide scan through vaginal. Cari punya cari, nampak bulat kat tiub fallopio belah kanan. Dalam rahim memang kosong. Doktor cakap awak buat keputusan yang betul sebab belum pecah. Kalau pecah akan mengancam nyawa sebab berlaku pendarahan. Confirm ectopic.

Selepas bincang dengan husband, setuju buat laparoscopy. Emergency buang segera tiub kanan untuk mengelakkan tiub pecah. Terus ditolak ke bilik bedah. Hanya Allah saja yang tahu perasaan masa tu. Masuk OT dalam pukul 10 malam, 18jan. Bius penuh. Sedar-sedar dah 11.45 malam. Tengah sedut oksigen. Bila bacaan dah stabil, nurse tolak masuk wad. Selesai alhamdulillah. Doktor bagi MC 2 minggu.

Kepada ibu-ibu yang mula detect hamil, jangan lambat-lambat scan. Mesti confirm kan location kantung awal-awal. Kalau ectopic (luar rahim), perlu tindakan segera. Saya rasa bersyukur sangat sebab dapat detect awal sebelum tiub pecah. Pengalaman membaca artikel membuatkan saya ambil keputusan refer ke hospital lebih awal.

Terima kasih husband banyak bagi support. Tak lupa family tersayang dan kawan-kawan semua. Doakan saya cepat sembuh dan dimurahkan rezeki lagi lepas ni.

Jadi lepas ni kalau hamil je kena cepat-cepat pergi scan. Jangan sekali lengahkan waktu. Paling penting wajib kenal pasti dahulu di mana kantung berada. Jaga diri kita.

 

Published by
SRM