Baru sahaja selesai berpantang, ibu ini diuji hebat. Suami yang menjadi tempat bergantung kini sudah kembali ke negeri abadi.

Tiada siapa menyangka perbualan pada malam sebelumnya ialah yang terakhir. Lebih meyedihkan anak yang masih kecil belum mengerti makna kehilangan. Namin itulah yang perlu dilalui ibu muda ini.

“Cahaya mata kedua baru saja 47 hari dilahirkan, tapi suami pula pergi tinggalkan kami,” luah Subaini Noraini Mohd Taimimi, isteri kepada mangsa kemalangan maut, awal pagi semalam.

Suaminya, Allahyarham Mohamad Nurul Rizuan Mohamed, 25, maut di tempat kejadian selepas kereta Perodua Myvi dipandunya hilang kawalan dan terbabas melanggar pokok serta tiang elektrik di Kampung Bechah, Jalan Tendong-Bunut Susu, Pasir Mas, pada 3 pagi.

Kata Subaini, kali terakhir dia berbual dengan suaminya itu pada sebelah malam sebelum mangsa memberitahu hendak keluar ke kedai berdekatan.

Baru Bersalin, Isteri Diuji Hilang Suami. Bayi 47 Hari Belum Puas Rasa Kasih Sayang Ayah

SEMPAT BERGURAU DENGAN ANAK SULUNG

Ads

Pemergiaan Allahyarham berlaku sekelip mata tanpa dijangka. Tiada tanda-tanda atau kelakuan yang ditunjukkan selain daripada kebiasaan bergurau senda dengan anak-anak, lebih-lebih lagi cahaya mata sulung mereka.

“Sebelum kejadian, suami tidak menunjukkan sebarang perubahan dan hanya berkelakuan biasa selain sering bergurau bersama dua anak kami terutama dengan yang sulung berusia lima tahun.

“Namun selepas tidak lama dia keluar, saya tiba-tiba dihubungi orang awam memaklumkan suami kemalangan dan tidak menyangka dia meninggalkan kami tiga beranak sekelip mata sahaja.

Baru Bersalin, Isteri Diuji Hilang Suami. Bayi 47 Hari Belum Puas Rasa Kasih Sayang Ayah
Gambar hiasan.

PERLU KUAT DEMI ANAK-ANAK

Ads

Ibu ini reda dengan apa yang terjadi dan menerima takdir Allah ini dengan hati yang tabah. Namun kerinduan terpapar jelas apabila mengenangkan suaminya yang sangat baik dan disenangi.

“Saya reda dan perlu kuat demi dua anak yang masih kecil. Arwah seorang suami dan bapa sangat baik dan disenangi rakan serta ahli keluarga,” katanya ketika dihubungi.

Subaini berkata, arwah suaminya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bunut Susu, Pasir Mas.

KERETA DIPANDU TERBABAS MELANGGAR POKOK & TIANG ELEKTRIK

Ads

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Superintendan Ismail Jusoh, mengesahkan pihaknya menerima laporan kemalangan itu.

“Hasil siasatan mendapati mangsa yang memandu dari arah Tendong menghala ke Bunut Susu untuk pulang ke rumah terbabas ke bahu jalan sebelah kiri sebelum melanggar pokok dan tiang elektrik yang menyebabkannya parah.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Sumber: hmetro.com.my

Artikel berkaitan: “Ke Mana Perginya Anak Mamy 20 Minit Tu?” Ibu Pilu Anak Sebulan Terhenti Nafas

“Pemergian Pilu 3 Beranak.” Sehidup Semati, Suami Isteri & Bayi 14 Bulan Rentung Kebakaran

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI