Baru Bersalin, Ain Edruce Dah Pakai Seluar. Tapi Nurse Ini Kongsi Tak Salah Asal Selesa!

Share

Selebriti dan pengacara terkenal, Ain Edruce yang baru sahaja melahirkan cahaya mata pertama minggu lalu ternyata tidak nampak seperti orang dalam pantang. Ini kerana gayanya sangat bertenaga hingga buatkan peminat kagum. Tapi disebalik itu, ada juga tertanya-tanya.

Bagaimanapun, Ain mengambil pendekatan positif dan tak lokek berkongsi perkembangan terkini proses berpantangnya dengan mengamalkan pemakanan sihat dan penjagaan diri yang betul.

Pertikaikan Ain pakai seluar

Namun, dalam salah satu perkongsian terbarunya, Ain dilihat memakai seluar sambil menolak stroller anaknya ketika ingin membuat pemeriksaan di hospital. Perkongsian itu telah mendapat pelbagai reaksi.

Ada yang bersetuju dan ada juga yang seolah-olah tak dapat menerima orang berpantang memakai seluar ketika dalam proses pemulihan diri.

“Pantang pakailah kain batik”

Beberapa komen dalam posting itu juga mempertikaikan pemakaian Ain yang sudah memakai seluar walaupun baru sahaja bersalin dan aktif seperti orang bukan berpantang.

Jika boleh mereka menyarankan Ain untuk memakai kain batik seperti saranan orang-orang dahulu.

Ikut keselesaan diri

Dalam komen itu juga ada yang bersetuju dengan cara Ain kerana setiap orang tak sama. Ada yang selesa memakai seluar dan tak salah.

Selagi merasakan ia selesa dan tidak menyakitkan, tidak salah rasanya dia memakai seluar ketika membuat pemeriksaan bayi.

Pada 20 Mei 2021 dia dan suami telah menimang cahaya mata pertama selepas berbelas-belas jam di wad bersalin. Tepat jam 1.30 pagi, dia selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang belum didedahkan lagi wajah dan namanya.

Apa Salah Pakai Seluar?

Sementara itu, dalam satu perkongsian dari jururawat berpengalaman, Nur Nabilah Masfuzah atau lebih dikenali Bel Nawhen, tidak ada termaktub dalam mana-mana undang-undang berpantang yang mewajibkan pemakaian kain batik sewaktu dalam tempoh berpantang.

Bukan sebab terlalu moden, terlalu ego dengan amalan orang dulu-dulu tetapi ia mengikut keselesaan individu.

Dahulu, pemakaian kain batik memang sinonim dengan kesopanan dan kesusilaan melayu hinggakan bangsa lain pun turut berkain batik.

Tetapi, ia berubah mengikut peredaran zaman. Caesarean atau normal delivery, bukan satu kesalahan jika nak berseluar.

Sebab apa ramai pilih berseluar?

1. Lebih mudah bergerak, pakai seluar atas pusat langsung tak ganggu kawasan luka. Sama macam pakai underware pun, mesti atas pusat.

2. Pakai seluar lebih nampak kemas berbanding kain sebab ada orang pakai kain, labuh dia sampai tak boleh diskaun. Belum lagi tersadung, terpijak hujung kain sampai boleh terlondeh.

3. Faktor menjaga aurat terutama apabila berpantang dirumah mertua dengan ada adik ipar lelaki/biras lelaki. Masa tidur dengan kain batik, ikatan boleh terlepas. Masa tidur pun, boleh terselak kain batik, kan dah terbuka aurat.

4. Mudah ke tandas, boleh buka terus seluar, tak perlu ikat-ikat. Tapi, kalau ada lawatan kerumah, dan nurse nak periksa luka jahitan, pakai kain batik adalah pilihan terbaik.

Siapa cakap waktu berpantang perlu nampak pucat, nampak sakit, nampak ‘berpantang?’. Kekemasan, kebersihan diri tetap perlu jaga. Dan, jagaan luka tetap perlu diamalkan terutama dari segi pemakanan dan cucian luka.

Memang betul, kita nak suami nampak kita sedang berpantang supaya suami tak naik syahwat hingga waktu dalam pantang pun nak ajak bersama, tetapi tidak semua suami tidak ada rasa simpati dengan isteri terutama yang dah saksikan sendiri isteri tu melahirkan anak didepan matanya. Jangan sikit-sikit nak salahkan suami.

Notakaki:
Sudah boleh ubah mind set, uniform pantang mesti berkain batik.

Kredit: Bel Nawhen; IG ainedruce

Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy