Hidup berumah tangga ada pasang surutnya. Ada waktunya bermasam muka namun ada waktunya terasa indah dan bahagia. Namun inilah proses mematangkan kita untuk terus mencari bahagia kita bersama.

Memulakan kehidupan berumahtangga pastinya tidak mudah namun mengekalkannya juga penuh onak dan ranjau. Namun berkat kesabaran dan sentiasa percaya dan bergantung pada Allah itu pastinya membuatkan rumah tangga menjadi lebih harmoni dan bahagia. Pastinya setiap orang punya cara dan tip berumahtangga, Pencetus Ummah, PU Amin tidak terkecuali berkongsi kisah kehidupannya di awal berumah tangga.

“Berkahwin pada usia muda, ketika usianya baru 22 tahun pastinya banyak pengalaman yang dilalui. Perkongsian yang cukup mendalam ini boleh dijadikan inspirasi buat yang baru melangkah ke alam perkahwinan.

“Masa ni baru seminggu kahwin. Umur baru 22 tahun. Masa ni cuti kahwin, sebelum balik Azhar Mesir untuk sambung baki pengajian 2 tahun lagi.

“Masa ni belum ada nama PU Amin lagi. Masa ni jalan jalan shoping pakai duit biasiswa je. Masa ni naik motor pergi mall. Masa ni asyik berangan kalau ada rumah sendiri, kalau ada kereta sendiri, kalau kalau tak habis habis berangan. Berangan kan free.

Masa ni lah pergi beli kasut pertama untuk isteri saya. Murah pun ok, janji ada hadiah. Haha Alhamdulillah rezeki Allah. Banyak yang Allah bagi lepas 8 tahun ni,” katanya berkongsi di instagram miliknya.

IKLAN

Tidak hanya berkongsi kisahnya di awal perkahwinan, bahkan bapa kepada tiga anak ini juga turut berkongsi tip untuk kekal bahagia.

Nak Bahagia Jaga Hubungan Dengan Allah

Malah kata beliau lagi, tip paling utama pastinya mendekatkan diri dengan Allah dan jaga hubungan baik dengan Allah. Itu sebaiknya. Terdapat juga beberapa tip yang boleh dijadikan panduan.

“Mak saya kata nak bagi tambah rezeki kena sentiasa jaga hubungan dengan Allah, jaga hubungan baik suami isteri. Jangan cakap benda tak elok, jangan kuat marah, sabar kena banyak.

“Betul kata mak, rezeki Allah banyak bila kita hargai pasangan kita. Family saya tak sempurna macam orang lain. Sebab tu jarang share pasal life family kiteorang kat socmed. Sama je macam orang lain,” katanya lagi yang sudah pun berkahwin selama 8 tahun.

Hiduplah Sederhana

Dalam pada itu, PU Amin turut menasihati pasangan yang baru berkahwin agar hidup sederhana. Hargai masa dan kesusahan di awal perkahwinan kerana itulah sebuah kenangan yang cukup membahagiakan.

“Bagi yang baru kawen kalau life kita tak meriah sangat tak apa , jangan follow orang lain, layan je life korang, ni moment indah untuk korang create kasih sayang waktu susah untuk korang hargai waktu senang nanti. Makan nasi bungkus share sama sama pun sedap, beli baju downtown, bundle pun takpe, baju jugak janji tutup aurat, settle.

Relax je, nanti Allah susun rezeki korang. Jangan mudah ungkap perkataan cerai, pisah. Banyak doa yang baik baik. Jangan cari kesempurnaan. Sebab manusia mana ada sempurna. Kan, so moga korang dan saya terus bahagia selamanya di bawah jagaan Allah SWT,” katanya lagi yang berkahwin pada tahun 2012.

 

View this post on Instagram

 

Masa ni baru seminggu kawen. Umur baru 22 tahun. Masa ni cuti kawen, sebelum balik Azhar Mesir untuk sambung baki pengajian 2 tahun lagi.. . Masa ni belum ada nama PU Amin lagi. Masa ni jalan jalan shoping pakai duit biasiswa je 🤣. Masa ni naik motor pergi mall. Masa ni asyik berangan kalau ada rumah sendiri, kalau ada kereta sendiri, kalau kalau tak habis habis berangan. Berangan kan free . Masa ni lah pergi beli kasut pertama untuk isteri saya. Murah pun ok, janji ada hadiah. Haha Alhamdulillah rezeki Allah. Banyak yang Allah bagi lepas 8 tahun ni. . Mak saya kata nak bagi tambah rezeki kena sentiasa jaga hubungan dengan Allah, jaga hubungan baik suami isteri. Jangan cakap benda tak elok, jangan kuat marah, sabar kena banyak. Betul kata mak, rezeki Allah banyak bila kita hargai pasangan kita. Family saya tak sempurna macam orang lain. Sebab tu jarang share pasal life family kiteorang kat socmed. Sama je macam orang lain.. . Bagi yang baru kawen kalau life kita tak meriah sangat tak apa , jangan follow orang lain, layan je life korang, ni moment indah untuk korang create kasih sayang waktu susah untuk korang hargai waktu senang nanti. Makan nasi bungkus share sama sama pun sedap, beli baju downtown, bundle pon xpe, baju jugak janji tutup aurat, settle.. . Relax je, nanti Allah susun rezeki korang. Jangan mudah ungkap perkataan cerai, pisah. Banyak doa yang baik baik. Jangan cari kesempurnaan. Sebab manusia mana ada sempurna. Kan, So Moga korang dan saya terus bahagia selamanya di bawah jagaan Allah Swt. ❤️

A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on


Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents