Kebanyakan ibu-ibu bila terlalu banyak menggunakan cili untuk memasak, tangan akan rasa pijar atau panas-panas. Ada yang basuh tapi pijarnya tetap dirasai.
Selain tu ada yang biasa letakkan tangan dalam beras untuk beberapa ketika. Walau apa cara sekalipun, matlamatnya hanya satu untuk cepatkan hilang rasa pijar.
ARTIKEL MENARIK [Cara Simpan Stok Herba & Dedaun Bagi Tahan Lama. Tak Perlu Rendam, Tukar Air]
Ok kali ini ibu-ibu yang tangan rasa pijar kesan cili tak hilang-hilang boleh cuba petua yang dikongsikan oleh Dila Mubarak. Petuanya sangat mudah dan berkesan.
Lepas pegang cili ke maklumlah selalu masak hari-hari atau lepas makan sambal belacan ke atau pun lepas makan budu sebab picit cili, berjam-jam tangan rasa panas cili kan..Tunggu hilang tak hilang jugak.
Sapu garam biarkan dalam 15 minit
Ini petuanya ya insya-Allah hilang.
Basahkan tangan dan sapu dengan garam. Saya dah cuba dengan gula. Tak berkesan.
Alhamdulillah dengan garam menjadi. Hebatnya Allah sediakan penawar untuk kita.
LAGI ARTIKEL MENARIK [Menangis & Mengamuk Jangan Tengking Suruh Diam. Guna Penawar Al-Fatihah, Tiup Di Ubun Anak]
Ok itu saja.. Dalam 15 minit insya-Allah hilanglah rasa tak selesa tu. Save ok..mana la tau nanti esok-esok kan kena lupa pula nak buat cara ni.
Sumber: Dila Mubarak
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Liat Sangat Anak Nak Bangun Pagi, Ini Trik Mama Boleh Cuba, Senang Nak Bangun!
Anak nak masuk kelas, ibu pula yang susah hati. Kerisauan yang semacam ini selalu terjadi pada kita. Bukan sekali tetapi setiap kali bangun pagi, kesabaran ibu selalu terduga.
Mengejutkan anak bangun pagi memang mencabar. Namun perkongsian OT, Ayesha Sairi pastinya sedikit membantu, lebih-lebih lagi anak-anak yang mengikuti kelas PdPR di pagi hari.
Strategi untuk Anak Sukar Bangun Pagi
Saya: Puan. anak ok ke ikut kelas online? Cikgu buat Google Meet anak ada masalah nak join?
Ibu: Saya stress sangat nak kejut anak bangun pagi. Pagi-pagi saya kalut kena sedia makan kat depa. Lepas tu nak paksa depa bangkit. Hat abang dah sekolah menengah pandai dah la urus masa sendiri. Hat dia ni jenuh nak ligan suruh pi bilik ayaq. Tak mau bangkit.
Saya: Lepas tu Puan buat apa?
Ibu: Saya dah hangat hati, saya tempik dari dapoq panggil nama dia. Tu pun kadang tak bangkit jugak. Baloq liat sungguh. Sakit hati saya.
Saya: Dia tidoq lewat ka puan?
Ibu: Tu lah tu. Kadang saya tak tau dia tidoq pukui brapa. Dok main game sampai malam. Bukan kita tak pesan suruh tidoq. Dok kata sat, sat. Nak habih dah. Saya tak larat tunggu. Saya tidoq dulu dengan adik dia.
Ada ke di kalangan pembaca yang mempunyai masalah yang sama atau hampir sama dengan ibu klien saya? Memandangkan anak masih mengikuti PdPr, mungkin ada ibubapa yang berasa sukar menguruskan anak disamping kerja hakiki yang perlu dilakukan.
Semua kerja pun perlu dilakukan dengan tergesa-gesa. Bawa bertenang. Apa yang kita boleh buat ialah kenalpasti root cause analysis atau punca masalah terlebih dahulu.
Kalau ikutkan perbualan dengan ibu ini, masalah utamanya ialah anak tidur lewat malam. Ini menyebabkan anak sukar bangun pagi.
Apa strategi yang saya berikan kepada ibu?
1) Limitkan masa anak untuk bermain game. Ibu kena tegas. Lagipun screen time yang lama untuk anak tidak bagus, boleh baca perkongsian saya sebelum ini mengenai screen time.
2) Buatkan jadual waktu untuk anak. Ini dapat membantu anak membina rutin harian. Secara tidak langung, anak akan lebih berdisipin. Jadual waktu ini boleh dilekatkan di ruang yang mudah dilihat sama ada di dalam bilik, ruang tamu mahupun di pintu bilik. Pilihan masing-masing.
3) Untuk anak yang masih belum boleh membaca, jadual visual dapat membantu mereka untuk mengetahui rutin harian.
Sediakan gambar yang jelas. Lukisan tangan pun tidak mengapa. Asalkan anak boleh tafsirkan dengan betul.
Harap membantu serba sedikit.
Menarik: Bawah 5 Tahun Penting Untuk Bermain, Rumah Sepah Boleh Kemas Tapi Anak Ketagih Gajet Susah Nak Ubah
Jom sertai event Pa&Ma Gala Moms Reunion ni secara PERCUMA. Siapa daftar cepat dia dapat tempat. Apa mommies dapat bila join event virtual ni?
• Menyertai sesi soal jawab bersama Pakar yg akan mengupas topik masalah kulit yang kerap berlaku di kalangan bayi.
• Aktiviti games bersama selebriti mama iaitu Mawar Rashid, Farahanim & Muabella.
• Sesi cabutan bertuah.
Daftar sekarang di SINI.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bawa Anak Shopping, Main Pasir Antara Aktiviti Boleh Rangsang Fizikal & Mental Si Kecil
Ada banyak cara pembelajaran si manja yang boleh anda lakukan. Malahan tanpa disedari aktiviti luar rumah yang menyeronokkan juga mampu merangsang fizikal dan mental anak membesar sebagai anak sihat dan cerdas.
1. Taman permainan yang menyeronokkan!
Biarkan si kecil berlari bebas dan mencuba pelbagai alat permainan yang ada di taman permainan. Aktiviti ini mampu menguatkan badan dan ototnya.Selain itu anak juga belajar kemahiran sosial apabila berjumpa dengan rakan sebaya.
2. Cintai alam sekitar
Dengan sekadar bersiar-siar dan berjalan pada waktu petang di halaman rumah atau kawasan sekitar rumah anda sambil belajar mengenali pelbagai pokok yang ada juga satu cara si kecil belajar. Ajak anak sentuh dan hidu bau pokok, bunga dan embun pagi yang ada di halaman rumah. Biarkan anak anda terdedah kepada pancaran cahaya matahari (pagi lebih selamat) dan hembusan bayu yang pasti memberikan dia pengalaman baru.
3. Jom berenang!
Kanak-kanak memang suka bermain air. Apa kata gunakan cuti hujung minggu dengan membawa anak ke kolam renang. Mereka tentu seronok belajar berenang selain aktiviti renang membantu menguatkan sistem kardio-respiratori, menambah stamina dan menguatkan sendi. Selain kecergasan badan, ia membantu meningkatkan keyakinan diri.
4. Yeayy..adik boleh main pasir!
Sesekali biarkan anak bermain pasir di tepi pantai. Pasir mempunyai tekstur halus dan akan merangsang deria sentuhan, kemahiran mata – tangan. Aktiviti membina istana pasir akan menggalakkan si manja berimaginasi dan mereka cipta. Malah ia membantu meningkatkan daya kreatif kanak-kanak apabila mencipta pelbagai bentuk daripada pasir.
5. Berkebun
Jika anda ada halaman rumah, rajinkan diri untuk berkebun. Selain menyihatkan tubuh badan, aktiviti berkebun juga mengajar si cilik erti tanggungjawab, disiplin tanpa perlu dipaksa, menghargai alam semula jadi, mempelajari sains dan pek kepada alam semula jadi. Dengan berkebun, ia mengajar anak erti tanggungjawab untuk menjaga pokok-pokok dengan menyiramnya. Malahan ia meningkatkan keyakinan diri apabila dia menyaksikan pertumbuhan pokok tersebut di samping menambah ilmu pengetahuan anak tentang pokok.
6. Bermain belon
Warna warni belon memang mengujakan kanak-kanak. Belon adalah mainan yang murah tetapi memberikan keriangan kepada si manja. Aktiviti ini dapat meningkatkan kemahiran motor kasar dan koordinasi mata – tangan anak. Menepuk belon kepada orang lain akan meningkatkan kemahiran komunikasi dan sosial si manja.
7. Bermain bola
Bermain bola memang sinonim dengan anak lelaki. Tetapi si anak perempuan juga boleh bermain bola bersama. Aktiviti ini dapat mengeluarkan peluh dan menyihatkan tubuh badan. Anda boleh membaling bola kecil kepada si manja dan menyuruhnya menyambut bola serta memasukkan ke dalam bakul. Permainan ini dapat melatih kemahiran otot tangan dan koordinasi mata – tangan anak di samping menambah daya intelek anak menerusi pemahaman peraturan permainan.
8. Melukis
Mungkin melukis di dalam rumah anak akan berasa bosan, jadi apa kata sesekali bawa anak ke taman dan berikan pensil, warna dan kertas kepadanya. Biarkan si kecil melukis apa sahaja yang terlintas di fikirannya. Cara ini membantu merangsang daya kreativiti dan imaginasi kanak-kanak. Ini dapat meningkatkan imaginasi, kemahiran otot tangan dan keupayaan pertuturan serta tata bahasa si manja dalam menerangkan apa yang dilukisnya.
9. Bermain dengan haiwan peliharaan
Kanak-kanak suka kepada haiwan. Dengan mendedahkan mereka bermain dengan haiwan peliharaan kanak-kanak belajar untuk bertanggungjawab dan menyayangi haiwan. Aktiviti ini melatih pelbagai aspek kognitif, sosial, emosi dan fizikal. Pemerhatian dan penyeliaan ibu bapa diperlukan supaya anak mencapai potensi optimum dalam dirinya.
10. Shopping!
Bawalah si kecil membeli barangan keperluan rumah bersama. Dedahkan dia kepada cara membeli belah yang bijaksana tanpa perlu membazir. Terangkan apa tujuan dan kenapa membeli sesuatu barangan itu. Ini membantu menambah pengetahuannya. Anda boleh menyuruhnya mengira jumlah barangan yang dibeli dan mengingat apa barangan rumah yang diperlukan. Secara tidak langsung ini dapat mengajarnya bertanggungjawab. Bagi yang beragama Islam, beri pendedahan kepada anak mengenai kepentingan logo HALAL yang mesti ada sebelum memilih apa jua barangan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jaga Anak Perempuan Tak Semudah Jaga Anak Lelaki. Tanggungjawabnya Besar!
Anak anugerah yang tidak ternilai untuk kita sebagai ibu bapa. Amanah ini harus dijaga dan dididik dengan baik sehinggalah mereka dewasa kelak. Tidak kiralah sama ada anak lelaki ataupun anak perempuan tanggungjawab untuk mendidik mereka tetap mencabar.
Bagi yang mempunyai anak perempuan, cabaran terbesar adalah untuk memastikan anak-anak selamat dididik sehinggalah suatu hari nanti tanggungjawab tersebut diambil alih oleh suaminya. Namun bukan mudah. Ikuti perkongsian Puan Farhan ini.
Bila ada anak perempuan orang senang cakap “ala anak kecik lagi pakai macam mana pun tak apa nanti dah besar ajarlah… “
Sebenarnya ajar dari kecik bkn dah besar bru nk ajar… siap belikan anak baju seksi-seksi konon-konon nampak elegance ala-ala orang berduit gitu
pakai baju tak ada lengan, short pant bagai. Anak prempuan bila dah sedap diajar pkai pakaian sebegitu bila dah besar nanti dah jadi kebiasaan. So jangan pandang remeh benda-benda macam ni.
Anak sulung saya Allah beri seorang perempuan. Jujur, masa dia kecil kecik dulu
tak rasa sangat cabarannya tapi bila dah besar makin terasa cabarannya.
Mak sentiasa pesan, ada anak perempuan jangan ambil mudah..jangan buat tak endah
Tanggungjawab nya berat. Tugasnya amat besar!
Jaga anak perempuan tak sama dengan anak lelaki
Bila ada anak perempuan. Anak perempuan jangan dibeli pakaian seksi seksi
Bukanlah mahu diajar anak bertudung litup, tapi cukup mengajar anak berpakaian sopan.
Tidak terdedah sana sini, tidak ketat menonjol.
Ajarkan mereka erti malu, ajar pakai yang sopan sopan. Besederhana menikmati zaman kanak kanak.
Bila ada anak perempuan, tak boleh dibiar tidur sana sini. Harus diajar tidur setempat di dalam bilik. Bahayanya ada dimana mana. Jangan percaya kepada sesiapa!
Bila ada anak perempuan, ajarkan mereka sentuhan selamat. Ajarkan mereka sentuhan tidak selamat. Jangan biarkan anak berseorangan. Sentiasa temani mereka. Biar kita susah hari ini, dari menangis dikemudian hari.
Bila ada anak perempuan. Ajarkan mereka tentang harga diri, ajar mereka untuk sayang diri sendiri. Kerana diri mereka sangat berharga.
Bila ada anak perempuan, terangkan kepada mereka tentang haid dan kehamilan bila mereka sudah baligh. Usah malu untuk memberi ilmu, bimbang mereka cari di tempat salah.
Bila ada anak perempuan, pilihlah rakan untuk mereka. Kenali juga siapa kawan mereka.
Rakan yang baik menjadi penguat, rakan yang nakal menjadi pemusnah
Bila ada anak perempuan, selalu lah diperiksa handphone mereka. Apa yang dikongsi
, apa yang ditulis, ambil tahu!
Bila tiba saat kau lepaskan mereka- hidup berjauhan. Sentiasa ingatkan mereka
jagalah diri baik baik, jagalah maruah diri, jagalah maruah keluarga. Biarlah orang kata kita kolot, biarlah orang kata kita syadid.
Bila ada anak perempuan berdoalah, mohon dijaga kehormatan diri mereka, mohon dijaga keselamatan mereka. Moga moga Allah jaga dan lindung..
Perkongsian utk kita sebagai ibubapa semua. Ketika ibu bapa hidup, anak-anak perlukan doa ibu bapa. Apabila ibu bapa meninggal,mereka tunggu doa & amalan dari anak-anak. Sebagai syafaat mereka di kubur.
Sumber: Puan Farhan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI