Solat yang khusyuk tercapai apabila hati, fikiran, perasaan dan seluruh pancaindera tunduk patuh kepada Allah sepanjang waktu mengerjakan solat.
Semasa solat, itulah waktu kita berhubung secara langsung dengan Allah. Tapi ada waktu tertentu kita tak mampu nak solat dengan khusyuk kerana terdapat sedikit gangguan atau pun perlu dipercepatkan kerana atas faktor tertentu.
Bagi yang mempunyai anak kecil, ini mungkin salah satu faktornya. Anak menangis, memanjat di belakang, tiba-tiba datang duduk di depan, tarik telekung antara perkara biasa berlaku.
Bagaimana nak membantu ibu muda yang mempunyai anak kecil untuk khusyuk dalam solat. Kaunselor, Puan Mahirah A Rashid berkongsi 3 tip
TIP MEMBANTU IBU MUDA KUSYUK DALAM SOLAT
Mohon doa pada Allah agar dipermudahkan segala urusan kita untuk beribadah. Anak-anak kecil memang ada kecenderungan untuk menjadi ‘pengganggu’ waktu kita nak beribadah terutamanya solat. Syaitan dan jin sukalah ganggu anak-anak kita sampai nangis-nangis. Jadi, memang perlu doa banyak-banyak.
Kalau saya boleh top up sikit, saya suka doa dan tiupkan pada ubun anak-anak saya, mudah-mudahan dia tidak menjadi penghalang saya untuk kusyuk beribadah, dan dia juga terdiri dalam kalangan orang yang cinta untuk menunaikan solat. Berdoalah dengan apa-apa doa’ yang ma’tsur atau pintalah apa-apa yang baik yang kita harapkan pada Allah.
Anak kecil ini memang perlu dititip pesan, sebab memahami fitrah mereka yang suka bermain, waktu kita hampar sejadah dan memakai telekung pun, mungkin mereka nampak macam alat mainan je. Hehe. Cuma jangan kita lupa Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud
“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah. Hanya ibu bapa yang menjadikannya Yahudi, Nasrani dan Majusi.” (HR Muslim).
Maka kita tidak terlepas peluang untuk membentuk acuan yang baik. Jangan risau kalau sekali dua belum tentu mereka dengar, ataupun pesanan tu bertahan seminggu je, tapi jangan pernah lelah nak berpesan secara berhikmah, inshaaAllah dia akan terdidik.
Saya juga sejak dahulu seusai berpantang, bila dah boleh solat, saya akan selalu berpesan pada anak kecil saya, saya berkomunikasi dengan bahasa yang mudah dengan harapan dia akan faham. Alhamdulillah sedikit demi sedikit boleh membantu, lebih-lebih lagi bila dah besar.
“Adik, duduk diam-diam kejap ye, mama nak solat”
“Kakak, tak boleh tarik tarik telekung mama waktu mama tengah solat”
Bila dah besar sikit, biasanya saya akan tanya,
“Kakak, kenapa kakak panjat belakang mama waktu mama tengah solat?”
“Kakak, boleh ke kalau waktu orang tengah solat, kita tarik telekung dia?”
Kadang-kadang ada la juga dia tetap panjat duduk belakang masa saya. Sakit pinggang masa tu, mashaaAllah. Bertabahlah sikit nak didik anak kecil ni kan, hehe. Tiba-tiba teringat sungguh bagaimana akhlak Rasulullah s.a.w dengan cucu-cucunya.
Percaya atau tidak, anak kita akan lebih suka bila kita hamparkan sejadah khusus untuk dia, dia akan ada ruang dia tersendiri untuk solat. Kalau anak perempuan, boleh pakaikan telekung untuk dia. Bila dia ad sejadah dia, telekung dia, berkuranglah sikit untuk kita diganggu.
Kecil-kecil dah terdidik dengan suasana begini, lama-lama dia akan terbiasa. Sebenarnya mereka lebih kepada nak ikut kita je. Contoh dalam ilmu psikologi, kita panggil “modelling” yang bermaksud “learning through observation and imitation of a model” (Cicarelli & White, 2009). Sebab itu kita perlu tampilkan contoh yang baik untuk anak kita iaitu qudwah hasanah.
Ingat tiga tip ringkas ini; Doa, Pesan & Sejadah! Selamat mencuba.
Never give up, mama
Sumber: Mahirah A Rashid