Kehadiran anjing liar sering kali mengganggu ketenteraman awam. Bukan sahaja di tempat kita, malah di negara lain juga turut menghadapi masalah yang sama. Seperti yang berlaku di sebuah hospital swasta di Farrukhabad, Uttar Pradesh baru-baru ini yang mana seorang bayi mati dicakar anjing.
Menurut laporan akhbar antarabangsa, bayi yang baru sahaja dilahirkan ke dunia selama tiga jam itu dicakar anjing sehingga meninggal dunia. Berdasarkan laporan itu juga anjing yang mencakar bayi tersebut memasuki hospital menerusi tingkat di dewan pembedahan.
Ekoran daripada kejadian tersebut yang meragut nyawa, kakitangan hospital tersebut ditahan dan didakwa kerana menyebabkan kematian.
Tinggalkan bayi tanpa pengawasan
Pegawai penyiasat, Ved Prakash Panday berkata, keluarga mangsa mendakwa bahawa bayi itu ditinggalkan tanpa pengawasan di dalam dewan pembedahan.
“Kami sedang menunggu bedah siasat sebelum membuat sebarang tangkapan berhubung kematian mangsa,” katanya.
Sementara itu, keluarga mangsa mendakwa hospital cuba menyembunyikan kejadian dengan mendakwa kematian bayi itu disebabkan ibunya keguguran.
Mereka mendakwa bahawa ditawarkan wang untuk tidak membuat aduan berhubung perkara berkenaan.
Hospital ditutup, beroperasi tanpa lesen
Pihak berkuasa kini menutup hospital berkenaan atas alasan ia beroperasi tanpa lesen.
Dianggarkan, ada lebih 30 juta anjing liar di India dan lebih 20,000 orang di negara itu mati akibat penyakit anjing gila, setiap tahun.
Laporan bahawa anjing merayau di hospital juga bukan perkara asing.
Minggu lalu, ada dakwaan bahawa anjing tidur di katil di hospital kerajaan yang menyebabkan protes awam.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangkitan Kuman Pada Luka Caesarean, 4 Kategori Ibu Ini Berisiko Tinggi. Jangan Berani Sapu Sembarangan
Jangkitan kuman pada luka caesarean adalah amat ditakuti ibu-ibu yang bersalin. Doktor jelaskan 4 kategori wanita ini yang berisiko tinggi alami jangkitan pada luka pembedahan. Awas mama, hati-hati!
Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan berkongsi mengenai pengalamannya mengendalikan kes wanita selepas bersalin yang mendapat jangkitan pada luka pembedahan caesarean. Beliau juga turut berkongsi info lanjut mengenai infeksi luka pembedahan dan siapa yang perlu berisiko & ekstra hati-hati.
“Awak sapu ubat apa pada luka operation ni ?”
Luka pembedahan caesarean kelihatan kekuningan dan berwarna coklat kehitaman. Bila dirasa guna tangan, lukanya panas dan bengkak
“Saya sapu kunyit dan manjakani doktor. Ada orang cakap bagus untuk sembuhkan luka operation. Saya pun try lah. Lepas sapu tu luka saya jadi merah merah dan bengkak. Sampai takboleh tidur sakitnya. Tak tahan dah, tu yang saya jumpa Dr ni”
Pemeriksaan dilakukan untuk kenal pasti sebab luka bengkak dan lebam. tangan saya ditepis
“Doktor sakit sangat, jangan pegang luka tu”
“Luka awak ni da bernanah, bila picit je memancut nanah keluar. Sib baik tak kena muka saya”
“Menyesal dah saya sapu benda bukan bukan kat luka ni. Taubat dahhh”
Dalam nada berseloroh,
Nanti dalam wad, sapu serbuk kari plak tau, mana lah tau cepat sembuh…. serbuk kayu manis jangan lupa, dah alang-alang tu kan ?
PENINGKATAN KELAHIRAN MELIBATKAN CAESAREAN
Dalam standard praktis obstetrik, kadar caesarean telah meningkat dalam 20 tahun lepas dengan 20% baby dilahirkan secara caesarean.
Dengan pelbagai cara untuk mengurangkan kadar kelahiran secara caesarean ini, tiada bukti atau pun ura-ura menunjukkan kadar caesarean ini akan menurun dalam masa yang terdekat.
Maka, masalah berkaitan seperti duduk hospital lama, dan cara untuk merawat jangkitan pada luka pembedahan caesarean adalah perkara yang penting dan menjadi tugas utama doktor sakitpuan dan perbidanan selain menguruskan hal-hal kesihatan wanita dan kehamilan.
6 DARI 10 WANITA BERSALIN CZER AKAN ALAMI INFEKSI PADA LUKA BEDAH
Secara keseluruhan, jangkitan kuman berlaku 6 dalam 100 wanita yang menjalani pembedahan caesarean – ini adalah komplikasi yg sangat biasa berlaku dan telah dimaklumkan kepada pesakit sebelum pembedahan caesarean dilakukan.
Dalam kajian terbaru menyatakan 9.6% wanita mengalami jangkitan selepas pembedahan caesarean di UK ( untuk data Malaysia saya takda ). Majoriti dlm 88% jangkitan ini melibatkan lapisan atas kulit dan baki 12% melibatkan lapisan lebih dalam termasuklah organ dalaman.
SIMPTOM JANGKITAN KUMAN
Tanda-tanda jangkitan kuman pada luka pembedahan caesarean :
- Luka menjadi kemerah-merahan
- Kadang-kadang ada nanah mula keluar
- Luka menjadi bengkak dan lebam
4 KATEGORI IBU YANG BERISIKO MENDAPAT JANGKITAN PADA LUKA CAESAREAN
Siapa yang senang dapat jangkitan kuman pada luka caesarean?
- Mereka yang menjalani pembedahan caesarean secara kecemasan risikonya tinggi sedikit untuk dapat jangkitan kuman berbanding mereka yang menjalani pembedahan caesarean secara elektif
- Bayi yang mengalami obesiti.
- Ibu ada kencing manis
- Pernah mengalami pembedahan caesarean sebelum ini.
RAWATAN YANG DIBERIKAN
Bila sudah berlakunya jangkitan kuman pada luka caesarean ini, sampel (swab) akan diambil pada luka ini utk mengetahui kuman apa yang ada menyebabkan jangkitan itu. Penyiasatan darah juga turut dilakukan.
Kalau jangkitan kuman baru nak bermula dan tak berapa teruk, rawatan antibiotik akan dimulakan untuk 5-7 hari, biasanya pesakit boleh makan kat rumah. Selepas seminggu pesakit ini akan dijumpa semula untuk melihat sama ada jangkitan ini sudah sembuh atau tidak
LEBAM-LEBAM TANDA JANGKITAN TERUK PADA LUKA
Kalau jangkitan pada luka teruk, sehingga ternampak lebam lebam dan pengumpulan darah beku pada luka, pesakit mungkin akan dimasukkan ke dalam wad untuk pemberian antibiotik melalui salur darah ( intravenous ) kemudian proses cuci luka akan dilakukan dari semasa ke semasa sebelum memastikan jangkitan kuman sudah tiada sebelum luka dijahit semula.
DOKTOR PESAN JANGAN SAPU SEMBARANGAN PADA LUKA PEMBEDAHAN
Jangan gatal nak sapu tepung ubi kayu la serbuk kari la serbuk kunyit lah kat luka operation. Bersihkan guna air mandian biasa dan keringkan luka selepas mandi dah cukup. Tak perlu sapu apa apa.
Sumber: Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Kesihatan Wanita & Kehamilan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Ada Rezeki Susukan Anak Macam Ibu Lain, Tak Perlu ‘Judge’, Asal Anak Sihat Membesar!
Benar, rezeki kita tak sama. Ada ibu yang direzekikan untuk dapat menyusukan anaknya hingga usia enam bulan dan hingga dua tahun. Namun ada pula yang tidak dapat menyusukan anak di awal kelahiran lagi. Semuanya atas pelbagai alasan.
Jangan judge ibu-ibu ini kerana setiap ibu pasti mahukan yang terbaik buat anak-anak. Siapa yang tidak mahu anak sihat dengan susu ibu namun tidak semua orang punya rezeki.
Perkongsian Terapis Carakerja (Occupational Therapist) Pn Maryam Jamadi banyak benarnya. Tak perlu mendengar kata-kata orang lain, asalkan anak kita sihat membesar, sudah memadai.
“Breastfeeding is not a choice, its a tanggungjawab. Kalau tak mampu, cari ibu susuan”
Tadi saya terbaca statement di atas, tapi entahlah walaupun saya menyusu penuh kedua-dua anak saya tetapi rasa ‘something wrong somewhere” dengan ayat di atas.
Sebab, statement tersebut mungkin akan melukakan hati
1. Ibu yang memang ada masalah penyusuan.
2. Ibu yang terpaksa hentikan pengeluaran susu atas sebab masalah kesihatan dan mengambil ubat.
3. Ibu yang mempunyai masalah emosi atau kesihatan mental terganggu.
4. Ibu yang kerja sektor kritikal, nak ke tandas pun tak sempat apatah lagi mengepam susu.
5. Suami yang kematian isteri semasa/selepas melahirkan anak.
Kita tak tahu rezeki dan ujian setiap orang.
