“Belum habis meratap pilu atas pemergian arwah ibu minggu lalu, sekali lagi saya diuji apabila suami dijemput Ilahi dalam nahas jalan raya,” kata Wan Norsalasiah Wan Noh.
Wan Norsalasiah, 40, berkata dia bagai tidak percaya apabila suaminya, Mohd Rozimi Daud, 40, maut dalam kemalangan di Kilometer 34 Jalan Kota Bharu ke Kuala Terengganu berhampiran Bukit Abal, Pasir Puteh, Kelantan.
Arwah minta tunggu kepulangannya..
Menurutnya, ini kerana dia masih bersedih dengan pemergian ibunya, Jabariah Mahamood, 70, yang baru genap seminggu.
Katanya, dia masih terngiang-ngiang suara arwah memintanya supaya menunggu kepulangannya, malam semalam sebelum keluar rumah di Taman Tengku Ahmad Rithaudeen, Melor untuk membaiki kereta.
“Suami keluar rumah kira-kira 5.30 petang semalam untuk membaiki tayar kereta saya dan saya berkali-kali meminta untuk mengikutnya, tetapi tidak benarkan sebelum memujuk agar menunggu dia pulang malam tadi.
“Bagaimanapun, penantian kami berakhir dengan kesedihan kerana bukan dia yang pulang sebaliknya khabar duka mengenai kemalangan yang mengorbankan nyawanya diterima,” katanya ketika ditemui di rumahnya.
Dirempuh lori
Dalam kejadian pada 7.45 malam itu, Mohd Rozimi memandu kereta Proton Preve bersama rakannya dirempuh sebuah lori yang hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan menyebabkan berlaku pertembungan.
Sambil menyifatkan arwah adalah seorang suami dan bapa yang sangat baik serta bertanggungjawab, Wan Norsalasiah berkata, suaminya turut menjaga ibu mentua ketika hayat kerana menganggapnya sebagai ibu sendiri.
Anak-anak paling terasa kehilangan arwah
Menurutnya, kehilangan Mohd Rozimi amat ketara dirasai kerana enam anak mereka berusia 16 bulan sehingga 14 tahun sangat rapat dengan arwah.
“Memang rasa berat sangat dugaan ini kerana sepanjang 15 tahun hidup bersama, semua tanggungjawab digalasnya dengan baik termasuk menjaga dan menguruskan anak-anak serta tidak membebankan saya dengan kerja rumah yang banyak.
“Suami juga sedang membina rumah untuk kami yang kini baharu seminggu kerja pembinaan berjalan, namun segalanya tidak kesampaian dan saya buntu untuk meneruskan hidup tanpanya,” katanya.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Dato’ Megat Muda, di sini, bersebelahan pusara arwah ibu mentuanya.
Kredit: Harian Metro
ARTIKEL MENARIK [Jangan Biar Anak belajar Sendiri. Kena Join Sekali, Barulah Dia Cepat ‘Tangkap’ & Teruja!]
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI