Baru sehari bercuti di Maldives, Sariyanti mula rasa rindu kepada anak-anaknya. Beginilah ibu-ibu, kerinduan saat berpisah dengan anak-anak memang tidak dapat disangkal lagi walau pun suami tercinta ada sisinya.
Sariyanti bersama suami, Jep Sepahtu kini berada di lokasi pelancongan yang indah iaitu Maldives. Percutian ini besar kemungkinan adalah sempena sambutan ulang tahun kelahiran Sari pada 9 November lalu.
Kerinduan kepada anak memang tidak dinafikan terutamanya apabila berjauhan dalam masa yang lama. Perasaan rindu itu dinyatakan oleh Sari ini melalui posting Instagram yang memaparkan sekeping kertas yang tercatat nama anak-anaknya iaitu Barr Al ‘Aliy, 8 tahun, Baasit Al Haq, 6 tahun dan Dariya Inara, 6 bulan dan ucapan ringkas tetapi penuh makna “Mama miss u my babies.”
Ads
Kapsyen juga pendek tapi cukup menggambarkan kerinduan ibu ini kepada anak-anak kesayangannya.
sariyanti Nanti ada rezeki kita datang sama sama pulak ??? . #barralaliy #baasitalhaq #dariyainara @dariyainaraofficial
Para follower faham akan perasaan yang sedang dialami selebriti ini dan turut berkongsi pengalaman dan cadangan supaya Sari membuat video call untuk mengubati kerinduan kepada anak-anak.
Membawa si kecil melihat dunia amat baik untuk perkembangannya. Ia adalah satu bentuk rangsangan yang menggalakkan bayi menerokai sesuatu yang baru. Nak bawa mereka bersama tentu ada panduannya, lebih-lebih lagi jika ke luar negara.
Mama papa boleh dapatkan tip lanjut dalam rancangan TV Pa&Ma, 13 November 2018 jam 12 tengah hari dan 9 malam di Astro Prima & Astro Maya HD yang bertajuk Pengembara Cilik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Secara realiti, memahami hati seorang isteri tidaklah rumit. Sebenarnya, apa yang wanita mahu adalah ingin berasa selamat, ingin rasa ada ikatan emosi dan merasa yakin bahawa kita akan bersama mereka untuk seumur hidup.
Sepanjang tempoh perkahwinan apa yang isteri mahukan dari suami bukanlah yang diluar kemampuan tetapi cukup jika dapat membimbing keluarga ke jalan yang diredhai untuk kebahagiaan bersama.
Berdasarkan perkongsian dari Profesor Muhaya, beliau ada memberi sedikit perkongsian mengenai golongan lelaki yang tidak bekerja serta malas mendirikan solat.
Pakar mata popular itu memuat naik perkongsiannya dalam satu video di instagramnya setelah sering diajukan persoalan sama dari golongan isteri.
“Assalamualaikum banyaknya orang tanya saya, Prof macam mana suami saya ni tak bekerja, saya kerja dan bayaran bil semua saya yang buat?
“Ini saya sebut tagline, “suami malas akan suka cari isteri berdikari.” Cuba tengok sentap atau tidak, kalau suami cakap saya nak cari wanita yang independent, ada kerja dan sebagainya takut-takut anda sebenarnya malas untuk menunaikan tanggungjawab.
“Dan ingat setiap kali anda (suami) tidak diberi nafkah akan dituntut,” katanya.
Pada masa sama, Prof Muhaya yang turut terkenal dikalangan selebriti juga turut memberi pesan kepada para ‘imam’ di luar sana.
“Saya nak jawab soalan kepada suami isteri mengena soalan ini, suami yang tidak solat dan sebagainya.
“Tolong suami yang tak solat, tolong taubat sebab kalian sepatutnya membawa anak isteri ke syurga.
“Suami yang tiada niat bawa anak isteri ke syurga, pada saya sia-sia hidup. Cuba audit balik hidup kita.
“Hentilah dulu nak pergi mengeteh atau apa, tengok pada keluarga terlebih dulu,” kongsinya.
Sumber: ig Prof Muhaya
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hantar dan ambil anak di sekolah memanglah penat, ibu bapa pasti akan rindu momen indah ini. Menghantar dan mengambil anak setiap hari ke sekolah mungkin dilihat sebagai satu rutin yang memenatkan bagi sesetengah ibu bapa.
Hantar & Ambil Anak Di Sekolah Memanglah Penat, Ibu Bapa Pasti Akan Rindu Momen Indah Ini
Namun, hakikatnya, ia adalah satu nikmat yang tidak ternilai yang perlu kita syukuri. Terdapat pelbagai kebaikan yang boleh kita perolehi daripada tugas harian ini yang kelihatan remeh, namun penuh dengan makna.
Masa yang dihabiskan bersama anak-anak dalam perjalanan ke sekolah dan pulang dari sekolah adalah masa yang amat berharga. Ia memberi peluang kepada ibu bapa untuk berbual dan mendengar cerita tentang apa yang berlaku di sekolah, rakan-rakan mereka, serta apa-apa masalah atau kegembiraan yang mereka alami.
Perbualan ini boleh memperkukuh hubungan antara ibu bapa dan anak-anak, serta memberikan rasa selamat dan disayangi kepada mereka.
Dengan menghantar dan mengambil anak-anak sendiri, ibu bapa dapat memastikan keselamatan mereka terjamin. Mereka boleh memastikan anak-anak sampai ke sekolah dan pulang ke rumah dengan selamat.
Dalam zaman yang penuh dengan cabaran keselamatan ini, langkah ini adalah satu kelebihan yang amat penting.
Dengan melihat ibu bapa mereka mengambil tanggungjawab untuk menghantar dan mengambil mereka setiap hari, anak-anak akan belajar tentang pentingnya tanggungjawab dan pengurusan masa.
Mereka akan lebih memahami erti komitmen dan bagaimana mengurus masa dengan baik, contohnya, bangun awal untuk bersiap ke sekolah dan tidak membuang masa.
Bagi sesetengah ibu bapa, masa dalam kereta boleh menjadi masa untuk berehat dan bersantai, walaupun hanya seketika. Mendengar muzik kegemaran atau berbual dengan anak-anak boleh menjadi terapi yang baik selepas seharian bekerja.
Perjalanan ke sekolah mungkin melalui kawasan-kawasan yang menarik dan indah. Ini boleh menjadi peluang untuk ibu bapa dan anak-anak menikmati pemandangan dan persekitaran sekitar.
Melalui pemandangan ini, ibu bapa juga boleh mengajar anak-anak tentang alam sekitar dan kepentingan menjaganya.
Menghantar dan mengambil anak ke sekolah setiap hari memang memerlukan komitmen dan pengorbanan masa, namun ia adalah satu tanggungjawab yang penuh dengan nikmat.
Janganlah kita mengeluh, sebaliknya raikanlah setiap detik yang berharga ini bersama anak-anak kita. Masa ini tidak akan kembali, dan setiap saat yang dihabiskan bersama mereka adalah pelaburan berharga dalam membina hubungan yang kukuh dan memupuk nilai-nilai yang baik dalam diri mereka.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Ada cara yang lebih baik untuk mengatakan tidak kepada anak-anak. Sebenarnya anak kita tidak suka dengan perkataan, “Jangan”, “Tak Boleh”, atau “No”. Sebagai ibu atau ayah, kita pula mahukan yang terbaik serta mahu anak menjadi lebih berdisiplin. Apakah perkataan lain yang lebih sesuai untuk digunakan supaya anak-anak lebih mendengar kata. Kita sebagai ibu bapa pun tidak sakit hati.
Terlalu banyak mengatakan Tidak! kepada anak-anak akan membuatkan mereka memberontak. Apa kata anda cuba sepuluh ayat ringkas tetapi tepat untuk menggantikan perkataan Tidak! :-
1. Anak dan makanan manis tidak dapat dielakkan. Marah-marah pun tak guna, kerana anak tetap mahu juga. “Mama tahu awak suka aiskrim (sebagai contoh), tapi kalau makan banyak sangat pun tak elok tahu?”.
Sambil itu, terangkan mengapa ia tidak baik untuk mereka.
2. Biasalah kalau anak bermain dengan makanan. Sama ada dia sedang belajar tentang makanan itu atau ia sebenarnya tidak balas normal kerana mereka pernah ‘terkena’ dengan makanan yang kurang merka suka. “Makanan tu rezeki. Untuk dimakan, bukan untuk dibuat main Sayang.”
Kemudian anda boleh ceritakan keburukan membazir atau tunjukkan foto kanak-kanak yang kebuluran kepada mereka.
3. Anak gemar hancurkan permainan yang telah disusun cantik. Sebelum marah, lebih baik anda gunakan pendekatan yang lebih lembut. “Janganlah jatuhkan lego yang Mama dah susun ni. Jom, Mama ajar macam mana nak main benda ni.”
Luangkan masa untuk susun permainan ini bersama-sama. Anak anda akan menghargai momen ini dan ia dapat merangsang kreativiti mereka.
4. Jika anak anda dilihat sedang menarik ekor haiwan atau memetik daun atau bunga dengan kasar, terangkan kepada mereka akibatnya. “Semua benda hidup nak membesar. Tak bolehlah kita kasar-kasar dengannya.”
5. Biasalah anak-anak bergaduh sesama sendiri. Ii pendekatan paling sesuai. “Kita guna mulut, cakap elok-elok. Bukannya guna tangan.”
Bila anda berselisih faham, mereka cenderung untuk memukul antara satu sama lain. Jangan anda tambah pula, eloklah terangkan kepada mereka mengapa lebih elok bercakap dengan baik daripada berkasar.
6. Bila mereka tidak dapat apa yang diinginkan, mengamuk perkara biasa. Jangan anda menjerit sekali. “Papa tak faham kalau awak menjerit macam tu. Cuba cakap macam biasa.”
Sebagai ibu bapa, kita harus bersabar dan kekalkan intonasi tenang ketika memujuk anak-anak.
7. Dari marah dan menengking, baik anda gunakan kata-kata humor untuk ‘marahkan’ anak anda. “Jagalah dia. Mama datang ni nak tangkap dia!”.
Walaupun nampak seperti anda berlawak, terangkan kepada mereka. Jika sudah keluar ayat begitu, bermakna anda sedang marah walaupun ia diucapkan sambil anda ketawa. Biar mereka tahu, itu adalah ayat penegasan.
8. Perkara biasa anak minta untuk bermain telefon bimbit. Bila dah diberi, tak tahu nak pulang. “Boleh tak kalau Papa nak handphone Papa semula? Adik main toy ni ya?”.
Anda boleh terangkan kepada mereka keburukan melihat telefon bimbit terlalu lama.
9. Anak-anak suka tanggalkan kasut bila di luar rumah. Itu normal. “Eh, pakailah kasut. Di rumah boleh buka. Dekat luar kena pakai kasut sebab takut nanti cacing masuk dalam kaki Abang.”
Jangan terus dimarahi, terangkan kepada anak-anak mengapa penting untuk mengenakan kasut ketika di luar rumah.
10. Anak-anak sukakan perkara baharu. Habis semua benda mereka nak buat main walaupun ia berbahaya. “Berhenti.” “Bahaya.” atau “Panas.”
Anda boleh gunakan penegasan begini jika mereka dilihat bermain sesuatu yang berbahaya atau tidak patut diusik.
Semoga tip kali ini dapat membantu anda semua. Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah menyayat hati seorang ibu mempertahankan hak pendidikan anaknya, seorang kanak-kanak autisme yang dipinggirkan selepas insiden di sekolah. Ketahui kronologi, perjuangan dan tindakan pihak berkuasa.