Jangkitan selesema sering menyerang bayi. Biasanya selesema akan disusuli dengan masalah batuk dan kahak.
Pastinya jangkitan ini akan membimbangkan ibu bapa. Bayi yang selesema biasanya sukar bernafas kerana hidung mereka dipenuhi lendir hingus.Ia akan mendatangkan bahaya apabila ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor mengandungi antihistamine iaitu kesan mengantuk.
Apabila bayi yang selesema diberikan ubat ini, bayi akan tidur lebih lama dan ini lebih membahayakan bayi tersebut. Ketika tidur, kadar pernafasan bayi yang selesema akan berkurang dan menyebabkan kepekatan oksigen dalam darah turut berkurang seterusnya menyebabkan jantung bayi yang selesema berhenti dan berisiko meninggal dunia.
Ada beberapa petua yang mungkin boleh dicuba atau pernah dilakukan oleh ibu untuk mengurangkan masalah selesema pada bayi. Tak salah nak ikhtiar. Mana tau salah satu dari petua ini sesuai.
Sapukan sedikit ibu kunyit di batang hidung bayi. Jika boleh, lakukan sekerap mungkin.
2. Elakkan memberi sebarang makanan yang berminyak kepada bayi selsema.
Ads
3. Ambil sedikit daun kaduk, hancurkan dan campur sedikit sahaja kapur makan menggunakan hujung jari kelingking anda. Tambahkan sesudu air jika perlu dan ramas-ramaskan campuran tadi dan sapukan di bahagian dada dan belakang bayi semasa bayi sedang tidur.
4. Sebolehnya elakkan membasah kepala bayi sewaktu mandi.
5. Boleh pakaikan topi untuk mengelakkan ubun-ubun bayi sejuk.
6. Sediakan sup ayam atau sayur untuk bayi anda.
Ads
7. Sapukan balm yang sesuai dengan usia anak di bahagian dada, belakang dan hidung.
8. Sapukan minyak telon selepas mandi di bahagian ubun-ubun dan juga tapak kaki bayi.
Tip Elakkan Jangkitan Selesema
Sentiasa bersihkan tangan anda sekerap mungkin. Ini membantu membunuh kuman yang boleh menyebabkan common cold dan menjangkiti anda dan bayi.
Ads
Sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga apabila bayi anda diserang penyakit. Bawa dan dapatkan nasihat daripada doktor.
Bersihkan alat permainan bayi anda untuk membunuh kuman dengan disinfectant seperti Detol.
Influenza vaksin boleh diberikan. Hanya hospital tertentu sahaja yang mempunyai vaksin ini.
Sumber: wom magazine
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tersedak susu, bahaya bayi setahun ke bawah hisap susu sendiri. Ramai yang rasa bila bayi sudah mula pandai pegang botol susu, ibu bapa atau pengasuh akan membiarkan anak hisap susu sendiri. Selalunya keadaan ini berjalan lancar tanpa ada masalah.
Bagaimana jika suatu hari, bayi yang di bawah penjagaan tidak lagi bernafas. Berikut perkongsian dari Dr Zubaidi Hj Ahmad untuk peringatan semua ibu bapa.
Tak kira pengasuh, penjaga atau ibu bapa melakukannya tanpa menyedari perbuatan mereka sangat berbahaya. Bayi diberikan botol susu, diletakkan tinggi sedikit (selalunya dengan dialaskan bantal) agar air susu terus mengalir ke mulut bayi.
Bila melihat bayi “selesa” menghisap susu, bayi ditinggalkan pengasuh, atau ibu bapa atau penjaga melakukan kerja lain.
Bila kerja siap dilakukan dan segera mendapatkan bayi tersebut, berkemungkinan bayi tersebut sudah tidak bergerak, mukanya pucat, sekeliling mulut berwarna biru dan badannya sejuk. Tidak bernafas. Telah meninggal dunia.
