Pernah tak terdetik di hati kita kenapalah anak-anak susah sangat nak dengar cakap? Anak yang dulunya mudah akur dan patuh pada suruhan kini semakin suka melawan sejak diberikan gajet serta bergaul dengan kawan-kawan.
Mengikut petua, sebenarnya amalan kita membasuh beras tersimpan rahsia hebat untuk lembutkan hati anak dan pasangan.
“Cuba kita ingat balik bagaimana cara kita sebelum ini apabila membasuh beras. Adakah ianya sempurna atau acuh tak acuh?”
Orang dulu-dulu sering mengamalkan petua yang kebanyakannya adalah doa atau zikir memuji kebesaran Allah. Terutama sekali dalam urusan rumah tangga, layanan terhadap suami dan didikan anak-anak agar keluarga menjadi soleh serta solehah.
Cara ini bukan sahaja untuk lembutkan hati anak tetapi pasangan dan diri kita sendiri agar sentiasa tenang. Ini juga yang selalu dipesan oleh Rasulullah Saw iaitu berdoa adalah satu ibadah dan senjata orang beriman dalam apa jua keadaan.
Melalui perkongsian Ustaz Abdullah Khairi ada cara untuk membasuh beras sebelum nasi itu dihidangkan pada ahli keluarga:
– Genggam beras
– Gunakan tangan kanan untuk membasuh beras
Ads
– Semasa genggam niatkan dalam hati dan bacalah doa tersebut: “Ya Allah lembutkanlah hati anakku sebagimana kau lembutkan ini menjadi nasi.
– Cuci dan gaulkan mengikut arah lawan jam
– Amalkan selalu setiap kali nak basuh beras kerana sangat berkat dan anda akan nampak perubahan pada anak-anak dan pasangan.
Lagi satu pesan orang tua-tua, setiap kali nak sediakan makanan untuk diri dan keluarga, jangan lupa untuk baca doa, selawat dan basuh beras ikut lawan jam.
Sementara itu, menerusi perkongsian Ibu Azzah, ada beberapa doa ibu boleh amalkan sepanjang mencuci beras. Moga doa yang diniatkan untuk anak-anak kita ini akan menjadi pendinding dan kekuatan mereka membesar menjadi anak soleh, solehah.
Ads
Antara doanya, Ya Allah..panjangkanlah umur anak-anak ku, terangilah hati mereka, lembutkanlah hati mereka, teguhkanlah iman di dada mereka dan perbaikilah amal perbuatan mereka.
Boleh tambah juga, lapangkanlah segala rezeki mereka, dekatkanlah mereka dengan kebaikan, jauhkanlah mereka dari keburukan. Jadikanlah mereka orang berjaya dunia dan akhirat.
Jadikanlah anak-anakku soleh dan solehah juga berbakti pada orang tua dan kabulkanlah doaku ini Ya Allah..sesungguhnya doa seorang ibu itu tiada hijabnya..Amin
Apa kata kita mulakan hari ini kaedah ini sebagai satu amalan demi membina sebuah rumah tangga bahagia dan anak-anak sentiasa menjadi penyejuk hati kita sehingga ke akhir hayat.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila bercakap tentang ilmu Faraid pasti ramai yang bertanya tentang harta peninggalan suami. Tak ramai yang tahu tentang harta faraid jika berlaku kematian pada si isteri. Ada juga yang menyangka semua harta isteri akan jatuh pada suami walhal harta isteri perlu difaraidkan.
Sama seperti perkongsian dari Roslina Sabiyah & Co. dimana ada yang datang mengadu tentang suami si mati ingin mengambil semua harta si mati tanpa mengetahui tentang hukum faraid. Sama-sama kita baca perkongsian ini.
Muslims reading from the quran
Soalan:
Puan, arwah kakak saya baru meninggal. Beliau meninggalkan seorang suami, ibu ayah masih ada dan beliau tidak ada anak. Kakak ada 5 adik-beradik termasuk saya (3 lelaki dan 2 perempuan). Kakak seorang yang bekerjaya dan mempunyai beberapa harta peninggalan berbentuk rumah, tanah dan beberapa simpanan di kwsp, tabung haji dan bank.
Masalahnya puan, suami kakak mengatakan harta2 tu semua akan jadi 100% hak suami semuanya kerana beliau ialah waris asobah kepada isteri. Bukankah kami adik-beradik si mati pun ada bahagian puan? Mohon pencerahan.
Jawapan:
Suami bukan waris asobah!
Apa maksudnya? Jika isteri meninggal dunia, harta2 isteri bukanlah automatik akan jadi milik suami semuanya. Rumah yang atas nama isteri, akaun bank, kwsp, tabung haji, asb, barang kemas dan lain2.. akan kena difaraidkan kepada waris2 faraid isteri.
Siapa waris faraid isteri tu tadi?
Suami: 3/6 (suami dapat 1/2 kerana si mati tiada anak) Ibu: 1/6 (ibu dapat 1/6 kerana si mati meninggalkan saudara lebih dari seorang) Bapa: 2/6 (bapa dapat 1/6 dan baki) 5 adik beradik (3L&2P): tak dapat faraid kerana terhalang oleh bapa.
Waris asobah hanyalah anak lelaki, bapa, bapa saudara, datuk, cucu lelaki dan adik-beradik lelaki. Tapi perlu diingat, dalam 1 situasi kematian, hanya ada 1 kategori asobah sahaja yang boleh wujud dalam 1 masa. Contohnya, kalau si mati ada anak lelaki, maka bapa atau datuk atau adik-beradik dah tak boleh jadi waris asobah. Waris asobah hanya akan dapat bahagian faraid selepas ditolak bahagian faraid waris fardhu dahulu. Kadang2 waris asobah akan dapat bahagian yang paling banyak dan kadang2 ada juga keadaan yang waris asobah langsung tak dapat bahagian kerana tiada lagi baki faraid.
Berapa bahagian suami? Jika si isteri meninggal dunia dan dia tak ada anak, suami akan dapat 1/2. Tapi kalau si mati ada anak, maka suami akan dapat 1/4. Walaupun si isteri tu baru kahwin dengan suami tu beberapa bulan. Si suami tetap ada hak faraid ke atas harta isteri walaupun harta2 isteri tu diperolehi dari harta pusaka arwah suami yang sebelumnya.
Selain hak faraid, suami juga boleh mohon harta sepencarian ke atas harta pusaka isteri di mahkamah syariah. Harta sepencarian bukan diperolehi secara automatik tapi perlu dimohon dan diputuskan di mahkamah syariah berapa bahagian yang suami akan layak dapat.
Kesimpulannya: Suami tak dapat 100% kerana suami tertakluk kepada bahagian faraid (1/2 @ 1/4). Adik-beradik si mati juga tak dapat bahagian pusaka kerana telah terhalang oleh bapa yang merupakan waris asobah.
Pengajarannya: semua persoalan perlu diselesaikan dengan secara baik dan berlandaskan ilmu. Kadang2 kita rasa bahagian kita banyak dan kita rasa kita ada hak ke atas sesuatu. Rupa2nya selepas diperhalusi, bahagian kita hanya terhad sahaja ataupun sebenarnya tak ada bahagian langsung rupanya. Sebab itu penting untuk merujuk masalah kepada yang ahlinya dan bukannya selesaikan masalah dengan emosi atau bersangka-sangka. Moga ada manfaatnya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biasanya bab duit orang perempuan yang lebih peka. Tak kisahlah perbelanjaan barang dapur atau beli keperluan keluarga, isteri dikategorikan sebagai ‘akauntan’ dalam rumah tangga.
Sebab tu dalam bab menabung isteri memainkan peranan penting. Suami tak boleh nak kata apa-apa kerana ini untuk kebaikan bersama. Tu sebab jika nak pergi bercuti bawa anak-anak, teringin nak beli barang kemas, isteri sanggup simpan duit senyap-senyap. Semua ni untuk memudahkan suami juga kan!
Seperti perkongsian seorang suami, Muhammad Hassan, beliau kongsikan cara menarik isterinya menabung tepi mesin basuh. Duit-duit yang dimasukkan ini adalah baki dalam poket seluar atau baju suami. Paling bestnya hasil yang dapat tu lebih seribu.
Genap setahun wife saya menabung hanya ditepi mesin basuh sahaja. Tadi saya pecahkan tabung dengan arahan wife. Setelah dkira jumlah duit terkumpul adalah sebanyak RM1424.(Tidak termasuk duit syiling).
Tipsnya mudah: Pergi kedai DIY beli tabung yang murah dan tidak boleh dibuka,letak tepi mesin basuh.
Kedua: Sebelum basuh seluar dan baju suami, seluk dalam poket. Baca bismillah, insyaallah jumlah duit baki yang suami tinggal.
Ketiga: Maklumkan kepada suami yang kita letak satu tabung di sebelah mesin basuh, jadi bila suami tiba-tiba rajin, dia akan pergi masukkan duit baki beli barang, atau baki bayar tol.
Keempat: Jika terjumpa duit baki dalam kereta suami, dalam bilik, ruang tamu atau mana mana sahaja dalam rumah kita, sila ambil dan masukkan ke dalam tabung.
Kelima: Asalkan ada duit lebih sila masukkan dalam tabung, jangan dok gatal-gatal nak simpan dalam poket balik. Cukup setahun pecahkan tabung dan kira. Setelah kira pergilah simpan dalam bank atau pergi beli rantai emas.
Tadi wife saya cakap 10% sedekahkan kepada masjid. Moga bermanfaat untuk mak mak sekalian.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu bapa perasan tak setiap perkataan NO atau TAK BOLEH yang kita cakap pada anak, kita tak bagi jawapan yang tepat pada mereka atau hanya tergantung begitu sahaja
Akhirnya anak memang akan hentikan apa yang dia lakukan tapi selepas itu pasti akan ulang semula. Kenapa sedemikian? Adakah anda terfikir mengenai hal ini?
Menurut apa yang dikongsikan oleh Puan Noor Afidah Abu Bakar, setiap NO yang keluar dari mulut ibu bapa perlu ada alternatif pada jawapan itu. Jika setakat larang tapi tiada penyelesaian ia tak akan membantu anak-anak faham.
Setiap NO perlu ada alternatif.
NO gadjet. Apa alternatif untuk isi masa?
NO jumping on the sofa. Mana tempat alternatifnya?
NO drawing on this wall. Di mana boleh menconteng?
NO screaming. Bagaimana cara alternatif?
NO chocolates. Apa snek alternatif?
NO hitting. Bagaimana cara alternatif menyalurkan rasa marah?
Setiap kali terfikir untuk berkata NO, tunjukkan alternatif yang positif.
Ini bukan sahaja membantu tingkah laku, ia juga melatih skil penyelesaian masalah (problem solving) dan skil membuat keputusan (decision making) pada kanak-kanak.
Tindakan yang boleh kita buat apabila dipukul, dikasari dan dicederakan. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.