– Ada orang yang ada susu banyak tetapi anak pula ada masalah tidak boleh menyusu/tidak boleh terima susu badan.
– Ada orang yang susu banyak tetapi ada masalah susu pula tak boleh keluar (inverted nipple dll).
– Ada orang yang masa anak pertama susu melimpah ruah, tiba anak kedua tiada rezeki susu.
– Ada orang diuji dengan kesihatan mental semasa proses menyusukan anak.
Saya ada kenalan yang susunya banyak melimpah ruah, tetapi ada masalah susu tak boleh keluar pula (inverted nipple) sehingga bengkak susu dan dapat jangkitan. Setiap kali pam susu, keluar susu bercampur darah. Akhirnya, terpaksa lakukan pembedahan dan hentikan pengeluaran susu.
Jadi, mohon sangat kalau nampak bayi baru lepas lahir menyusu botol tak perlulah kita “judge” mereka sebagai “kurang usaha” atau “kurang jadi ibu” selagi tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku.
Ya, perjalanan menyusukan anak memang tidak mudah, banyak pengorbanan terpaksa dilakukan. Sakit dan lenguh-lenguh badan.
Korbankan masa. Anak melekat dengan ibu sampai susah nak buat apa-apa. Kena gigit.
Itu belum lagi ibu yang bekerja, awal pagi dah bangun sediakan kelengkapan menyusu. Sambil bekerja, sambil pam.
Tapi…. jika kita adalah ibu yang menyusu badan dan berjaya harungi semua cabaran dan dugaan. Ia bukanlah tiket untuk kita memperlekehkan ibu-ibu yang tidak mampu.
Kerana semuanya 100% bergantung kepada rezeki Allah juga.
1 Rezeki ada susu.
2. Rezeki anak itu sendiri
3. Rezeki ada masa.
4. Rezeki ada suami yang menyokong.
5. Rezeki tempat kerja kondusif untuk pam susu.
6. Rezeki ada ibu susuan.
7. Rezeki Allah kuatkan mental kita.
Rezeki dan ujian Allah beri kepada kita pelbagai cara. Usaha memang usaha tetapi kalau Allah dah kata tak ada rezeki, maka tak adalah.
Susu badan atau susu tepung, tidak mengurangkan keibuan seorang ibu. Daripada kita “judge” ibu-ibu lain, lebih baik kita tawarkan diri jadi ibu susuan. Setuju?
Menarik:10 Kali Kira Jari Anak Tapi Waktu Tu Dia Tenang, Sweetnya Ucapan Aiman Hakim Buat Isteri
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Alhamdulilah Sihat, Berat 3.7kg” Baim Wong Tayang Wajah Anak Kedua, Comelnya Kenzo!
Tahniah diucapkan buat pelakon tersohor Indonesia, Baim Wong di atas kelahiran anak keduanya baru-baru ini selepas isterinya, Paula Verhoeven selamat melahirkan bayi lelaki.
Tidak hanya berkongsi wajah comel, Baim Wong yang cukup dikenali di negara ini juga turut memgmumkan nama anak keduanya.
Menerusi Instagramnya, Baim turut memuat naik foto bayi lelaki mereka yang dilahirkan pada Sabtu lalu.
” Ini (foto) yang sebenar..adiknya Kiano Kiano Tiger Wong iaitu Kenzo Eldrago Wong,” tulisnya sambil berkongsi Instagramnya khas untuk anaknya, @kenzoeldragowong
Kata Baim lagi, isterinya selamat melahirkan Kenzo dengan berat 3.7kg secara pembedahan di sebuah hospital di Menteng, Jakarta.
“Alhamdulilah sihat, berat 3.7kg.
“Panjangnya 53 cm (tinggi bangat), beza 3 cm lebih tinggi dari Kiano. Doakan sentiasa sihat ya,” tulisnya lagi.
Terdahulu Baim cuba mengelirukan peminatnya dengan berkongsi gambar anak pertamanya, Kiano Tiger Wong terlebih dahulu sebelum berkongsi wajah sebenar anak keduanya.
Diruangan komen turut dihujani dengan ucapan tahniah dari rakan selebriti dan seluruh pengikut pelakon hebat itu.
Baim dan Paula mendirikan rumahtangga pada 22 November 2018. Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki Kiano Tiger Wong yang kini berusia dua tahun.
Menarik: Tiap Kali Hulur Duit Pada Isteri, Suami Mesti Niatkan Sebagai Hibah, Bukan Sedekah
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI