Bila dah dekat tarikh nak bersalin, saat ini sangat mendebarkan buat semua ibu-ibu kerana ia dianggap perjuangan antara hidup dan mati. Bagi ibu yang mudah melahirkan anak, mungkin rezeki tapi buat ibu yang mengalami kontraksi lama, mungkin akan meninggalkan sedikit trauma.
Apa pun, persediaan di penghujung kehamilan penting bagi memastikan mental dan fizikal ibu berada dalam keadaan baik. Ada juga kes yang ibu tak sempat ke hospital tetapi dah bersalin. Itu sebabnya suami atau ahli keluarga terdekat kena siap sedia dalam tempoh ini.
Tak sempat ke labour room
Terkini, melalui perkongsian di media sosial menunjukkan seorang wanita melahirkan anaknya dalam keadaan berdiri dan bayi tersebut disambut oleh suami. Kejadian yang tak disangka itu betul-betul berlaku di hadapan sebuah pusat perubatan.
Ads
Menerusi portal News Detik, wanita tersebut dan suami baru saja tiba di pusat perubatan dan belum sempat lagi melakukan swab test sebagai salah satu prosedur wajib sebelum masuk mendapatkan rawatan selanjutnya.
Bagaimanapun tak dijangka, air ketuban pecah dan bayi dah nak keluar. Tanpa sempat ibu di bawa ke labour room, terus melahirkan bayi di situ sahaja secara berdiri.
Ads
Ibu dan bayi stabil
Dalam keadaan kelam kabut itu, suami terus menyambut bayi mereka. Tak lama selepas itu, kelihatan petugas kesihatan terus datang untuk memberikan rawatan susulan kepada ibu dan bayi berkenaan.
Ads
Difahamkan, kedua-duanya kini berada dalam keadaan baik dan masih lagi berada di bawah pemantauan doktor.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi yang sudah berkeluarga, lebih-lebih lagi yang punya anak kecil, penggunaan lif sememangnya amat membantu. Ditambah pula dengan penggunaan stroller yang kurang sesuai menggunakan eskalator.
Namun malangnya ada yang tidak prihatin dengan ibu yang membawa anak kecil dan langsung tidak memberi ruang kepada ibu dengan stroller ini. Di mana keprihatinan kita?
Luahan rasa seorang ibu yang dikenali sebagai Ameenazizul meluahkan rasa kecewanya melihat orang-orang sekeliling yang kurang peka dan tidak bertimbang rasa bagi mengutamakan ibu beranak kecil.
Malah lebih buruk lagi katanya, dia menunggu lif hampir tujuh hingga lapan pusingan namun malangnya tiada sesiapa yang memberikan ruang.
Kecewa dengan situasi itu, akhirnya ibu ini memilih jalan untuk mengendong anak dan menaiki escalator agar lebih cepat.
“Koyak teruk harini. 7-8 round tunggu turn nak naik lif di KLCC. Punyalah ignorant takda sorang pun bagi laluan.
“Padahal semua muda-muda, bawak shopping bag je, bukan stroller atau warga emas. Lama sangat tunggu last last kami mengalah, lipat stroller, dukung anak, turun escalator.
“Hidup ni kena lah bertimbang rasa. Kesian,” luahnya kesal.
Seharusnya prihatinlah pada ibu ayah yang menggunakan stroller dan membawa anak kecil. Berilah laluan kepada mereka. Ini sebaiknya.
Seorang bayi berusia sebulan di Tanzania dilaporkan maut selepas ‘diculik’ oleh sekumpulan monyet ketika sedang menyusu di rumah.
Menurut portal The Citizen, insiden itu berlaku di kampung Mwamgongo di Kigoma, Tanzania pada Sabtu lalu.
Difahamkan bahawa sekumpulan monyet itu telah memecah masuk ke rumah berkenaan dan merampas bayi tersebut daripada pangkuan ibunya sebelum melarikannya.
Kejadian aneh itu berlaku kira-kira jam 3 petang di kampungnya yang terletak berhampiran sempadan Taman Negara Gombe.
Semuanya bermula ketika ibu bayi lelaki itu sedang duduk di luar rumahnya sambil menyusukan bayinya. Tanpa diduga, telah datang sekumpulan monyet yang menceroboh ruang rumahnya dan merampas kanak-kanak itu daripadanya.
“Memang benar kanak-kanak itu bersama ibunya di luar rumah mereka apabila secara tiba-tiba datang sekumpulan monyet menyerbu rumah mereka dan membawanya pergi,” kata Komander Polis Wilayah Kigoma, James Manyama.
Kejadian itu memaksa si ibu untuk segera meminta pertolongan. “Dia menjerit meminta tolong dan penduduk kampung yang mendengar terus bergegas ke rumahnya untuk membantunya mendapatkan kembali anaknya dari sekumpulan monyet itu,” kata beliau lagi.
Apabila penduduk kampung menjumpai sekumpulan monyet itu, mereka dapat melihat bayi itu berada di tangan salah seekor monyet tersebut. Penduduk kampung terpaksa menggunakan kekerasan untuk mendapatkan bayi itu kembali.
“Apabila penduduk kampung datang, ia sudah terlambat kerana bayi itu sudah pun berada di tangan monyet tersebut dan apabila mereka cuba mengambilnya kembali secara paksa, bayi tersebut mengalami kecederaan di bahagian kepala dan leher,” kata Encik Manyama.
Kemudiannya, penduduk kampung di situ berjaya mendapatkan semula bayi yang berada dalam keadaan cedera itu namun malangnya, bayi tersebut meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di hospital berhampiran.
“Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa kampung Mwamgongo berkongsi sempadan dengan Taman Negara Gombe. Justeru, kejadian haiwan menceroboh kawasan kampung bukanlah suatu perkara yang luar biasa,” katanya.
Selepas tiga bulan sekolah diarahkan tutup dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan diikuti Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akibat penularan wabak COVID-19, sesi persekolahan membabitkan pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah bakal dibuka semula sepenuhnya secara berperingkat mengikut SOP ditetapkan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Perasaan gembira bercampur risau pasti dirasai pelajar, guru dan ibu bapa tetapi dengan kes COVID-19 yang semakin terkawal, pembukaan semula sekolah ini diyakini berjalan lancar.
Menurut Menteri Pendidikan, Dr Radzi Jidin dalam ucapan khasnya, setelah mengambil kira saranan KKM dan MKN, KPM menetapkan supaya pembukaan semula sekolah untuk murid bukan kelas peperiksaan awam dilaksanakan secara berperingkat.
Bagi sekolah menengah, murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 serta murid Kelas Peralihan akan kembali ke sekolah bermula pada hari Rabu, 15 Julai 2020.
Untuk sekolah rendah pula, murid Tahun 5 dan Tahun 6 akan kembali ke sekolah pada hari Rabu, 15 Julai 2020. Manakala, tarikh pembukaan semula sekolah bagi murid Tahun 1 hingga Tahun 4 adalah pada hari Rabu, 22 Julai 2020.
Bagaimana pula dengan kemasukan murid Tingkatan 6 Semester 1 Tahun 2020? Untuk makluman, keputusan penawaran kemasukan calon lepasan SPM 2019 ke Tingkatan 6 Semester 1 Tahun 2020 boleh disemak mulai hari ini melalui portal KPM. Murid akan mendaftar pada hari Rabu, 15 Julai 2020.
Tarikh pembukaan semula sekolah ini terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM. Bagi sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM pula, mereka juga
disaran untuk turut mengikut tarikh pembukaan penuh sekolah yang ditetapkan.
Guna pakai 3 model pengoperasian untuk sesi persekolahan
Berdasarkan analisis dan perincian yang telah dilaksanakan, KPM telah mengenal pasti 3 model pengoperasian pembukaan penuh sekolah yang perlu dijadikan panduan oleh pentadbir sekolah mengikut kesesuaian dan situasi di sekolah masing-masing.
Model pertama adalah Model Satu Sesi
Model ini ialah untuk sekolah yang mempunyai bilik darjah atau ruang yang mencukupi bagi menempatkan semua murid dalam satu sesi, setelah mengambil kira penjarakan sosial.
Model kedua adalah Model Dua Sesi
Model ini ialah untuk sekolah sedia ada yang telah beroperasi secara dua sesi ataupun sekolah satu sesi yang kini perlu beroperasi secara dua sesi kerana tidak mempunyai ruang yang mencukupi bagi menempatkan semua
murid dengan mengambil kira penjarakan sosial.
Model yang ketiga adalah Model Penggiliran
Model ini ialah untuk sekolah yang tidak mempunyai ruang mencukupi bagi menempatkan semua murid walaupun dengan melaksanakan model dua sesi. Kebanyakan sekolah di dalam kategori ini adalah sekolah yang terletak dalam kawasan berkepadatan penduduk yang tinggi.
Bagi Model Penggiliran untuk sekolah menengah, murid Tingkatan 5 dan 6 perlu hadir ke sekolah setiap hari. Manakala kehadiran murid Tingkatan 1 hingga 4 perlu dibuat secara bergilir-gilir mengikut kelas atau aliran tertentu.
Pihak sekolah hendaklah menentukan bentuk penggiliran yang sesuai berdasarkan keperluan murid. Contohnya, jika sekolah mempunyai ruang yang mencukupi, murid Tingkatan 4 akan turut hadir setiap hari. Keutamaan diberi sebagai persediaan untuk
menduduki peperiksaan SPM pada tahun hadapan.
Bagaimana pula model penggiliran bagi murid sekolah rendah? Murid Tahun 1 hingga 6 boleh hadir secara bergilir-gilir mengikut kelas atau tahap. Dalam hal ini, pihak sekolah yang menentukan bentuk penggiliran bersesuaian.
Untuk model penggiliran ini, kaedah pembelajaran murid adalah secara hybrid, iaitu secara bersemuka di sekolah semasa hari persekolahan dan secara Home-Based Learning di rumah untuk hari-hari yang mereka tidak dijadualkan berada di sekolah.
Maklumat senarai sekolah mengikut model yang telah ditetapkan akan dimaklumkan oleh KPM selewat-lewatnya seminggu sebelum sekolah dibuka semula sepenuhnya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tindakan yang boleh kita buat apabila dipukul, dikasari dan dicederakan. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.