Datin Diana Danielle mengakui, sebagai ibu, dia garang dan tegas terhadap dua anaknya, Muhammad, 5, serta Nur Aurora, 3.
Isteri kepada Datuk Farid Kamil itu berkata, dia lebih selesa mendidik anak-anak ikut cara yang diterapkan oleh ibunya semasa kecil.
Walaupun sibuk tapi bab mendidik anak saya tegas. Marah saya bukan sekadar marah tapi saya nak mereka faham saya sayang dan pada masa sama cuba menerangkan situasi sebenar supaya mereka memahami apa yang berlaku.
“Muhammad pun dah faham bila saya marah. Dia pula yang terangkan pada Aurora. Siap boleh cakap pada adiknya, ibu marah sebab ibu sayang,” katanya.
Jika dibandingkan dengan Farid, dia banyak berlembut dengan anak. Dia hanya akan marah dan masuk campur pada masa tertentu. Namun bab keselamatan anak memang dia nombor satu.
Diana juga mengakui, Muhammad dan Aurora automatik faham saya marah bila angkat tangan. Tak sempat pukul pun tapi isyarat itu dah buat mereka memahami.
Setakat ini paling berkesan, saya gunakan teknik ‘naughty corner’ bila anak buat salah. Teknik ini anak paling tak mahu kerana dia hanya perlu duduk menghadap dinding dalam tempoh masa tertentu.
“Bila saya sebut je ‘naughty corner’ mereka cepat-cepat minta maaf.
“Apa yang saya buat ini antara salah satu cara mendidik dari awal. Jika dah masuk sekolah rendah baru nak mulakan agak sukar untuk disiplinkan mereka,” jelasnya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI