Siapalah yang tak risau bila anak tak sihat. Sedangkan demam pun kita dah tak senang duduk, apatah lagi sehingga terpaksa ditahan di hospital. Pasti akan rasa sedih dan susah hati.
Begitulah yang berlaku kepada pelakon Safwan Nazri apabila anaknya yang baru berusia 26 hari telah dimasukkan ke Hospital Putrajaya akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
“Baru seronok2 jaga baby, happy tiap2 malam tidur dengan baby, tengok muka baby, kiss baby hari2 tiba2 @cintasofia__ kena masuk wad utk 5-7Hari sebab RSV kena lung infection 😭😭😭😭
Sedih weh tengok anak kita dalam tu, tak boleh dekat, tak boleh sentuh ! Ya Allah, Ini Ujian yg berat buat kami di Bulan Ramadan…😭😭
Minta semua tolong doakan Anak saya @cintasofia__ yaa!..”
Katanya, bayi perempuannya yang diberi nama Cinta Sofia itu masih lagi dalam pemantauan doktor dan berada di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU). tambah Safwan lagi, berkemungkinan Sofia terkena jangkitan itu daripada orang yang datang melawat di rumah.
“Kita tak boleh halang orang nak melawat, perkara dah jadi dan saya tak boleh nak salahkan sesiapa. Cuma kena beringat yang bayi ni sensitif. Anak saya sekarang dalam wad pengasingan dan diberikan antibiotik untuk lima ke tujuh hari. Kalau semuanya okey, akan dibenarkan pulang.”
Menerusi portal mStar, kejadian ini membuatkan dia trauma selepas isteri mengalami keguguran sebelum ini pada usia kandungan empat bulan.
Ads
“Sebelum ni isteri pernah gugur, nak dapatkan anak bukan mudah. Jadi saya memang trauma bila anak masuk hospital.”
Katanya lagi, dia baharu saja nak merasai kegembiraan menimang cahaya mata tetapi kejadian begini berlaku pula. Untuk mendekati bayinya itu pun tidak boleh. Safwan turut meluahkan rasa bimbang dengan keadaan isterinya yang masih dalam tempoh berpantang.
“Dia sedih dan emosi. Saya kena kuat untuk dia. Saya tak boleh fikirkan hal lain, sekarang ni nak fokus kepada anak kami saja.”
Antara komen;
Ads
Untuk rekod, Safwan dan isterinya, Fathin Nur Amalina telah berkahwin pada bulan Mac tahun lalu.
Muhammad Nassar Sanusi yang mendermakan sebahagian hati kepada anaknya, selamat menjalani pembedahan di Max Super Speciality Hospital, New Delhi, India.
Pembedahan berlangsung 13 jam pada Sabtu lalu dan kedua-duanya dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Kakak Muhammad Nassar, Najihah Salwani, 33, berkata, adik dan anaknya Aysar Nasri berusia tujuh bulan bagaimanapun masih dalam pantauan pakar di unit rawatan rapi hospital itu.
“Syukur kedua-duanya sudah sedar dan kami sekeluarga masih di sini (India) untuk menunggu perkembangan selanjutnya.
“Doktor beritahu, mereka berdua stabil dan masing-masing menunjukkan perkembangan positif.
“Sama ada perlukan pembedahan susulan atau tidak, semuanya bergantung kepada keadaan, jika ada komplikasi. Tetapi kami berharap tiada ‘rejection’ pada Aysar Nasri,” katanya ketika dihubungi Metro.
Najihah Salwani berkata, pakar yang merawat dua beranak itu turut menyifatkan pembedahan terbabit berjaya, meskipun Aysar Nasri perlu ditempatkan di ICU selama dua minggu.
Katanya, Muhammad Nassar pula dijangka dipindahkan ke wad biasa esok.
Sebelum ini media melaporkan kisah Aysar Nasri yang menderita penyakit hati kronik dan keluarga itu memerlukan sokongan dana untuk membolehkan pemindahan hati dilakukan.
Muhammad Nassar nekad mendermakan hati buat bayinya dengan kos pembedahan perlu ditanggung mereka cecah RM120,000.
Dapat tahu hidap Biliary Atresia ketika usia dua bulan
Berdasarkan perkongsian Muhammad Nassar berkata sebelum inii, penyakit anaknya itu dikesan 16 Mei lalu iaitu ketika Aysar berusia dua bulan hasil pemeriksaan dilakukan pakar.
