Baru Lahirkan Anak Pertama 5 Bulan Lepas, Isteri Opik Kini Hamil Anak Kedua

Share

Isteri kepada penyanyi dan pendakwah terkenal Opik iaitu Bebi Silvana mengesahkan bahawa dirinya kini hamil anak kedua.

Perkongsian tersebut dibuat melalui sebuah majlis kesyukuran dan dikongsi di laman Instagramnya. Dia yang baru melahirkan anak pertama lima bulan yang lepas menyatakan  rasa syukur dan memohon doa ramai.

“Alhamdulillah majlis 4 bulan kehamilan anak ke dua malam kelmari berjalan lancar”

“Minta Doa dari semua rakan-rakan agar kandungan ini selamat hingga hari bersalin dan semoga saya serta bayi sihat dan selamat.. Aamiin yra”

Usia kehamilan Bebi kini sudah mencecah 4 bulan.

Anak pertama Bebi dan Opick iaitu Maulana Muhammad Hasan Abdullah El Firdaus dilahirkan pada 10 Julai tahun lalu.

Rata-rata warga maya mengucapkan tahniah diatas kehamilan anak kedua mereka. Ada juga yang turut mendokan agar ibu dan bayi selamat sehingga bersalin.

Pasangan suami isteri ini bernikah pada 17 Disember 2018 dan Opick sendiri mempunyai 5 orang anak hasil daripada perkahwinan dengan bekas isteri pertamanya, Dian Rositaningrum.

Kredit: Bebi Silvana

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
NuFa