Pernah tak terdetik di hati kita kenapalah anak-anak susah sangat nak dengar cakap? Anak yang dulunya mudah akur dan patuh pada suruhan kini semakin suka melawan sejak diberikan gajet serta bergaul dengan kawan-kawan.
Mengikut petua, sebenarnya amalan kita membasuh beras tersimpan rahsia hebat untuk lembutkan hati anak dan pasangan.
“Cuba kita ingat balik bagaimana cara kita sebelum ini apabila membasuh beras. Adakah ianya sempurna atau acuh tak acuh?”
Orang dulu-dulu sering mengamalkan petua yang kebanyakannya adalah doa atau zikir memuji kebesaran Allah. Terutama sekali dalam urusan rumah tangga, layanan terhadap suami dan didikan anak-anak agar keluarga menjadi soleh serta solehah.
Cara ini bukan sahaja untuk lembutkan hati anak tetapi pasangan dan diri kita sendiri agar sentiasa tenang. Ini juga yang selalu dipesan oleh Rasulullah Saw iaitu berdoa adalah satu ibadah dan senjata orang beriman dalam apa jua keadaan.
Melalui perkongsian Ustaz Abdullah Khairi ada cara untuk membasuh beras sebelum nasi itu dihidangkan pada ahli keluarga:
– Genggam beras
– Gunakan tangan kanan untuk membasuh beras
– Semasa genggam niatkan dalam hati dan bacalah doa tersebut: “Ya Allah lembutkanlah hati anakku sebagimana kau lembutkan ini menjadi nasi.
– Cuci dan gaulkan mengikut arah lawan jam
– Amalkan selalu setiap kali nak basuh beras kerana sangat berkat dan anda akan nampak perubahan pada anak-anak dan pasangan.
Lagi satu pesan orang tua-tua, setiap kali nak sediakan makanan untuk diri dan keluarga, jangan lupa untuk baca doa, selawat dan basuh beras ikut lawan jam.
Doa ibu tiada hijab
@ibuazzahofficial #ad Apabila tertutupnya mata ibumu, maka hilanglah satu keberkatan di sisi Allah iaitu DOA SEORANG IBU.. #doaseorangibu #fyp #doaseorangibuutkank #ibuazzah #tipsdribuazzah #hargaiselagimasihada ♬ Buatmu Ibu – Aeman
Sementara itu, menerusi perkongsian Ibu Azzah, ada beberapa doa ibu boleh amalkan sepanjang mencuci beras. Moga doa yang diniatkan untuk anak-anak kita ini akan menjadi pendinding dan kekuatan mereka membesar menjadi anak soleh, solehah.
Antara doanya, Ya Allah..panjangkanlah umur anak-anak ku, terangilah hati mereka, lembutkanlah hati mereka, teguhkanlah iman di dada mereka dan perbaikilah amal perbuatan mereka.
Boleh tambah juga, lapangkanlah segala rezeki mereka, dekatkanlah mereka dengan kebaikan, jauhkanlah mereka dari keburukan. Jadikanlah mereka orang berjaya dunia dan akhirat.
Jadikanlah anak-anakku soleh dan solehah juga berbakti pada orang tua dan kabulkanlah doaku ini Ya Allah..sesungguhnya doa seorang ibu itu tiada hijabnya..Amin
Apa kata kita mulakan hari ini kaedah ini sebagai satu amalan demi membina sebuah rumah tangga bahagia dan anak-anak sentiasa menjadi penyejuk hati kita sehingga ke akhir hayat.
Kredit: karyabestari & Ibu Azzah Official
ARTIKEL MENARIK [Mahu Anak-ANak & Pasangan Sentiasa Lembut Hatinya, Baca Doa Ini Setiap Hari!]
BACA JUGA [Anak-Anak ‘RAJA COPY, CCTV’ Paling Power! Apa Ibu Ayah Buat Semua Dia Tiru]
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)