Belum hilang penat berpantang dan menyusukan anak sepenuhnya, tiba-tiba disahkan mengandung lagi. Waktu ini ramai yang seakan tak percaya kerana menganggap masih menyusukan bayi dan period pun belum datang.
Adakah boleh untuk mengandung lagi selepas baru bersalin? Ada apa-apa risiko atau tidak? Ini antara persoalan yang selalu di tanya oleh ibu. Sebab itu penting untuk ibu tahu beberapa perkara sebelum mendapat kejutan yang tak di sangka.
Antara yang perlu diberi perhatian adalah ketahui waktu subur selepas bersalin, peranan penyusuan susu ibu, kembali menjalinkan hubungan kelamin selepas melahirkan anak, waktu yang sesuai untuk mengandung lagi, risiko mengandung selepas bersalin atau mengambil perancang jika perlu.
Berikut perkongsian dari Dr Hana mengenai seorang ibu muda yang tak sangka pun dia hamil kerana baru lepas bersalin, period pun belum datang dan masih menyusu badan.
Seorang ibu masuk bilik Dr.
Dia nak scan sebab rasa “lain macam”.
Buat UPT double line, tapi si ibu macam tak percaya.
Ibu tu muda lagi.
Anak bongsu baru nak masuk 10 bulan.
Yang sulung baru masuk 4 tahun, dan ini dah mengandung anak ke-4, jadi anaknya selang setahun seorang.
Ibu tu masih nampak terkejut.
Ibu: Tapi Dr, saya masih menyusu badan penuh. Sejak bersalin saya belum datang period. Macam ni pun boleh mengandung ke Dr?
Dr: YA, MEMANG #BOLEH SANGAT.
Fullstop.
Jadi, kalau nak jarakkan kehamilan, amalkanlah kaedah merancang keluarga yang established dan lebih efektif. Bukan jamu makjun, bukan laila majnun.
Kaedah menyusu penuh atau lactational amenorrhoea biasanya hanya berkesan 6 bulan pertama. Kaedah buang luar / ‘azl seringkali terbabas jua.
Kita ada kaedah pil, cucuk, susuk dan alat dalam rahim yang lebih reliable.
Boleh bincang dengan Dr untuk kaedah yang sesuai based on sejarah kehamilan dan keadaan kesihatan ibu-ibu semua ya.
Sumber: Dr Hana