Penyusuan sebegini sangat berbahaya kerana aliran susu terus ke mulut tanpa perlu dihisap. Aliran susu secara berterusan tanpa berhenti, sangat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan bayi itu “lemas” dan tidak boleh bernafas.
Elakkan melakukan hal ini. Berbahaya. Setiap tahun ada saja kes kematian akibat kecuaian ini.
Jangan biarkan bayi diberikan susu dari botol TANPA pengawasan terutama berusia satu tahun ke bawah. Jika terpaksa memberikan cara begini, pastikan sentiasa bersama bayi. Jika ada kejadian tersedak, segera ambil langkah keselamatan (menepuk belakang bayi) dengan segera.
Tip Elak Bayi Tersedak Susu
Memberi susu kepada bayi adalah salah satu aktiviti penting yang perlu dilakukan oleh ibu bapa atau penjaga. Namun, terdapat risiko bayi tersedak susu jika tidak diberi dengan cara yang betul.
Berikut adalah beberapa tips untuk mengelakkan bayi tersedak susu:
1. Posisi Menyusu yang Betul
Pastikan bayi berada dalam posisi yang betul semasa menyusu. Kepala bayi harus lebih tinggi daripada perutnya. Ini membantu mengelakkan susu daripada masuk ke dalam saluran pernafasan.
2. Gunakan Puting yang Sesuai
Jika anda menggunakan botol susu, pastikan puting yang digunakan sesuai dengan umur dan keperluan bayi. Puting yang terlalu besar atau terlalu kecil boleh menyebabkan aliran susu terlalu cepat atau terlalu lambat, yang boleh mengakibatkan bayi tersedak.
3. Pantau Aliran Susu
Perhatikan aliran susu semasa memberi susu botol. Jika aliran terlalu cepat, cuba guna puting dengan lubang yang lebih kecil. Jika aliran terlalu lambat, bayi mungkin akan berusaha lebih kuat untuk menyedut, yang juga boleh menyebabkan tersedak.
4. Ambil Masa dan Rehat
Jangan tergesa-gesa semasa memberi susu. Ambil masa untuk berhenti sejenak dan biarkan bayi berehat. Ini juga memberi peluang untuk bayi sendawa, yang boleh membantu mengelakkan tersedak.
5. Kenali Tanda-Tanda Bayi Kenyang
Perhatikan tanda-tanda bahawa bayi anda sudah kenyang. Bayi yang kenyang mungkin akan menolak puting atau mula berasa tidak selesa. Jangan paksa bayi untuk terus menyusu jika mereka sudah kenyang.
6. Elakkan Gangguan Semasa Menyusu
Pastikan persekitaran menyusu adalah tenang dan bebas daripada gangguan. Bunyi bising atau pergerakan tiba-tiba boleh mengejutkan bayi dan menyebabkan mereka tersedak.
7. Posisi Selepas Menyusu
Selepas menyusu, pastikan bayi berada dalam posisi tegak untuk beberapa minit. Ini membantu susu mengalir ke perut dan mengurangkan risiko tersedak.
8. Gunakan Teknik Menyusu yang Betul
Jika menyusu badan, pastikan bayi melekap dengan betul pada payudara. Mulut bayi harus menutup sebahagian besar areola, bukan hanya puting. Teknik melekap yang betul membantu mengelakkan aliran susu yang terlalu cepat.
9. Pantau Bayi dengan Teliti
Sentiasa perhatikan bayi semasa menyusu. Jika bayi menunjukkan tanda-tanda tersedak seperti batuk, tercekik, atau sukar bernafas, segera hentikan penyusuan dan bantu bayi untuk tenang.
10. Dapatkan Nasihat Pakar
Jika anda menghadapi masalah yang berterusan atau merasa tidak yakin, dapatkan nasihat daripada pakar laktasi atau doktor. Mereka boleh memberikan panduan yang tepat dan membantu anda mengatasi masalah yang dihadapi.
Kita merasakan kita sudah cukup kuat untuk menguruskan rumah tangga dan anak-anak dengan sempurna. Walhal hakikatnya bila anak mula buat perangai, kita mula melenting dan sudahnya kita menangis sendirian kerana menyesali perbuatan kita.
Elemen sebegini sebenarnya petanda ibu amat memerlukan waktu rehat untuk diri sendiri. Malah kata penulis keibubapaan, Mohd Fhais Salim, perkara-perkara remeh membuatkan ibu berasa hati adalah petanda ibu perlukan me time.
Tanda-tanda kita sangat perlukan me-time
Mudah menjerit
Bila tahap irritability meningkat, anak silap sikit je dah mampu buat kita menjerit. Makin sibuk, makin tinggi tahap irritability.
Cepat sentap
Tak boleh silap cakap sikit, melenting. Walaupun tahu anak tu tak sengaja tapi tetap rasa sentap.
Susah nak sangka baik
Cepat nampak anak nakal, degil, lasak dan buas sedangkan sebenarnya anak tu nak bermain, nak perhatian dan nak manja-manja je.
Rasa tak tenteram
Hidup serba tak kena. Buat kerja pun rasa tak syok. Itu natijah jiwa yang sering di abai dan tak di nurture sebaik-baiknya.
Suka cari gaduh
Bila otak dah tepu, semua benda jadi tak kena. Bukan dengan anak je, dengan pasangan pun boleh jadi bergaduh kalau ada tak kena di mata.
Cakap kasar
Ibu yang ayu dan lemah lembut pun boleh berubah cara cakapnya jadi kasar dan kesat. Bahasa kau aku dengan anak. Ini antara kesan dari burnout berpanjangan.
Me-time la sebelum ia menjadi parah!
Buatlah sekali sehari. Tak dapat sehari sekali, buat la seminggu sekali. Tak dapat seminggu sekali, buat la sebulan sekali.
Tak dapat juga sebulan, buat la walau sekali pun bila ada peluang.
Lebih baik buat dari tak buat langsung. Sungguh itu la big faktor sikap kita jadi baik atau teruk.
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Keadaan kesihatan pelakon, Puteri Balqis Azizi, 11, yang menghadapi masalah jantung, kembali menimbulkan pertanyaan ramai apabila perkongsian di instagram peribadinya menunjukkan bintang cilik itu menjalani rawatan bersama tanda pagar #fightcancer.
Status yang dimuat naik, kelmarin, menerusi akaun @rockingbalqis itu memaparkan gambar pelakon kanak-kanak berkenaan memakai topeng mulut dalam keadaan ceria berserta keterangan menyatakan dirinya sudah menjalani rawatan.
Pada status dipercayai dikongsi ibunya sendiri, Norashikin Mohd Aziz, tahap kesihatan Puteri Balqis yang mesra disapa Aqish itu juga dikatakan semakin baik.
Namun tanda pagar #fightcancer seakan-akan memberi bayangan mengenai penyakit sebenar Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Televisyen Asia ke-19 (2014) itu walaupun sebelum ini dia dikatakan menghadapi masalah jantung.
Norashikin ketika dihubungi mengesahkan anaknya menghidap kanser, tetapi tidak menyatakan secara terperinci jenis barah yang menyerang Aqish.
Sambil memohon maaf kerana enggan ditemubual pada waktu ini, beliau bagaimanapun berkata, semangat anaknya semakin kuat walaupun sedang berhadapan masalah kesihatan.
“Saya minta maaf, buat masa ini saya tak mahu membuat sebarang temu bual. Demamnya masih tak berhenti. Jantung dan paru-parunya mempunyai masalah. Apa pun dia semakin kuat,” ulasnya.
Pada Mei lalu, Norashikin mengesahkan si kecil yang menceburi arena seni sejak usia dua tahun itu mengalami masalah jantung bermula dengan tanda demam berpanjangan dan kerap muntah.
Keadaan kesihatan yang tidak menentu dikesan sejak akhir tahun lalu hingga Aqish perlu keluar masuk hospital bagi menjalani ujian selain mendapatkan rawatan.