Siapa yang tidak teruja untuk menyambut kelahiran anak sulung setelah sekian lama menanti. Penyampai radio, Issey Fazlisham mengakui dia begitu teruja untuk menanti kelahiran bayi sulungnya.
Kata Issey, bayi sulungnya itu dijangka dilahirkan sekitar bulan September nanti. Malah kongsi Issey lagi, dia dan isteri juga bakal menimang cahaya mata lelaki.
” Alhamdulillah setakat ini semuanya baik-baik sahaja. Baby dan ibu berada dalam keadaan sihat.
” Jantina bayi pun kami dah tahu. Insyaallah baby lelaki. Issey junior! Ini adalah anak pertama saya dengan isteri,” kongsinya.
Malah kata Issey lagi, biarpun sudah punya tiga orang anak tiri, dia begitu bersyukur dengan rezeki dikurniakan anak sendiri dari Allah.
” Saya ada anak-anak tiri namun perasaan ini berbeza,” tambahnya lagi.
Menerusi satu hantaran di Instagramnya, Issey juga turut meluahkan rasa terujanya untuk menjadi ayah sedikit masa lagi. Pengalaman pertama yang begitu mengujakan kata Issey.
“Semalam masa buat review untuk satu produk ni. Aku termenung lama dekat kabinet ni. Mengenangkan kuasa Allah swt. Subhanallah.
“Sesungguhnya kau maha agung Ya Allah. Mungkin ni pengalaman pertama issey. Alhamdulillah.
“Semalam pergi scan. Dapat tengok sendiri baby sihat, bergerak.. baru aku tahu excited dia macam mana bila nak menjadi seorang ayah ni.
“Doakan yang terbaik untuk kami semua,” katanya lagi.
Menariknya kata Issey lagi, bukan hanya dirinya bahkan tiga orang anak tiri Issey, Muhammad Uqashah, Muhammad Qayyum dan Cataleya Humairah tidak sabar-sabar menantikan kehadiran adik baru dan sering bertanya setiap hari.
Terdahulu, pada Mac lalu, Issey dan isterinya Aimi berkongsi khabar gembira kehamilan isterinya yang kini sudah pun memasuki usia lima bulan.
Menarik: Tak Kisah Boy Atau Girl, Seronok Layan Permintaan Isteri, Issey Teruja Nak Sambuat Ahli Baru
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: Gempak & @isseyfazlisham