Setiap anak-anak perlukan kasih sayang daripada ibu dan ayah. Namun tidak semua yang bernasib baik malah ada yang masih kecil sudah kehilangan ayah atau ibu tersayang. Sama seperti kisah seorang kanak-kanak yang berusia 5 tahun yang telah kehilangan ayah tersayang.
Dalam sebuah perkongsian di laman Facebook milik The Thirdforce Rantau Panjang, Kanak-kanak yang dikenali sebagai Adam merupakan seorang anak yatim yang telah kehilangan bapa tercinta.
Adam yang merupakan anak bongsu pastinya manja dengan arwah bapanya. Dalam perkongsian tersebut turut menyebut mungkin kerana rindukan arwah sampaikan si kecil ini ingin makan nasi ditepi pusara ayahnya itu.
Ketika posting tersebut dibuat, Adam khabarnya akan dibawa oleh guru-guru di sekolahnya ke balai Bomba berdekatan untuk program sekolah. Pastinya setiap kanak-kanak teruja untuk merasai sendiri pengalaman ke balai Bomba sekaligus dapat melihat sendiri secara dekat peralatan dan jentera yang digunakan untuk memadamkan kebakaran.
Untuk berkongsi berita gembira tersebut, Adam dilihat berkunjung ke pusara bapanya bagi berkongsi berita gembira tentang lawatan yang akan dibuat bersama rakan-rakan sekelas yang lain.
Dalam gambar yang dikongsi turut dimuat naik gambar Adam menadah tangan berdoa kepada Allah SWT buat bapanya yang kini berada di alam abadi.
Semoga Adam membesar menjadi anak yang soleh buat ibu dan arwah bapanya. Marilah sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat ayah Adam Hanif Bin Abdullah semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman…Amin.
Sumber: The Thirdforce Rantau Panjang