Belum hilang penat berpantang dan menyusukan anak sepenuhnya, tiba-tiba disahkan mengandung lagi. Waktu ini ramai yang seakan tak percaya kerana menganggap masih menyusukan bayi dan period pun belum datang.
Adakah boleh untuk mengandung lagi selepas baru bersalin? Ada apa-apa risiko atau tidak? Ini antara persoalan yang selalu di tanya oleh ibu. Sebab itu penting untuk ibu tahu beberapa perkara sebelum mendapat kejutan yang tak di sangka.
Antara yang perlu diberi perhatian adalah ketahui waktu subur selepas bersalin, peranan penyusuan susu ibu, kembali menjalinkan hubungan kelamin selepas melahirkan anak, waktu yang sesuai untuk mengandung lagi, risiko mengandung selepas bersalin atau mengambil perancang jika perlu.
Berikut perkongsian dari Dr Hana mengenai seorang ibu muda yang tak sangka pun dia hamil kerana baru lepas bersalin, period pun belum datang dan masih menyusu badan.TAPI, SAYA TAK PERIOD LAGI…
Seorang ibu masuk bilik Dr.
Dia nak scan sebab rasa “lain macam”.
Buat UPT double line, tapi si ibu macam tak percaya.
Ads
Ibu tu muda lagi.
Anak bongsu baru nak masuk 10 bulan.
Yang sulung baru masuk 4 tahun, dan ini dah mengandung anak ke-4, jadi anaknya selang setahun seorang.
Ibu tu masih nampak terkejut.
Ibu: Tapi Dr, saya masih menyusu badan penuh. Sejak bersalin saya belum datang period. Macam ni pun boleh mengandung ke Dr?
PASANGAN selebriti Indonesia, Al Ghazali dan Alyssa Daguise akhirnya mengesahkan berita gembira yang dinanti-nantikan peminat. Malah, mereka bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi. Perkhabaran manis itu dikongsi melalui satu hantaran bersama di media sosial, sekali gus menjawab teka-teki tentang kehamilan yang menjadi perhatian ramai sejak kebelakangan ini.
Bagi pasangan muda ini, kehadiran bayi sulung benar-benar menjadi anugerah terindah selepas melalui pelbagai fasa dalam hubungan yang dibina sejak enam tahun lalu. Mereka menyatakan bahawa menantikan anak pertama adalah detik paling istimewa, malah menjadi perjalanan baharu yang penuh syukur dan pengharapan.
Melalui perkongsian itu, Al Ghazali dan Alyssa Daguise meluahkan rasa syukur kerana diberi rezeki untuk bergelar ibu dan bapa. Ucapan tahniah membanjiri ruang komen, menzahirkan sokongan dan kegembiraan daripada rakan artis, kenalan serta peminat yang sudah mengikuti kisah cinta mereka sejak awal.
Berita gembira ini juga menceriakan seluruh keluarga besar mereka, terutama ibu kepada Al, iaitu pemuzik terkenal Maia Estianty.
Antara reaksi paling mencuri perhatian semestinya daripada Maia sendiri yang kelihatan sangat teruja menantikan gelaran baharunya sebagai nenek.
“Oma Bunda (Oda) dan Opa Daddy (Ody) menunggu dengan sabar,” tulisnya di ruangan komen, membayangkan betapa besar harapannya untuk menyambut cucu sulung.
Menariknya, hasrat Maia untuk menjadi nenek bukanlah sesuatu yang tiba-tiba. Dalam program Maia AlElDul TV, beliau pernah menyatakan bahawa usia 50 tahun adalah tahun yang paling sesuai untuk dirinya menimang cucu.
“50 tahun adalah tahun aku mahu menimang cucu. Aku sudah bersedia menjadi Oma Bunda,” katanya.
Buat Maia, memegang gelaran nenek bukan sekadar satu peranan baharu dalam keluarga, tetapi satu fasa kehidupan yang diraikan dengan penuh rasa bangga, kasih sayang dan keterujaan.
Al Ghazali dan Alyssa Daguise mendirikan rumah tangga pada 16 Jun 2025 selepas menjalani hubungan selama hampir enam tahun. Kini, pasangan romantis ini memasuki fasa hidup yang lebih bermakna dengan bakal menyambut zuriat pertama yang akan mengukuhkan lagi kasih sayang mereka sebagai sebuah keluarga kecil.
Peminat pastinya tidak sabar melihat transformasi pasangan ini sebagai ibu dan bapa muda. Ramai yang turut menitipkan doa agar kehamilan Alyssa berjalan lancar dan bayi yang dikandungnya membesar dengan sihat. Dengan kematangan hubungan mereka yang telah lama terjalin, ramai yakin Al dan Alyssa bersedia sepenuhnya untuk memasuki fasa keibubapaan.
