“Baru 5 Tahun, Lajunya Si Kembar Mengira.” Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Tip Anak Genius

Share

Sesiapa saja yang mengikuti perkembangan angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar pasti akan kagum dengan cara didikan pada anak-anaknya. Mana tidaknya dari anak sulung sehingga anak yang kecil, Dr Sheikh Muszaphar sangat menitikberatkan pendidikan dan aktiviti sukan.

Keseimbangan ini menjadikan anak-anaknya cemerlang dan sering menjadi contoh. Selain  Tasha dan Bella, keletah si kembar Adam dan Noah juga turut mendapat perhatian ramai dan kagum dengan bakat yang ada dalam diri masing-masing.

Menginjak usia 5 tahun, pasangan kembar ini sering mendapat perhatian warganet dan media apabila mereka dikategorikan sebagai genius dalam usia yang muda. Walaupun belum mencecah usia 6 tahun, keyakinan mereka menjawab soalan matematik begitu baik sekali dan laju!

Dr Sheikh kongsi tip disiplinkan anak

Menurut Dr Sheikh Muszaphar, selain beliau meletakkan matlamat untuk setiap anak-anaknya dapat khatam al-Quran pada usia 6 tahun, seperti mana yang telah berjaya dilakukan oleh anak sulung Tasha dan anak kedua, Bella, beliau juga mementingkan aspek pembelajaran akademik seperti bahasa dan matematik yang sememangnya bagus ditekankan seawal yang mungkin.

Ini kerana di usia kanak-kanak, otak anak-anak cepat belajar dan mudah ingat apa yang diajar. Ibaratnya seperti span, mudah serap.

Menerusi ruangan komen, ramai yang bertanya tip yang diamalkan oleh Dr. Sheikh Muszaphar. Antara persoalan yang ditanya adalah, adakah anak yang genius mesti lahir dari ibu bapa yang genius? Namun jawapan Dr Sheikh Muszaphar adalah sebaliknya.

Menurut beliau, apa yang penting adalah untuk mak ayah mulakan sistem pendidikan di rumah secara khas sejak dari usia yang muda. Lagi awal permulaan pendidikan sebegini, lagi cepat untuk otak anak-anak tangkap segala ilmu yang dicurahkan.

Selain itu, ada juga yang bertanya bagaimana Dr Sheikh Muszaphar mendisiplinkan anak-anaknya untuk buat sesuatu tugasan secara konsisten sejak kecil? Ini kerana ada sesetengah anak, dia enggan lakukan atas seba-sebab tertentu.

Namun jawapan yang diberikan oleh Dr Sheikh cukup mudah iaitu apabila ia sudah menjadi rutin semuanya tak perlu disuruh lagi. Setiap kali pulang dari sekolah, mereka dah tahu apa perlu dilakukan dahulu. Jadi ibu bapalah yang perlu memainkan peranan ini.

Kredit: IG Dr Sheikh Muszaphar

Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di https://toko.ideaktiv.com/product/ya-aku-mampu-susukan-anak/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

 

 

Published by
Wan Amy