Masih panjang umur! Itu yang boleh digambarkan apabila seorang kanak-kanak hampir menjadi mangsa buaya ketika turun ke bawah rumahnya. Kejadian itu berlaku di perkampungan Lahad Datu, Sabah.
Apa yang dibimbangkan, kejadian melibatkan buaya menyerang manusia dilihat semakin menjadi-jadi terutama kepada penduduka yang tinggal berdekatan habitat reptilia amfibia itu.
Ibu syukur anak terselamat dari disambar buaya
Terbaharu, seorang ibu meluahkan kesyukuran apabila anak lelakinya terselamat daripada disambar buaya ketika turun ke bawah rumah bagi mengambil seekor ayam.
Menurut ibu mangsa dikenali Azlina Abdul Rahman, kejadian berlaku sebelum maghrib apabila anaknya tidak sama sekali buaya berkenaan berada di situ sehinggalah sepupunya menjerit sebaik sahaja melibat kelibat reptilia tersebut.
“Untuk makluman, anak aku mangsa gigitan buaya, bukan kena gigit semasa mandi tetapi nak ambil ayam yang berada di bawah kolong dan tak tahu sama sekali kalau ada buaya di situ.
“Air masin, masa itu paras lutut anak saya. Kemudiannya, sepupunya nampak buaya dan menjerit,”ceritanya dalam hantaran di laman Facebook.
Ibu mangsa menarik nafas lega apabila anak lelaki terselamat kerana hanya kakinya sahaja digigit selain bersyukur dan diberi peluang.
“Alhamdulillah, syukur ya Allah. Masih beri aku peluang kedua untuk perbaiki diri untuk tidak lalai dan menjadi pengajaran dan iktibar untuk kita semua,”ujarnya.
Bercerita lanjut, Azlina memberitahu orang ramai terus bertindak memukul buaya berkenaan sehingga reptilia berkenaan melepaskan kaki anaknya. Namun, buaya tersebut sempat melibas ekor ke arah anaknya tapi tak kena.
“Alhamdulillah, anak saya terselamat, terus bergegas ke ICU untuk mendapatkan rawatan,” katanya.
@dzmnrhmn Membalas kepada @Qay_Antibiotik ♬ Under Water – Fareoh
Dalam pada itu, Azlina mengatakan pembedahan anaknya itu selesai sekitar jam 1.50 petang semalam dan masih dalam tahanan di wad untuk rawatan selanjutnya.
Di kesempatan itu, dia meminta jasa baik orang ramai mendoakan anaknya kembali pulih seperti sedia kala.
Sumber: Facebook Azlina Abdul Rahman, TikTok @dzmnrhmn & OMM