Selain itu, pasangan ini sebelum ini sering berkongsi detik-detik manis perjalanan rumah tangga mereka, menjadikan pengumuman kehamilan ini lebih istimewa kerana menjadi simbol permulaan keluarga yang mereka idamkan.
Semoga kehamilan Alyssa dipermudahkan, bayi membesar dengan sihat, dan keluarga ini terus dilimpahi kebahagiaan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tular kisah 100 individu membabitkan 20 keluarga mengalami keracunan makanan selepas menikmati puding buih yang dibeli secara dalam talian pada 22 Mei lalu. Siasatan awal, telur tamat tempoh yang digunakan untuk membuat puding buih itu dipercayai menyebabkan punca keracunan.
Sebab itu pentingnya pemilihan telur dan uji dahulu telur tersebut sebelum masak. Bagi ibu hamil pula pastikan mengambil telur yang dalam keadaan baik dan masak sepenuhnya. Kenapa pentingnya bagi ibu hamil? Ikuti perkongsian daripada pakar, Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan.
Apa kesan pada ibu dan kandungan jika termakan telur tamat tempoh?
Kalau makan apa-apa produk atau makanan yang tamat tempoh atau expired, dikhuatiri akan menyebabkan keracunan makanan food poisoning pada ibu hamil. Justeru check dulu tarikh luput setiap makanan yang kita nak ambil.
Ada ibu hamil yang mengidam roti telur goyang..adakah selamat untuk ibu hamil makan telur separuh masak?
Ibu hamil sememangnya tidak dinasihatkan mengambil apa-apa makanan mentah atau separa masak sepanjang tempoh kehamilan , termasuklah telur separa masak atau suku masak. Ini penting untuk mengelakkan jangkitan kuman bernama salmonella semasa hamil. Tiada istilah goyang goyang. Kalau nak roti goyang, boleh makan selepas bersalin.
Cara masak telur yang selamat untuk ibu hamil?
Untuk selamat, jika ibu mahu makan telur adalah telur yang telah dimasak sepenuhnya. Rebus atau goreng tak ada masalah, asalkan dimasak sempurna. Rebus la lebih baik, tak berminyak kan.
Perlu tak ibu hamil pilih telur yang sedikit mahal berbanding telur papan yang tiada expiry date?
Ibu-ibu hamil takda masalah nak ambil telur biasa atau telur yang agak mahal sedikit. Pengambilan telur sebenarnya untuk sumber protein yang terkandung di dalamnya. Kena pastikan telur tak lebih tarikh luput je sahaja. Tak pasti jangan beli. Begitu juga dengan makanan lain, bukan hahya tertumpu pada telur sahaja.
Untuk memilih telur yang terbaik, ikut langkah ini;
1. PERIKSA KULIT TELUR
Perhatikan sekeliling kulit telur dan lihat jika ada sebarang keretakan padanya. Jika masih elok, bermakna bahagian dalam telur masih terlindung.
Untuk mengetahui sama ada telur itu bagus mahupun tidak, ia mempunyai sejumlah butiran kecil yang akan membuatkan permukaan telur sedikit kasar jika dipegang.
2. GONCANG TELUR
Untuk mengetahui keadaan dalam telur, goncangkan ia. Telur yang berkualiti tidak akan kedengaran berbunyi kerana ia padat di dalamnya.
Putih telur yang bagus sedikit kental jika dibandingkan dengan yang sudah lama ataupun rosak. Jika telur tidak berbunyi bermakna telur putih itu dalam keadaan yang baik.
Telur putih yang sudah rosak tidak dapat ‘mengikat’ kuning telur dan mempunyai rongga udara yang banyak di dalamnya. Oleh itu, apabila digoncangkan ia akan berbunyi.
3. RENDAMKAN DALAM AIR
Ketika anda di rumah, tiba-tiba teringin makan telur. Bagaimana anda mahu tahu jika telur itu masih boleh digunakan?
Rendamkan saja. Telur yang masih baik akan terendam, jika sudah seminggu disimpan akan tenggelam dengan posisi sedikit senget.
Telur yang tersimpan lebih kurang 2-3 minggu pula akan lebih tegak kerana rongga udara di dalam telur semakin banyak. Sekiranya anda rendam telur dan ia timbul sepenuhnya, bermakna ia sudah rosak. Namun, jika waktu anda rendamkan telur itu dan ia tenggelam sepenuhnya, bermakna telur itu masih segar dan selamat untuk digunakan.
4. PERHATIKAN KUNING TELUR
Kuning telur yang masih elok biasanya berwarna kuning terang dan apabila dipecahkan, ia akan terbentuk cantik.
Jika sudah tidak berapa elok, kuning telur akan berwarna sedikit pucat dan cenderung untuk ‘terlerai’ ketika anda pecahkan telur. Selain itu, putih telur juga tidak selikat yang biasa.
Hamil tanpa sedar, “kandungan sudah 8 bulan, baru tahu ada ‘penghuni’ dalam rahim.” Kehamilan adalah satu fasa yang penting dalam kehidupan seorang wanita. Namun, terdapat kes-kes di mana seseorang wanita tidak menyedari dirinya hamil sehingga kandungan sudah besar.
Fenomena ini dikenali sebagai “kehamilan tanpa sedar” atau “cryptic pregnancy”. Artikel ini akan membincangkan gejala-gejala kehamilan tanpa sedar dan faktor-faktor yang menyebabkannya berlaku.
Menerusi satu hantaran yang dikongsikan oleh seorang wanita di TikTok @teahhamed_ dia bercerita tentang keadaan dirinya yang baru tahu sedang hamil ketika usia kandungan sudah mencecah 8 bulan.
Hantaran yang dikongsikan oleh wanita ini dihujani dengan komen-komen warga maya. Ramai juga yang mengalami masalah hamil tanpa sedar ini rupanya. Berikut antara komen-komen warga maya.
Gejala-Gejala Kehamilan Tanpa Sedar
Haid yang Tidak Teratur
Salah satu gejala utama kehamilan adalah ketiadaan haid. Namun, bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur, mereka mungkin tidak menyedari ketiadaan haid sebagai tanda kehamilan. Haid yang tidak teratur boleh disebabkan oleh pelbagai faktor seperti stres, perubahan berat badan, atau masalah hormon.
Perubahan Berat Badan yang Tidak Ketara
Sebahagian wanita mungkin mengalami kenaikan berat badan yang sedikit atau tidak ketara semasa hamil. Mereka mungkin menganggap kenaikan berat badan ini disebabkan oleh faktor lain seperti pemakanan atau kurang bersenam.
Pergerakan Bayi yang Disalah Tafsir
Pergerakan bayi dalam kandungan mungkin dirasai sebagai masalah pencernaan atau pergerakan usus. Wanita yang tidak menyedari dirinya hamil mungkin mengabaikan tanda-tanda ini.
Gejala Kehamilan yang Tidak Jelas
Gejala seperti loya, muntah, atau keletihan boleh disalah anggap sebagai simptom penyakit lain seperti selesema atau masalah gastrik. Sebahagian wanita mungkin tidak mengalami gejala kehamilan yang biasa seperti morning sickness.
Wanita yang pernah hamil sebelum ini mungkin tidak menyedari tanda-tanda awal kehamilan kerana mereka beranggapan bahawa setiap kehamilan adalah sama. Mereka mungkin tidak mengaitkan gejala yang dialami dengan kehamilan.
Faktor-Faktor yang Menyebabkan Kehamilan Tanpa Sedar
Faktor Psikologi
Dalam sesetengah kes, wanita mungkin berada dalam keadaan psikologi yang menafikan kemungkinan mereka hamil. Ini boleh disebabkan oleh pelbagai faktor seperti tekanan hidup, masalah hubungan, atau kehamilan yang tidak dirancang.
Masalah Kesihatan
Masalah kesihatan seperti sindrom ovarium polisistik (PCOS) atau masalah hormon boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur dan gejala kehamilan yang tidak jelas.
Kehamilan Ektopik
Kehamilan ektopik adalah keadaan di mana janin berkembang di luar rahim. Ini boleh menyebabkan gejala kehamilan yang berbeza daripada kehamilan biasa dan sukar dikenalpasti.
Kekurangan Pengetahuan Tentang Kehamilan
Wanita yang kurang pengetahuan tentang gejala dan tanda-tanda kehamilan mungkin tidak menyedari bahawa mereka hamil. Mereka mungkin menganggap gejala yang dialami sebagai masalah kesihatan biasa.
Tindakan yang Perlu Diambil
Jika anda atau seseorang yang anda kenali mengalami gejala-gejala yang mencurigakan dan berkemungkinan hamil tanpa sedar, adalah penting untuk segera mendapatkan pemeriksaan kesihatan. Pemeriksaan kehamilan boleh dilakukan dengan mudah melalui ujian kehamilan di rumah atau pemeriksaan oleh doktor.
Kesimpulan
Kehamilan tanpa sedar adalah fenomena yang jarang berlaku tetapi boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Oleh itu, adalah penting untuk wanita mengenali gejala-gejala kehamilan dan mendapatkan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Kesedaran dan pengetahuan tentang kehamilan dapat membantu wanita menguruskan kesihatan mereka dengan lebih baik dan memastikan kesejahteraan diri serta bayi dalam kandungan.
Botol susu polikarbonat boleh mendedahkan bayi kepada risiko BPA apabila terdedah kepada air panas. Ketahui cara penggunaan, penjagaan, pensterilan dan pilihan botol yang lebih selamat untuk bayi.