“Aysar dilahirkan normal tetapi badannya menjadi kuning dan selepas dirujuk ke hospital doktor mengesahkannya menghidap Biliary Atresia.
“Dua hari kemudian, Aysar menjalani pembedahan dan saya sangka keadaannya kembali normal tetapi dia diserang demam diikuti jangkitan kuman pada hati dua minggu kemudian yang menyebabkannya ditahan di hospital.
“Sejak itu, Aysar kerap keluar masuk hospital dan kini dia dirawat di wad kanak-kanak Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas terkena jangkitan sama dan hospital juga ibarat rumah kedua buatnya,” katanya.
Baru-baru ini tular di TikTok berkenaan isu anak picky eater disebabkan ibu bapa yang menyekat penggunaan gula dan garam dalam pemakanan anak dibawah usia 2 bulan.
Berkongsi tentang pemakanan anak, ibu ini menyatakan tiada penambah rasa dalam makanan bukan punca anak memilih makanan (picky eater).
NO SUGAR NO SALT BUKAN PENYEBAB ANAK JADI PICKY EATER
Khalish Affan ni saya dah buat no sugar no salt dari 6bulan sehingga 24bulan. Sekarang umur 2tahun7bulan, dah merasa masam manis masin. Affan sangat berselera makan.
Tujuan no salt no sugars ialah utk menjaga kesihatan dalaman bayi. Bukan sebab kita nak anak makan banyak. Ada anak yg banyak makan tapi lasak, berat tang tu juga kan? So begitulah. Siapa pandai buat sup ayam tanpa garam gula, lebihkan bawang sebenarnya sangattt sedap.
Ada masa kami bagi biskut, aiskrim, gula. Tapi kalau gula-gula Affan sangat tak gemar sebab terlalu manis. Kami pilih beri snack BUAH untuk kudapan Affan. Alhamdulillah sangat suka buah.
Bila rutin telah dilakukan perlu lah patuh. Rutin harian ni ibarat perkara yang kita didik anak dari kecik. Masa yang perlu anak patuh. Anak belajar bila perlu mandi, bangun dan makan.
Jika tidak, tak teratur lah masa kita. Anak pun rasa keliru dengan masa. Anak nak makan bila dia suka. Walhal perut ini, perlu di isi bila waktunya atau lapar.
Kita dewasa ni, bila skip waktu makan pagi bila masuk jam 11 perut dah berbunyi, waktu lunch kebulur dia sampai makan macam-macam.
Memang ada masa anak tak nak makan, sebab gigi nak tumbuh, mental leap, perkembangan fizikal dan lain-lain. Tapi perlu tackle dengan beri finger food. Buat nugget ayam isi nasi, buat kentang goreng berinti ke, beri pisang ke.
Ramai anak jadi picky eater adalah disebabkan sensory isu. Anak tak suka makanan yang kasar, keras. Tapi isu paling besar adalah, bila parents hanya beri anak susu sehingga 5 kali sehari. Walaupun anak dah berumur 3 tahun.
Lebih kurang 10 orang ibu mengadu di DM instagram saya. Anak picky eater taknak makan. Selepas saya tanya soalan demi soalan, ini antara punca anak jadi picky eater.
1. Kerap beri susu walaupun anak sudah setahun lebih. Selepas 2 tahun, susu hanya diberi 2 gelas sehari sahaja.
2. Anak tidak ada jadual/rutin yang tetap setiap hari. Sekejap tidur jam 9,10. Sekejap bangun jam 8, 9 ada yang anak bangun jam 11. Waktu makan juga tidak tetap menyebakan anak juga boleh makan ikut suka bila dia nak makan.
3. Hanya intro makanan yg blend sahaja. Asyik-asyik bubur dengan carrot. Kita dewasa bila demam makan bubur selalu pun bosan. Ini kan pula anak-anak. Kita tak berani nak intro finger food, nasi biasa pada anak. Anak mengunyah guna gusi bukan gigi. Bila kita tua, dah tiada gigi. Kita gigit guna gusi. By 9months dah boleh separa kasar.
4. Elakkan pemberian susu 1-2 jam sebelum waktu makan utama. Anak akan kenyang jika diberi susu dahulu. Kebanyakkan susu formula manis ada gula tambahan & buat anak kenyang.
5. Anak tak nak makan. Yep ada masa anak tak nak makan, beri apa yg anak suka selain susu. Boleh buat finger food, nugget sendiri dan pelbagai lagi.
6. Beri anak makan sambil tengok gajet. Anak tidak fokus pada makanan. Anak akan fokus pada gajet. Anak tidak belajar rasa makanan & tekstru makanan.
7. Disuap sentiasa. Ada masa kita beri anak makan sendiri supaya anak belajar merasa, hidu makanan yg mereka akan makan. Ini juga bantu tingkatkan sensori anak.
8. Bila mak takut anak tercekik. Kena bezakan nak muntah sebab rasa pelik (gagging) & tercekik. Boleh google or youtube.Biasalah bila first time makan rasa nak munta. Keep on bagi anak pegang hidu dan rasa. Kids learned everything from around them.
9. Parents tak duduk makan sekali dengan anak. Especially bila ibu ayah ada di rumah. Biarkan anak makan sorang, ibu ayah hanya duduk disebelah.
10. Tiada rules yg tegas. Perlu set rules bila boleh makan jajan, bila boleh makan manis. Berapa kali makan manis2 or jajan. Hanya kerana tak tahan anak menangis nak kan jajan kita langgar boundaries atau rules yg telah kita buat. Perlu beritahu anak sebab kenapa tak boleh makan selalu.
Jadinya ibu ayah, janganlah salahkan gula dan garam. Selagi mana kita jaga pemakananan kita dan anak-anak insyaAllah. Jadi kreatif, anak boleh jadi berselera makan.
Kita dewasa pun memang tidak digalakkan gula & garam yang berlebihan. Gula yang berlebihan juga punca muka jadi cepat nampak tua hahahah
Nak awet muda kurangkan makan & minum yang manis-manis.
Saya bukan pakar, saya hanya belajar untuk cakna tentang anak dan perkembangan anak-anak. Ummu Affan ♥️
Data terkini kes positif coronavirus atau Covid-19 menunjukkan tanda awal yang positif bahawa kerajaan dapat membendung penularan wabak pandemik ini.
Dalam satu ciapan di Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya (KKM) memetik kenyataan daripada Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan bahawa ada tanda-tanda awal Covid-19 semakin pulih di Malaysia.
Namun dalam kenyataan tersebut Dr Noor Hisham turut menegaskan itu semua bergantung kepada rakyat Malaysia dalam tempoh dua minggu ni. Nasihatnya agar rakyat terus patuhi arahan duduk di rumah dan amalkan langkah-langkah pencegahan.
Dalam laporan lain yang dibuat oleh Sinar Harian menerusi Sidang Akhbar oleh KKM semalam, Dr Noor Hisham Abdullah turut berkata, data tersebut hasil daripada pelaksanaan fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berakhir semalam.
“Kalau kita lihat kajian Malaysia Institute Of Economic Research menunjukkan 399 kes baharu positif Covid-19 setiap hari dengan kumulatif 4,000 kes sehingga semalam,” katanya.
Bagaimanapun katanya, data sebenar menunjukkan unjuran mendatar dengan sekitar 140 kes baharu dan hanya kumulatif kes dijangkiti sebanyak 2,700 kes.
“Jadi nampak daripada graf tersebut, ada tanda-tanda awal bahawa kita berjaya dalam melakukan pelaksanaan PKP,” katanya.
Menurutnya, Kementerian Kesihatan (KKM) berharap dapat mempertingkatkan strategi dan aktiviti pada PKP fasa kedua terutamanya di kawasan panas yang telah dikenal pasti.
“Sekiranya ada kes mendadak di kawasan panas itu, kita laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
“KKM akan saring semua orang di kawasan tersebut dan mengenal pasti, mengasingkan mereka yang positif untuk diberi rawatan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya hasil pelaksanaan PKP fasa pertama yang bermula 18 Mac lalu.
Fasa kedua PKP bermula hari ini dan berakhir pada 14 April depan.
Sebanyak tiga kawasan dikenakan perintah PKPD iaitu di Simpang Renggam, Johor; Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor dan Menara City One, Kuala Lumpur.
Jadi amatlah disarankan untuk semua rakyat kekal patuh dengan arahan yang dikeluarkan. Duduk di rumah dan sama-sama berdoa agar wabak ini tidak lagi menular dan akan berakhir tidak lamai lagi. Aminn… Stay Safe & Stay at home semua!!!