“Baru Merasa Ada Anak Perempuan” Lama Idam Baby Girl, Rupanya Fiza Frizzy Tak Lepas Kirimkan Doa Dari Kawan-Kawan!

Share

Walau sudah punya dua orang cahaya mata lelaki, namun impian untuk memiliki anak perempuan tetap menjadi misi buat pengacara, Fiza Frizzy dan suaminya.

Berkongsi kisah throwback kelahiran anak ketiganya yang merupakan seorang perempuan, akui Fiza, banyak usaha yang dilakukan untuk memiliki zuriat perempuan.

Menerusi Instagramnya, Fiza berkongsi kisah perjalanannya untuk memiliki, Fatma Zahra yang dinantikan sekian lama dalam keluarga kecil mereka.

“Punya la payah nak dapat babygirl ni, segala petua, Chinese calendar, makanan and minuman follow, tapi baru la sekarang merasa.

“Lepas ada 2 anak lelaki, 1 keguguran dan doa daripada kawan kawan. Sesiapa je yang upload story pi Makkah, Fiza dengan tak malunya minta kirimkan doa untuk dapat babygirl,” begitu kongsi Fiza.

Bahkan selepas dapat tahu dia mengandungkan bayi perempuan, dia dan suami mengalirkan airmata kerana begitu terharu.

Pun begitu, lain ragamnya berbanding anak lelaki, anak perempuannya, Fatima cukup dengan pelbagai ragam termasuklah asyik melekat 24 jam.

“Alhamdulillah, bila scan dapat tahu pregnant babygirl, Fiza VC husband and dua dua nangis tak keluar suara bersyukur sangat sangat. Inilah hasilnya Fatma Zahra Binti Mohd Fazli.

“Tapi, ada babygirl ni orang cakap senang jaga. Kenapa anak aku ni mulut bising? Asal letak je meragam? Kalau mandi tu suka tendang segala benda? Kuat menangis? Geram ye babygirl ni, memang tak sempat buat kerja. Masuk toilet pun ku angkut juga dukung.

“Yang ni, part pi beli groceries pun angkut juga si kecik. Selalu lepas hantar anak sulung pi play school, Fiza ada masa pendek je beli groceries.

“Agak agak kalau terserempak dengan Fiza tengah bawa anak pi mana mana tu, ingatlah, bukan Fiza nak hurung sangat semua anak tapi anak anak ku macam magnet dengan mama nya,” katanya lagi berkongsi cerita.

Menerusi entri yang sama juga, Fiza dilihat turut membawa ke mana sahaja anak perempuannya itu termasuklah mengendong ke pasaraya untuk membeli barangan rumah.

Dalam pada itu, rata-rata pengikut setia Fiza turut meninggalkan pelbagai reaksi malah turut berkongsi pelbagai kisah anak perempuan yang hampir sama dengan Fiza.

 

Menarik:  Sesetengah Orang Berkira-Kira Nak Beranak & Mengandung, Neelofa PU Haris Mahu Anak Ramai!

Comelnya bila superhero cilik berkumpul ramai-ramai! Jom, daftarkan si manja ada di SINI https://toko.ideaktiv.com/product/himpunan-little-hero/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM