Pejam celik, pejam celik dah empat bulan lebih usia anak kepada pelakon popular, Ummi Nazeera dan Dr Izzar, Ayra Aneesah. Rasa macam baru lagi Ummi lahirkannya.
Ummi ternyata gembira melihat Ayra membesar dengan sihat. Perasaannya itu dikongsi oleh Ummi melalui instagramnya ketika pergi melakukan rutin pemeriksaan kesihatan untuk Ayra.
Pelakon, Syatilla Melvin, bersyukur anak keduanya yang dilahirkan pada 17 April lalu, Sarima Samheizy, tidak banyak kerenah dan mudah untuk dijaga.
Menurut bintang Dia Isteri Luar Biasa itu, keadaan terbabit membolehkan dirinya menjalani proses berpantang dengan lancar.
“Alhamdulillah, anak perempuan saya senang untuk dijaga. Dia cuma akan menangis apabila lapar dan ketika dimandikan. Pendek kata, susah nak dengar suaranya sebab dia tidak merengek tanpa sebab. Pada sebelah malam pula, Sarima selalunya akan tidur lena selama dua atau tiga jam sebelum bangun untuk menyusu.
“Sama seperti ketika menjaga abangnya dahulu, Syeriv, saya bertuah kerana dapat berpantang tanpa banyak gangguan kerana mengambil khidmat bersalin.
“Sekurang-kurangnya sepanjang tempoh 44 hari berpantang adalah orang membantu menguruskan si kecil. Sekiranya tidak larat atau sebagainya, mereka mengambil giliran untuk membantu memberikan susu pada sebelah malam,” katanya.
Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 28, dan Shaheizy Sam, 36, mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Syeriv Samheizy, pada 9 Mei 2017.
Syatilla juga berhasrat menunggu sehingga puterinya berusia enam bulan sebelum menerima sebarang tawaran lakonan.
“Tunggulah sehingga Sarima sudah berusia enam bulan ke atas, barulah saya akan mempertimbangkan untuk menerima tawaran. Bukan apa, seperti sebelum ini, saya sedih apabila terpaksa berenggang dengan Syeriv yang masih kecil,” katanya yang sehingga kini belum menayangkan wajah puterinya itu kepada peminat.
Syatilla turut memberitahu, buat waktu ini dia sibuk mengendalikan perniagaan kosmetik, Kekasih, yang diasaskan bersama adik-beradiknya. Produk berkenaan baru sahaja dilancarkan pada 1 Mei lalu.
Merangkak melibatkan seluruh badan bayi. Apabila bayi merangkak, dia perlu menggunakan tangan dan kakinya untuk mengangkat dirinya dari lantai serta bergerak. Terdapat banyak kebaikan merangkak diperolehi bayi seperti kekuatan fizikal, keseimbangan, penjajaran tulang belakang, kemahiran visual-spatial dan pembangunan sosio-emosi.
Ia merupakan pencapaian besar dalam kehidupan bayi dan ibu bapa perlu membantu anak mereka mencapainya. Merangkak adalah salah satu cara untuk perkembangan fizikal yang lebih baik.
Terdapat beberapa cara yang anda boleh digunakan untuk menggalakkan lutut kecil itu yang bergerak dan merangkak. Antaranya ialah;
BAYI AMBIL MASA UNTUK MENIARAP
Bayi memerlukan masa meniarap untuk mereka membiasakan diri dengan persekitaran. Dengan meniarap juga mereka boleh membina otot-otot yang diperlukan supaya mereka dapat menyokong berat badan mereka sendiri semasa merangkak.
Perkenalkan sesi meniarap sekali-sekala dengan perlahan pada usia 3 hingga 4 bulan selama 20 hingga 30 minit. Latih sehingga bayi boleh meniarap sendiri (selalunya pada umur 5 hingga 7 bulan). Untuk membantu bayi meniarap, anda boleh mendapatkan tikar bertekstur, yang akan memberikan sesuatu untuk bayi disentuh dan rasa semasa mereka berada di atas lantai.
