Pengalaman menjadi ibu sememangnya cukup membahagiakan. Namun ia tidak mudah. Banyak perkara yang terpaksa dikorbankan, lebih-lebih lagi mengenai diri sendiri sementara anak hendak membesar.

“Baru Faham Kenapa Syurga Bawah Tapak Kaki Ibu” Andre Dah 3 Bulan, Farah Nabilah Seronok Besarkan Anak!

Pelakon, Farah Nabilah tidak terkecuali melalui hal yang sama dalam membesarkan anaknya, Andre Omar Mohamed Amirul yang kini sudah pun berusia tiga bulan.

Kata Farah Nabilah menerusi instagramnya, ia bukanlah satu tugas yang mudah namun dia tidak pernah merasa terbeban malah cukup gembira melalui hari-hari menjadi seorang ibu.

“Baru Faham Kenapa Syurga Bawah Tapak Kaki Ibu” Andre Dah 3 Bulan, Farah Nabilah Seronok Besarkan Anak!

Malah kata Farah lagi, fokusnya kini bukan lagi dirinya, tetapi untuk buah hati pengarang jantungnya, Andre.

“Dre dah 3 bulan dan saya sedar dah 3 bulan saya tak kisah pasal diri sendiri. Saya fokus pada anak 24/7. Saya rasa sebab ni anak sulung saya, saya terikat.

“Baru Faham Kenapa Syurga Bawah Tapak Kaki Ibu” Andre Dah 3 Bulan, Farah Nabilah Seronok Besarkan Anak!

IKLAN

“Saya suka jadi ibu, saya tak rasa macam tugas atau beban tetapi saya boleh katakan, ia tak mudah, satu tugas yang sukar. Ada waktunya akan rasa macam kehilangan diri sendiri & belajar untuk tak sentiasa fikirkan apa yang kita dapat capai dalam masa sehari.

“Pastikan bayi selamat, hangat, sentiasa kenyang dan sentiasa disayangi. Saya rasa, tu dah lebih daripada cukup. Kan?,” luahnya.

“Baru Faham Kenapa Syurga Bawah Tapak Kaki Ibu” Andre Dah 3 Bulan, Farah Nabilah Seronok Besarkan Anak!

Menerusi hantaran itu di Instagram, Farah juga turut berkongsi sebuah videonya yang menyorong anak kecilnya itu sambil bersenam.

Bukan itu sahaja, malah kata Farah lagi, kini dia semakin memahami kenapa istilah syurga di bawah tapak kaki ibu setelah melalui satu pengalaman hebat membesarkan Andre.

IKLAN

“Baru Faham Kenapa Syurga Bawah Tapak Kaki Ibu” Andre Dah 3 Bulan, Farah Nabilah Seronok Besarkan Anak!

“Sekarang ni saya faham kenapa syurga dekat bawah tapak kaki ibu. (Kalau tau ni dari kecik tak sanggup nak derhaka dekat Umi 😩)

“So cheers to all mommies out there. Life is tough, but we are tougher,” kongsinya lagi.

 

IKLAN

Terdahulu, Farah Nabilah mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Mohammed Amirul Yunus pada 20 Disember 2019. Kini mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Andre Omar.

“Baru Faham Kenapa Syurga Bawah Tapak Kaki Ibu” Andre Dah 3 Bulan, Farah Nabilah Seronok Besarkan Anak!

Dah Habis Pantang, Farah Nabilah Kongsi Wajah Andre Omar, Pilih Persalinan Putih Untuk Majlis Cukur Jambul Bersama Keluarga

My Precious Andre Omar Bin Mohamed Amirul, Farah Nabilah Kongsi Nama Putera Sulung, Sedapnya Nama!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @farahnabilahofficial

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI