Pejam celik, pejam celik dah empat bulan lebih usia anak kepada pelakon popular, Ummi Nazeera dan Dr Izzar, Ayra Aneesah. Rasa macam baru lagi Ummi lahirkannya.

Ummi ternyata gembira melihat Ayra membesar dengan sihat. Perasaannya itu dikongsi oleh Ummi melalui instagramnya ketika pergi melakukan rutin pemeriksaan kesihatan untuk Ayra.

Dalam pada itu, Ummi seolah-olah memberi isyarat untuk mahu menambah lagi anak dan memberi Ayra kawan jika diizinkan oleh Allah.

“Growing so fast, the bigger she gets, the harder to leave her.

IKLAN

“Alhamdulillah, rasa macam I want more babies, insya-Allah, Amin,” tulisnya sebagai kapsyen.

Di ruangan komen tersebut, ramai yang mendoakan agar hasrat Ummi dimakbulkan dan Ayra juga dapat membesar dengan sihat.Baru Tahu Nikmat Jadi Ibu. Ummi Nazeera Berhasrat Nak Tambah Anak Lagi

Anak ramai tak sunyi

Baru Tahu Nikmat Jadi Ibu. Ummi Nazeera Berhasrat Nak Tambah Anak Lagi

IKLAN

Anak manja daddy

Dalam satu perkongsian video Ummi, dia ada berkongsikan gelagat Ayra yang dah pandai menyembang dan ajak bermain.

Ayra pun nampak begitu manja dengan daddynya.  Kadang-kadang tu bila meragam atau menangis tanpa sebab daddy pujuk terus diam.

IKLAN

Like father @izzar like daughter.. Dah pandai demand/meragam/nangis for no reason sekarangggg.. eeee baru nak masuk 4 bulan… Anak bertuah niii.

Bila besar nanti Ayra boleh jadi geng mummy atau daddy ni?

Sumber: umminazeera

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI