Tindakan seorang lelaki yang tertekan pedal minyak kenderaan dipandunya menyebabkan dua wanita serta bayi baru dilahirkan parah dalam kejadian di sebuah hospital swasta di Kota Damansara, Petaling Jaya, semalam.

Baca: Tak Segan Mengaku Susah Dapat Anak, Tapi Syukur Diberi Rezeki Jadi Ibu Dengan IVF. Orang Sekeliling Tolonglah Faham. Bukan Semua Rezeki Sama!

Baru ‘Discharge’ Wanita & Bayi Baru 1 Hari Lahir Parah Dilanggar Di Hadapan Hospital

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kemalangan yang membabitkan empat kenderaan serta tiga mangsa itu dipercayai berlaku jam 5.46 petang.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu Toyota Corolla Altis berusia 62 tahun sedang menunggu anaknya keluar dari pintu utama hospital berkenaan di dalam kenderaan terbabit.

Ads

“Suspek kemudian dikatakan tidak dapat mengawal kenderaannya apabila tertekan pedal minyak sejurus terlihat anaknya berjalan keluar ke tempat menunggu.

“Tindakan itu menyebabkan kenderaan berkenaan terbabas dan melanggar tiga lagi kereta yang diletakkan di laluan terbabit.

Ads

“Malah, kenderaan itu juga melanggar dua wanita pejalan kaki masing-masing berumur 30 dan 35 tahun bersama seorang bayi berusia satu hari yang berada di tempat mengambil dan menurunkan penumpang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Nik Ezanee berkata, kejadian itu menyebabkan ketiga-tiga mangsa mengalami kecederaan dan sedang dirawat di zon merah dan wad kecemasan hospital swasta terbabit.

Ads

“Kemalangan itu juga mengakibatkan empat kenderaan berkenaan termasuk kenderaan dipandu suspek mengalami pelbagai kerosakan.

“Hasil ujian saringan air kencing serta ujian alkohol dilakukan terhadap suspek didapati negatif.

“Suspek sudah ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya,” katanya.

Sumber: Hmetro

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI