Detik melahirkan adalah saat yang paling ditunggu-tunggu oleh pasangan suami isteri. Ketika itu, sokongan suami dengan berada di sisi isteri ketika mengharungi kesakitan kontraksi amat diperlukan.
Jika hospital pilihan anda berdua membenarkan suami menemani isteri, berikut adalah tip yang boleh dijadikan panduan buat suami ketika berada di dalam bilik bersalin.
Artikel Menarik: [Jangan Anggap Seri Ibu Mengandung, Bengkak Kaki Teruk Teruk Mungkin Tanda Praeklampsia]
1. Kuatkan semangat
Suami adalah hero buat isteri dan si anak. Jadi, papa kena kuat daripada segala aspek. Kalau takut darah atau jarum suntikan, papa kena bertahan dan kuatkan semangat. Sebaik-baiknya, papa berdiri atau duduk dekat dengan bahagian kepala isteri supaya dekat dengan telinganya. Tentu ia akan lebih memudahkan anda memberi kata-kata semangat dan pada waktu kontraksi menyerang, papa dapat mengosok bahagian belakang isteri.
2. Tahu teknik meneran
Sebab inilah papa perlu sama-sama menyertai kelas antenatal. Dengan itu, papa dan isteri boleh belajar teknik meneran yang betul. Jadi, apabila tiba masanya, papa dapat membantu mengingatkan isteri, cara meneran dengan betul supaya bayi dapat dikeluarkan dengan lancar.
Artikel Menarik: [Anak Demam Perkara Biasa, Tapi Kalau Kerap Sangat Mungkin Sebab 6 Perkara Ini. Cuba Periksa!]
3. Bacakan doa dan zikir
Ketika sakit kontraksi datang, kadang-kadang isteri hilang kawalan. Disebabkan itu, mungkin isteri lupa doa dan zikir yang patut diucapkan bagi mengurangkan rasa sakit. Untuk itu, papa kena jalankan peranan dengan membantu membacakan doa dan zikir yang berkaitan.
4. Bantu isteri meneran
Ketika tiba saat untuk meneran, papa perlu memberi sokongan. Antara yang boleh papa lakukan ialah mengampu badan isteri atau memegang erat tangannya agar lebih mudah untuknya meneran.
Artikel Menarik: [Mengidam Makan Coklat, Esok Lusa Datang Haid. Itu Normal Untuk Wanita]
5. Redakan kesakitan isteri
Proses meneran mungkin berlaku lebih daripada sekali. Tambahan pula, meneran hanya boleh dilakukan ketikan kontraksi datang menyerang. Semasa tiada kontaksi cuba redakan kesakitan isteri dengan mengurut bahagian belakangnya, mengelap peluh mahupun bisikkan kata-kata semangat. Papa boleh juga berzikir dan membaca doa bersama-sama isteri.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI