Pelakon Mawar Rashid berkongsi rasa gembira dan teruja apabila mendengar ketawa puteranya sehinggakan dia terkadang tidak percaya yang dia sudah melahirkan seorang anak lelaki.
Mawar, 23, mendedahkan anaknya, Raden Mohammed Rafael, 4 bulan, kini sudah pandai memberikan respon dan ketawa apabila diusik.
“Actually baby dah pandai respon senyum dah lama terutama bila tengok muka orang tapi sekarang hati makin berbunga bila dia dah pandai ketawa, cheeky betul.
“Alhamdulillah, saya happy bila doktor beritahu perkembangan anak saya agak cepat,” ujar Mawar.
Tambah Mawar lagi, apabila pulang ke rumah lepas bekerja dan melihat wajah anak, hilang segala penat lelah.
Takut Hantar Kepada Pengasuh
Menurut Mawar dia sangat beruntung dikurniakan rezeki ada ibu, ibu saudara dan ibu mertua yang sangat membantu untuk menjaga anak. Alhamdulillah saya dikelilingi oleh ramai orang tersayang.
Menurutnya lagi, dengan kehadiran suami dan anak-anaknya, impiannya untuk bergelar ibu sudah tercapai dan segalanya memberikan erti yang besar buat dirinya.
Sumber: Gempak & Ig Mawar Rashid