
Baru sahaja habis berpantang, ibu dan bayi ini terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya ketika ingin pulang ke kampung.
Memetik laporan Kosmo! Online, kemalangan tersebut berlaku pada jam 6.30 petang telah mengorbankan bayi lelaki, Nik Muhammad Zayyan Irfan Zulhilmi Ismail, dua bulan, dan neneknya, Noreha Mohamed, 53, akibat kecederaan pada bahagian badan dan kepala.
Sementara itu, ibu bayi tersebut, Raja Nurhanani Nabila Raja Hussin,23, pula meninggal dunia sewaktu sedang menerima rawatan di Hospital Hulu Terengganu.
Menurut Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah, kemalangan itu juga telah menyebabkan dua adik mangsa iaitu Raja Haikal Najmi, 20, dan Raja Nurhumairaa Nadzirah, 13, masing-masing mengalami patah kaki kanan dan patah bahu kiri.
Baharudin Abdullah berkata, keluarga tersebut dalam perjalanan pulang ke kampung di Kampung Semat, Wakaf Bharu, Kelantan dari rumah Raja Nurhanani Nabila yang terletak di Kem Tentera Darat Batu 10, Kuantan, Pahang.
Namun, sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, kereta Proton Wira yang dipandu adik mangsa, Raja Haikal Najmi dikatakan hilang kawalan secara tiba-tiba lalu terbabas melanggar kotak pembetung yang berada di tepi lebuh raya sebelum terbalik.
“Kesemua yang tersepit dalam kereta yang remuk teruk telah dikeluarkan oleh anggota bomba,”ujarnya.
Pelajari ilmu penyusuan untuk menjayakan bf journey mama bersama pakar-pakar bertauliah di webinar Mama Nak Susukan Anak. Daftar sini : https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-nak-susukan-anak/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Medal Untuk Anak Ibu.” Sambil Kayuh Fikir Aafiyah Nak Susu, DS Siti Berjaya Berbasikal 72km

Istimewanya anak di hati Datuk Sri Siti Nurhaliza hinggakan medal yang dimenangi juga adalah untuknya.
Datuk Sri Siti Nurhaliza memang gemar berbasikal. Beliau seringkali memuatnaik posting aktiviti berbasikalnya. Minat ini juga turut dikongsi bersama suami tercinta, Dato’ Sri Khalid bin Mohamad Jiwa.
Terbaru, penyanyi nombor satu Malaysia ini menyertai kayuhan sejauh 72km dianjurkan di Langkawi. Beliau yang berjaya menamatkan kayuhan dalam masa 3 jam 13 minit menyifatkan pingat (medal) yang diterimanya itu untuk si comel Siti Aafiyah.
ctdk Alhamdullillah.. Medal ni untuk anak ibu tau.. Banyak kenangan nak mendapatkan & menghabiskan kayuhan 72km ni anak ibu oiii.. Mula2 ibu nak masuk 25km saja , yelah .. fun ride la kann.. Lepastu 1 team kata alang2 dah sampai Langkawi jom kayuh sampai 72km..Whattttt!!! Dah la tak pernah lebih 50km.. berangan nak 72km..
TERJATUH HINGGA LUKA DI LUTUT TEPI TETAP BERSEMANGAT
Berbekalkan semangat (redha je la) & bantuan trainer saya #faizboh (geng @anuarmanan86 ) saya kuatkan semangat .. Yang best sekali pagi tadi sebelum berlepas saya dah ‘jatuh bodo’ ?♀️.. luka la lutut.. camana la boleh jatuh padahal dah berhati2 sangat … takpee tebalkan muka semangat punya pasal ( sakit tauuu?)Berlepas je hati dah dup dap dup dap .. takut jatuh lagi , tapi Alhamdullillah , Allah pelihara sepanjang jalan .. Terima kasih sahabat saya @aiza_mokhtar yang bagi semangat suruh masuk 72km & habiskan .. (hebat mummy Aiza ni) .. Sambil kayuh sambil istigfar, sambil bising bila nak habis nieeee??.. hahahah…
KAYUH LAJU BILA FIKIR AAFIYAH NAK SUSU
Yang sebenarnya ibu kayuh sambil pikir aafiyah kat bilik nak susu .. aafiyah nak susu .. hahaha.. itu buat ibu kayuh lagi laju tau aafiyah.. Sekianla coretan ibu aafiyah ni..
72KM DALAM MASA 3 JAM 13 MINIT, TEMPAT KE-22 DARI 1,000 PENYERTAAN
Akhirnya berjaya tamatkan juga 72km dengan masa 3 jam 13 minit 30saat di tangga 22 dari seribu lebih penyertaan…. Not bad uhh!! ???Syabas Siti Syabas .. sekarang.. persoalannya mana kaki ibu nie!! mana?? kaki dah tak rasa nak oiii… #rhblangkawiride2019#jomcarikakiibuaafiyah
View this post on InstagramA post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on
Sumber: @ctdk
Pa&Ma kini kembali untuk musim keempat. Setiap Selasa jam 12 tengah hari bersama pengacara anda Syahira Rahman dan Fad hanya di slot Dewi disaluran Astro Prima 105 dan Astro Prima HD 121.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Maafkan Mama Tak Jaga Fayyadh Baik-Baik..” Tak Sangka Jasad Anak Dalam Lombong

“Mama minta maaf sebab tak jaga Fayyadh baik-baik,” kata Nur Shamimi yang juga ibu kepada Muhammad Fayyadh Ukasyah Abdul Wahid sambil mengusap jasad anaknya selepas ditemui lemas di lombong berdekatan taman perumahan.
Nur Shamimi Abdul Malek 27, dilihat berulang kali meluahkan rasa tidak percaya anaknya itu sudah tiada sambil menzahirkan ucapan maaf.
Biasanya bermain di taman permainan
Ketika ditemui pemberita, Nur Shamimi berkata, mereka sekeluarga sama sekali tidak menyangka arwah akan mendekati lombong berkenaan kerana kawasan itu telah berpagar.
Katanya, pada kebiasaan, anak kedua daripada lima beradik itu hanya bermain di taman permainan yang terletak kira-kira 80 meter dari rumah mereka di Taman Kinta Baru, Gopeng, Perak sambil ditemani adik beradik yang lain.
“Kalau keluar je dari pagar rumah ini, memang ke taman permainanlah dia akan pergi, melompat sambil bermain papan gelongsor.
“Walaupun lombong berada dekat dengan taman permainan ini, dia dan anak-anak saya yang lain tak pernah pergi atau merayau di situ.
“Saya sama sekali tak menjangka dia akan ditemui di situ dalam keadaan tidak bernyawa kerana firasat saya mengatakan anak saya hanya ke taman permainan sahaja,” katanya.
Arwah anak istimewa
Katanya, anaknya yang mempunyai masalah autisme, hyper aktif, kurang pendengaran dan tidak boleh bercakap memang pantang jika pintu atau pagar tidak berkunci kerana akan berlari keluar rumah.
“Bila saya nampak pintu terbuka dan Fayyadh tiada di ruang tamu, saya cepat-cepat minta anak sulung berusia 7 tahun cari di taman permainan itu, tetapi dia tiada di situ.
“Kami mencarinya sehingga jam 4.30 pagi termasuklah di kawasan lombong itu, tetapi tidak menemui apa-apa petunjuk sehinggalah pagi ini (Selasa) dimaklumkan anak saya sudah ditemui, tetapi dalam keadaan tidak lagi bernyawa,” katanya pilu.
Akan merindui keletah manja arwah
Nur Shamimi berkata, dirinya reda dengan pemergian arwah dan mengakui akan merindui keletah manja anaknya itu nanti.
“Memang dialah yang paling manja, bila nak tidur dia akan cari dan pegang kaki saya, baru dia akan tidur. Samalah keadaannya setiap kali bangun tidur, dia akan cari dan peluk saya dulu, baru buat benda lain,” katanya.
Jasad Muhammad Fayyadh yang dilaporkan hilang dari rumah sejak petang Isnin ditemui dalam keadaan terapung di tepi sebuah lombong milik persendirian oleh pasukan operasi mencari dari Balai Polis Gopeng pada jam 9.45 pagi.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Hasron Nazri Hashim mengesahkan tiada tanda berlakunya unsur jenayah ketika pemeriksaan awal pada fizikal mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Kredit: Sinar Harian
KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
85 Bayi Bawah 1 Tahun Disahkan Positif Covid-19; ‘Belum Sempat Nak Rasa Sambut Hari Jadi’

Daerah Nueces di Texas, telah melaporkan bahawa 85 bayi di bawah usia 1 tahun disahkan positif coronavirus, kata pegawai kesihatan.
“Ketika ini kami mempunyai 85 bayi di bawah usia satu tahun di Nueces County yang semuanya diuji positif Covid-19,” kata Annette Rodriguez, pengarah kesihatan awam, Corpus Christi Nueces County, menurut CNN.
Baca: Ibu Ini Kongsi Resipi Mudah Buat Stok Bahan Masakan Bayi. Nak Masak Terus Boleh Guna, Senang!
Dalam tujuh hari terakhir, Nueces County mengalami 2.499 kes baru dan 40 kematian – “pertumbuhan terpantas dalam kes baru rata-rata tujuh hari daripada daerah metropolitan lain di negeri ini,” kata Pengurus Bandar Corpus Christi Peter Zanoni kepada CNN.
“Anda dapat melihat garis tren relatif rata hingga bulan Julai, dan di sinilah kita mengalami lonjakan besar dalam kes-kes, dan inilah sebabnya mengapa ia menjadi masalah besar bagi Nueces County,” kata Zanoni.
Berita dari Rodriguez menunjukkan salah satu pengumuman pertama mengenai sebilangan besar jangkitan bayi di satu kawasan. Pada masa lalu, laporan yang diterbitkan terhad menunjukkan bahawa “sebilangan kecil bayi” diuji positif untuk virus sejurus selepas kelahiran. Walau bagaimanapun, kanak-kanak tidak berisiko lebih tinggi daripada orang dewasa dan kebanyakan kes setakat ini adalah orang dewasa, menurut CDC.
Walaupun kes bayi ini melibatkan negara luar, namun ianya satu perkara yang perlu kita ambil serius. Baru-baru ini tular gambar individu-individu yang sepatutnya berada dalam tempoh kuarantin tetapi mereka ingkar dan tetap berada di tempat awam tanpa rasa bersalah walaupun memakai gelang pengesanan kuarantin Covid-19.
Golongan seperti inilah yang akhirnya akan merebakkan virus dan akhirnya kanak-kanak, golongan berisiko dijangkiti virus Covid-19.
Cara membesarkan anak pasca COVID-19 sudah tentu berbeza dengan dahulu. Banyak perkara tidak boleh dilakukan bersama anak-anak. Apakah langkah pencegahan yang paling utama untuk ibubapa lakukan bagi mengelak jangkitan COVID-19 pada anak –anak?
Menurut Datuk Dr Noor Hisham Abdullah,Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Memang benar banyak perkara tidak boleh dilakukan bersama anak-anak dan juga ahli keluarga yang lain jika dibandingkan sebelum negara kita dilanda pandemik COVID-19. Kalau dilihat secara positif, banyak juga kebaikan yang diperolehi semasa di awal perlaksanaan PKP, umpamanya ibubapa dapat meluangkan lebih masa bersama anak-anak.
Pada masa ini, kita sedang berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang memerlukan kerjasama semua termasuk ibubapa dan juga masyarakat untuk memainkan peranan sebagai frontliner, menjadi benteng untuk mengekang penularan jangkitan COVID-19. Oleh itu adalah wajar ibubapa sebagai orang yang paling dekat dengan anak-anak untuk memberi nasihat, didikan dan tunjuk ajar untuk mengelak jangkitan COVID-19.
Antara langkah–langkah pencegahan secara spesifik yang paling utama untuk ibubapa lakukan bagi mengelak jangkitan COVID-19 pada anak –anak adalah:
i. Tidak membawa anak-anak ke tempat awam dan sesak;
ii. Tidak membawa anak-anak ke hospital;
iii. Sekiranya perlu menghantar anak-anak ke Taska/tadika, sila patuhi peraturan
dan arahan daripada pihak yang berkenaan;
iv. Sekiranya ibubapa perlu keluar membeli makanan, selepas balik ke rumah,
perlu terus tukar pakaian dan membersihkan diri sebelum berjumpa anakanak;
v. Amalkan pembayaran secara atas talian;
vi. Sekiranya ibubapa ke tempat awam , perlu memakai pelitup muka;
vii. Selalu amalkan pembersihan dan disinfeksi di kawasan –kawasan yang kerap
disentuh;
viii. Amalan membasuh tangan dengan sabun atau menggunakan pensanitasi
tangan;
ix. Ajar anak-anak cara cara membasuh tangan dengan teknik yang betul
x. Hadkan pelawat datang ke rumah; dan
xi. Sentiasa pantau status kesihatan anak anak
Sumber: PEOPLE.COM, Temuramah eksklusif Pa&Ma bersama Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI