Dr. Izzar Anwari, suami kepada suami kepada pelakon popular, Ummi Nazeera berkongsi tentang perkembangan anaknya Ayra yang akan masuk 5 bulan esok. Perkembangan positif tersebut dikongsi beliau di laman instagramnya.
ABY DEVELOPMENT MILESTONE – 5 BULAN
Umur Ayra akan masuk 5 bulan dah esok, Alhamdulillah. Untuk baby 5 bulan, Development Milestones dia adalah, otot leher mula kuat, baby dah mula nak capai objek dan dah mula letak tangan atau benda dalam mulut (mouthing).
Tapi bagi Ayra, dia dah sekarang dah start buat benda2 yang baby 6 bulan patut buat. Ayra dah boleh baring meniarap(prone) sambil support badan dia guna tangan.Dia bergolek untuk meniarap sendiri tu.Hobby baru dia. Mata n kepala pun dah pusing merata nak explore dunia ni.Alhamdulillah.
Ibu bapa memainkan peranan yang besar untuk memastikan tiada Development Delay. Kenala selalu layan celoteh anak tu.Tapi memang ada kes yang Development Delay tak dapat dielakkan. Ayra ni baby premature, sebab tu kami rajin lebih sikit sebab nak dia membesar dengan baik. InsyaAllah
Netizen turut berkongsi pengalaman anak mereka dan ada juga yang turut memuji perkembangan baby Ayra yang sangat positif.
Sama macam baby saya, 4 bulan lebih dah meniarap
Sumber: Dr. Izzar Anwari
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Perkembangan Bayi Yang Hebat! Mama & Papa Kena Tahu
Perkembangan bayi perlu diketahui bagi bergelar ibu bapa. Momen indah yang dilalui bersama meninggalkan kenangan indah.Dalam tempoh itu, bayi akan mengalami perkembangan termasuk fizikal. Malah, sejak lahir hingga 12 bulan adalah tempoh untuk bayi melakukan eksplorasi persekitarannya. Ia merupakan saat paling yang menyeronokkan dalam kehidupan bayi. Jom kita terokai dunia si cilik yang begitu mempesonakan!
1.Penglihatan
Semasa dua bulan pertama dalam kehidupan, bayi tidak dapat memfokuskan objek melebihi jarak kira-kira 25cm.
2.Bergolek
Bayi yang mula bergolek, bermula dari hadapan ke belakang, kemudian dari belakang ke hadapan. Kemudian akan menggerakkan badannya. Hati-hati bayi mungkin jatuh jika bayi berada di permukaan yang tinggi atau katil.
3.Belajar duduk
Apabila bayi sudah dapat mengawal badannya, bantu dia belajar duduk dengan cara meletakkan kusyen di sekelilingnya. Cara ini membantu bayi mengimbangi badannya.
4.Merangkak
Berjalan dengan menggunakan semua anggotanya dan mungkin tidak menggunakan setiap kakinya dengan cara yang sama, Misalnya, bayi mungkin menyeret sebelah kaki dengan lutut dan pergerakan sebelah kaki lagi adalah normal.
5.Belajar berjalan
Sebaik sahaja anak anda membuat langkah pertamanya yang teragak-agak, anak anda mengambil masa beberapa hari sebelum berjalan dengan penuh keyakinan. Dia akan membuka kakinya untuk melangkah dan mengangkat tangannya untuk mengimbangi diri. Biarkan dia tidak berkasut apabila dalam rumah. Kasut hanya digunakan apabila berjalan-jalan di luar rumah.
6.Mempelajari bentuk
Bayi boleh mengangkat objek kecil menggunakan ibu jari dan jarinya. Jari-jemari bayi menjadi semakin lincah. Berminat dengan barang-barang kecil.
7.Pergerakan tangan
Bantu anak anda menghalusi pergerakan tangannya dengan permainan ini. Kini boleh memasukan gegelung dengan baik. Kemahiran motor halusnya semakin berkembang. Permainan ini memerlukan tumpuan, jadi inilah masa untuk si cilik belajar menggunakan tangannya.
8.Latihan pertuturan
Memberi permainan anak patung iaitu puppet merupakan alat permainan yang amat berguna dalam melatih kemahiran berkomunikasi. Bermainlah dengan anak anda. Anak akan meniru apa yang anda lakukan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Usia 0-3 Bulan Bayi Tenung Muka Bukan Saja-Saja. Waktu Ni Dia Serap Semuanya & Boleh Faham
Ramai ibu bapa tidak tahu PENTINGNYA tahap umur BAYI baring MELENTANG dan helpless tu. Umur bayi tentunya 0-3 bulan ke bawah. Bayi tak tahu buat apa-apa, mungkin mengagah sahaja.
Selalunya, ibu bapa akan biarkan saja. paling-paling bagi susu, salin lampin dan biarkan saja baby sendirian.
ANAK HANYA ADA MINDA BAWAH SEDAR
Namun, ibu bapa yang bijak, tahu, pada usia ini anak TIADA MINDA SEDAR. Yang wujud HANYA MINDA BAWAH SEDAR. Diserapnya semua perkara yang berlaku di kelilingnya.
Bayangkan ibu bapa yang tidak prihatin tinggalkan anak dengan orang yang mulutnya asyik memaki dan mencela orang, itulah yang diserap. Orang di sekeliling anak itu pula asyik bergaduh dan bekelakuan kasar….serap lagi!
ANAK SERAP SEMUANYA, TIADA FILTER!
Aduh! mama papa bercakap penuh berbudi bahasa….sedar-sedar bila anak pandai bercakap…akhlaknya kasar dan perkataannya kasar…dari mana datangnya?..Ya! dari apa yang dia serap semasa 0-3 bulan!
Kalau si ayah selalu memarahi si ibu atau si ibu memarahi si ayah di hadapan anak, maka terseraplah tenaga marah ke dalam diri anak itu. Bila dia besar sikit, si ibu dan bapa hairan kenapalah si anak ni cepat sangat marah dan mempunyai perangai cepat marah.
Emmmm….jangan pandang rendah lagi apa yang boleh dibuat pada anak anda yang berumur 0-3 bulan.
BAGI INPUT POSITIF, ELAKKAN GAJET
Ambil masa, cium, agah dan yang penting bercakap dengan anak itu. Tunjuk itu dan ini. Beri input…bacakan buku yang banyak gambar…janganlah pula bagi ipad atau tengok TV. Kesian sel otaknya!
Anak umur 0-3 bulan, sangat memerlukan input positif anda. Lapangkan masa bagaimana sibuk pun. Cari jalan untuk bercakap dan bersembang dengannya.
Bersembang? Ya bersembanglah dengannya. Kata nak anak cepat bercakap.
Sumber: Ibu Rose
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Amalan Membedung Bayi Memang Elok, Tapi Mama Papa Elakkan Kesilapan Dalam 5 Keadaan Ini!
Amalan membedung bayi memang baik untuk perkembangannya. Tapi mama papa perlu elakkan kesilapan membedung ketika bayi dalam 5 situasi ini!
Mama papa adakalanya buntu sama ada mahu bedung bayi atau tidak. Bimbang bayi menangis dek panas, salah membedung dan bimbang kes kematian mengejut bayi?
Usai melahirkan bayi, adalah penting untuk mama dan papa mempelajari teknik yang betul membedung bayi. Ia bagi memastikan bayi selamat setelah dibedung kerana bedung yang tidak kemas boleh membahayakan keselamatan bayi.
APAKAH AMALAN MEMBEDUNG BAYI?
Membedung bayi bererti “membungkus” menggunakan kain bedung. Antara kebaikan membedung bayi adalah seperti berikutr;
#1 Bedung dapat memberikan rasa hangat dan seperti di dalam rahim ibu. Ia juga memberikan rasa tenang ketika bayi mendapat rangsangan yang berlebihan dari luar.
#2 Waktu sesuai untuk memakai bedung ini ialah ketika baru lahir, pulang ke rumah dari hospital, ketika malam yang dingin, sesudah mandi pagi, ketika berada di dalam bilik berpendingin hawa dan semasa membawa bayi mendapatkan suntikan imunisasi.
#3 Bedung sangat membantu bagi mencegah bayi menggosok dan mencakar mukanya sendiri terutama jika tidak dipakaikan sarung tangan, .
#4 Boleh membantu bayi yang kerap terkejut yang sering terjadi secara refleks terutama pada bulan pertama setelah kelahiran dapat dielakkan apabila bayi dibedung.
#5 Mama dan papa dicadangkan supaya tidak membedung bayi setelah dia berumur tiga atau empat bulan ke atas. Ini kerana dia sudah mula belajar meneroka sekelilingnya dan bermain dengan jari dan objek di sekitarnya.
5 KEADAAN BAYI TIDAK PERLU DIBEDUNG
Terdapat beberapa sebab bedung tidak sesuai kepada bayi anda. Mama papa perlu peka dan elakkan membedung dalam keadaan ini.
1.Cuaca atau musim panas.
2.Ketika tengah hari.
3.Bayi mempunyai ruam merah atau gatal-gatal pada badan bayi terutamanya di leher dan tengkuk.
4.Bayi menangis akibat tidak selesa.
5.Bayi demam. Jangan sesekali membedung kerana ia boleh memerangkap haba dan seterusnya menyebabkan suhu badan bayi meningkat.
MANFAAT MEMBEDUNG BAYI
Amalan membedung memberikan banyak kebaikan kepada si manja dan ibu. Antaranya ialah;
- Kajian mendapati bedung dapat meredakan gejala kolik pada bayi.
- Penelitian di Jerman menunjukkan bahawa membedung bayi secara betul dapat membuatkan bayi tidur lebih lena.
- Bedung membantu bayi tidur secara terlentang dan mengelakkannya berada dalam posisi meniarap.
- Membedung dengan cara yang betul akan membantu mengawal suhu tubuh bayi iaitu memberikan kehangatan pada tubuhnya.
- Membantu anda menenangkan bayi baru lahir yang meragam kerana belum biasa dengan bunyiyang tidak pernah didengarnya.
- Mengelakkan bayi daripada menggapaikan tangannya ke atas akibat terkejut.
- Membantu proses pelekapan semasa menyusu susu ibu. Ini kerana ibu lebih mudah dan selesa apabila pergerakan bayi terhad akibat dibedung.
- Mengurangkan risiko Sindrom Bayi Mati Mengejut ketika tidur kerana terkejut dan tersentak.
Anda boleh membaca artikel ini dan boleh dapatkan panduan membedung bayi menerusi video yang dipaparkan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI