Bila si kecil baru ‘dapat kaki, makin aktif meneroka. Tapi kejadian yang menimpa bayi ini benar-benar memilukan boleh dijadikan pengajaran.
Keadaan sekeliling di rumah boleh menimbulkan bahaya kepada si kecil. Tanpa sengaja dan tidak dijangka, pelbagai kecederaan dan kemalangan berlaku.
Perkongsian daripada Puan Hawa ini boleh dijadikan teladan buat ibu ayah. Anak sulung, Nur Medina Arisha melecur 15% pada badan dan muka kerana tertumpah air panas.
Segalanya berlaku dengan pantas tetapi tindakan tangkas si ibu tanpa panik menyelamatkan si kecil daripada cedera lebih teruk.
MAAFKAN IBU
Dalam perkongsiannya di sebuah grup ibu-ibu, Hawa memberitahu anaknya mengalami lecur 15% pada mata dan badan dan akan terus mendapatkan rawatan susulan sehingga pulih. Dia juga mohon doa daripada semua agar Nur Medina terus kuat dan pulih.
“Ini keadaan terbaru ank saya, melecur 15%. ata ada luka ckit kata doktor selaput luar. Tapi kena tunggu lagi beberapa hari untuk follow up mata dan lecur pada badan. Doakan semoga anak saya kuat.”
CAPAI BEKAS AIR ATAS MEJA
Mengimbas kembali kejadian mencemaskan yang berlaku pada jam 10.30 pagi itu, Hawa tidak menjangka tindakan Media mencapai bekas berisi air panas yang diletakkan di atas meja.
“Anak sy capai tupware yang berisi air panas atas meja. Saya baru gerak dari meja bila saya berpaling tengok anak tengah berjengket nak capai bekas air panas tu…
“Saya berlari nak hlang tapi tak sempat air panas terus tersiram pada anak. Tak berlengah saya terus bawa anak ke bilik air masukkannya dia dalam tong berisi air sejuk untuk meredakan panas tu.
Dalam kekalutan dan tangisan Media, ibu ini terus berfikir dengan pantas. Tidak panik, Hawa bertindak cepat meminta bantuan jiran membawa dia dan anak ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
KESAN MELECUR
Menurut Hawa ketika dihubungi Pa&Ma, Medina mengalami lecur pada bahagian badan, tangan kiri dan kanan. Pada wajahnya pula, kesan melecur jelas kelihatan dari kening ke bawah.
Kejadian tidak diingini itu juga turut mencederakan mata si kecil ini. Menurut ibu ini, doktor memaklumkan terdapat kesan luka sedikit, bagaimana pun ia tidak begitu dalam. Diberikan ubat jenis titis, rawatan susulan terus diterima untuk memastikan permata hatinya itu sembuh seperti sedia kala.
HATI-HATI BILA ANAK DAPAT KAKI
Yang terjadi telah pun terjadi, ibu ini berharap kisahnya ini menjadi pengajaran buat ibu bapa lain khususnya yang mempunyai anak kecil yang baru boleh berjalan. Perlu sentiasa diperhatikan agar terhindar perkara yang tidak diingini. Hawa merayu ibu bapa supaya berhati-hati.
“Pesanan saya untuk ibu bapa lain, saya rayu berhati-hatilah menguruskn anak kecil yang ‘baru dapat kaki’ ni. Lasaknya lain macam… jangan sesaat kita cuai akibatnya menyesal. Jangan terjadi kejadian seperti saya ni.
BAGAIKAN TERSIAT KULIT UMMI……..
“Saya pun berhati-hati selama ni akhirnya saya kecundang beberapa saat terlepas pandang. Sakit yang anak tanggung bagaikan tersiat-siat nya kulit ummi ni,” kata Hawa mengakhiri perbualan dengan Pa&Ma.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI