Baru sehari hantar kepada pengasuh, seorang bayi perempuan berusia 7 bulan mempunyai kesan lebam pada bahagian muka selepas berada di bawah penjagaan pengasuh di Taman Selayang Jaya, Gombak pada Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya telah menerima maklumat berhubung kejadian pada Jumaat lalu pukul 6.30 petang di kaunter aduan Balai Polis Selayang.
“Ibu mangsa yang berusia 40 tahun telah memaklumkan terdapat kesan lebam kemerahan pada bahagian muka, pipi, telinga dan paha sebelah kiri anak perempuannya yang berusia 7 bulan.
“Siasatan awal mendapati, mangsa telah dihantar ke rumah pengasuh tersebut buat pertama kali pada Jumaat lalu pukul 9 pagi dan telah diambil semula oleh ibu mangsa pada pukul 4.30 petang hari yang sama,” katanya dalam satu kenyataan.
Mengulas lanjut, semasa berada di rumahnya, ibu mangsa mendapati terdapat kesan lebam pada anggota badan mangsa.
“Pemeriksaan pegawai perubatan mendapati, mangsa mengalami ‘soft tissue injuries’ pada paha dan bahagian muka sebelah kiri. Mangsa telah menerima rawatan pesakit luar di Hospital Selayang.
“Polis juga telah mengambil keterangan suspek iaitu seorang wanita tempatan berusia 60 tahun bagi membantu siasatan dan kes masih di peringkat siasatan,” jelasnya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana pengabaian kanak-kanak.
Kredit: Kosmo
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik! Tak perlu beratur untuk buka akaun anak nanti.
Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)