DUDUK SAMBIL DIPEGANG
Dudukkan bayi di atas kusyen atau objek lembut sambil anda menyokong pada bahagian ketiaknya. Ini ialah senaman untuk menguatkan tubuh serta koordinasi tangan-pinggul.
‘UMPAN’ ANAK DENGAN MAINAN
Berikan dorongan untuk mereka bergerak. Letakkan mainan sedikit jauh sehingga mereka berminat untuk bergerak ke arahnya. Biarkan mereka cuba untuk mendapatkannya, tapi jangan letakkan mainan terlalu jauh untuk mengelakkan mereka kecewa!
Anda boleh juga meletakkan kotak mainannya sebagai ‘umpan’. Boleh juga galakkan mereka untuk datang kepada anda juga dengan memanggil namanya. Rendahkan badan anda dan bercakaplah dengan mereka dan melambai-lambainya sehingga ke garisan penamat.
Sediakan permainan yang direka untuk menggalakkan bayi merangkak seperti;
-Bola dengan lampu dan butang untuk menekan
-Mainan yang bergerak apabila ditolak. Jadi bayi akan cenderung untuk mendapatkannya
-Mainan berbunyi yang boleh diketuk dan boleh bergerak
-Mainan berbunyi dan berwarna-warni
KENA SABAR JANGAN OBSES
Bayi akan merangkak juga bila tiba masanya. Jangan terlalu mendesak mereka. Biarkan anak membiasakan diri lebih lama meniarap. Ia akan membuka peluang kepadanya untuk membiasakan diri dengan persekitaran.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau anak anda kerap terjaga waktu tidur malam jangan main-main kerana ia boleh jejaskan perkembangan minda dan fizikal si manja. Mesti ramai ibu bapa yang melalui pengalaman si kecil suka menangis tengah malam dan susah untuk tidur semula.
“Sejak masuk umur setahun, Amna susah nak tidur malam. Lepas tu asyik terjaga ajak main. Risau mama tau!”
Mungkin ada anak kecil yang dulu jenis tidur sepanjang malam dan hanya bangun untuk menyusu sahaja tetapi bila masuk usia setahun mula berubah pola tidurnya. Tambah memeningkan kepala papa mama, bila dia bangun tengah malam dan ajak bermain untuk tempoh paling lama tiga jam.
Waktu siang pula dia hanya tidur sekali dan sekejap. Mulalah papa dan mama risau fikirkan hal ini. Adakah ini boleh memudaratkan kesihatan si kecil?
Tidur yang cukup dan berkualiti memang penting untuk bayi dan kanak-kanak yang sedang membesar. Kalau tak cukup tidur, ia boleh menjejaskan perkembangan minda dan fizikal si manja.
Pernahkah anda terfikir berapa lama sebenarnya si kecil perlu tidur dalam sehari? Dari lahir sampai dewasa, jumlah jam tidur yang diperlukan berbeza ikut peringkat perkembangan dan ini termasuk tidur petang atau ‘nap time’. Tidur penting untuk anak membesar sihat dan cergas.
Jom rujuk jadual tidur anak mengikut usia mereka.
• Lahir-3 bulan: tidur selama 18 jam sehari – lapan atau 10 jam pada waktu malam dan lapan jam waktu siang.
• 4-6 bulan: tidur selama 16 jam sehari – 12 jam tidur pada waktu malam dan empat jam pada waktu siang.
• 6-8 bulan: tidur selama 14 jam – 11 jam pada waktu malam sementara tiga hingga empat jam pada waktu siang.
• 8-12bulan: tidur selama 13 jam – 11jam hingga 12 jam pada waktu malam, 2 jam lagi pada waktu siang.
• 12-18 bulan: tidur antara 11 hingga 12 jam waktu malam dan hanya dua jam pada waktu siang.
Masa bayi baru lahir, dia tidak dapat membezakan waktu siang ataupun malam. Jadi, bayi akan tidur untuk 2-3 jam dan bangun semula untuk menyusu. Waktu malam pun sama. Selepas kira-kira 6 minggu, barulah mereka mula dapat tidur lebih lama pada waktu malam. Ketika ini, digalakkan ibu bapa untuk mula membiasakan bayi untuk aktif waktu siang dan tidur lebih lama pada waktu malam.
Selepas usia 3-6 bulan, bayi biasanya dapat tidur berterusan selama 5-6 jam pada waktu malam. Anak-anak yang dapat jumlah tidur yang cukup boleh masuk tidur dalam masa yang singkat iaitu 15-30 minit, tidur berterusan dan lena.
Sekiranya si kecil tidak dapat kualiti tidur yang bagus, dia akan selalu mengantuk pada waktu siang, mengamuk dan bersikap hyper dengan masalah sikap yang sukar dikawal.
Kenapa sesetengah anak kecil ada masalah tidur malam? Ini antara sebabnya.
1. Sudah jadikan ‘habit’ memerlukan bantuan untuk tidur. Misalnya dia biasa dibuai ketika hendak tidur jadi anak tidak akan belajar untuk tidur sendirian. Jika dia terjaga atau ibu tiada di sisinya, dia akan menangis dan mengamuk untuk mendapatkan perhatian.
2. Terlalu penat atau tidak dapat ‘nap time’ yang mencukupi. Bayi dan kanak-kanak memerlukan tidur petang sekurang-kurangnya satu hingga dua kali sehari. Sekiranya mereka rasa penat sebab tak cukup tidur petang, mereka akan mengamuk dan tidak mahu tidur malam. Jika mereka nampak sudah terlalu mengantuk waktu petang, bagilah mereka tidur untuk 1 hingga 3 jam. Tetapi jangan bagi mereka ‘nap’ kalau sudah dekat dengan waktu tidur malam.
3. Gelisah berpisah dengan ibu bapa kerana perlu tidur berasingan di katil/bilik berlainan. Disebabkan itu, mereka tidak mahu tidur malam atau tidak tidur lena dan asyik terbangun.
4. Anak tiada rutin tidur yang tetap di mana waktu tidur bertukar-tukar dan berlalinan pada hari cuti akan membuatkan amalan tidur anak menjadi lebih susah. Ibu bapa dan ahli keluarga lain yang selalu tidur lewat dan tiada waktu tidur rutin turut menjejaskan amalan tidur anak.
5. Obstructive Sleep Apnea di mana saluran pernafasan tersumbat disebabkan masalan tonsil dan adenoid (bahagian belakang hidung dan tekak) yang besar. Anak-anak tidur berdengkur kuat, nafas laju, mulut ternganga dan tidak dapat kualiti tidur yang bagus. Mereka tidak dapat tidur lena dan susah bangun pagi. Jika anak ada tanda seperti ini, segera bawa berjumpa doktor.
6. Alahan dan asma. Hidung tersumbat/berlendir ataupun resdung sebab alahan, selesema ataupun penyakit asma boleh menyebabkan anak susah bernafas. Akibatnya, mereka tidak dapat tidur lena. Masalah perut kembung, asid refluk, sakit telinga atau sakit tumbuh gigi di kalangan bayi juga boleh menyebabkan mereka susah tidur malam.
Jadi, walau apa cara sekalipun anak anda hendak tidur, sentiasa pastikan mereka mendapat cukup tidur. Jangan biasakan anak kecil berjaga hingga lewat malam kerana menonton telvisyen atau bermain handphone dan akibatnya mengamuk susah nak tidur.
Tahniah diucapkan buat usahawan yang juga anak kepada Mantan Pendana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob iaitu Nina Ismail Sabri yang yang mengumumkan kini hamil anak kedua.