Baru Lahir 3 Jam, Bayi Maut Dicakar Anjing

Share

Kehadiran anjing liar sering kali mengganggu ketenteraman awam. Bukan sahaja di tempat kita, malah di negara lain juga turut menghadapi masalah yang sama. Seperti yang berlaku di sebuah hospital swasta di Farrukhabad, Uttar Pradesh baru-baru ini yang mana seorang bayi mati dicakar anjing.

Menurut laporan akhbar antarabangsa, bayi yang baru sahaja dilahirkan ke dunia selama tiga jam itu dicakar anjing sehingga meninggal dunia. Berdasarkan laporan itu juga anjing yang mencakar bayi tersebut memasuki hospital menerusi tingkat di dewan pembedahan.

Ekoran daripada kejadian tersebut yang meragut nyawa, kakitangan hospital tersebut ditahan dan didakwa kerana menyebabkan kematian.

Tinggalkan bayi tanpa pengawasan

Pegawai penyiasat, Ved Prakash Panday berkata, keluarga mangsa mendakwa bahawa bayi itu ditinggalkan tanpa pengawasan di dalam dewan pembedahan.

“Kami sedang menunggu bedah siasat sebelum membuat sebarang tangkapan berhubung kematian mangsa,” katanya.

Sementara itu, keluarga mangsa mendakwa hospital cuba menyembunyikan kejadian dengan mendakwa kematian bayi itu disebabkan ibunya keguguran.

Hospital ditutup kerana tidak mempunyai lesen

Mereka mendakwa bahawa ditawarkan wang untuk tidak membuat aduan berhubung perkara berkenaan.

Hospital ditutup, beroperasi tanpa lesen

Pihak berkuasa kini menutup hospital berkenaan atas alasan ia beroperasi tanpa lesen.

Dianggarkan, ada lebih 30 juta anjing liar di India dan lebih 20,000 orang di negara itu mati akibat penyakit anjing gila, setiap tahun.

Laporan bahawa anjing merayau di hospital juga bukan perkara asing.

Minggu lalu, ada dakwaan bahawa anjing tidur di katil di hospital kerajaan yang menyebabkan protes awam.

Sumber: Hmetro & BBC

 

Published by
SAHR