Keibubapaan

“Basuh Gelongsor Dapat RM100” Warganet Ketawa Pecah Perut Tengok Roy Azman Bayar Gaji Anak, Memang Awesome!

Share

PKP yang panjang ini sebenarnya adalah masa yang paling sesuai untuk kita mencipta bonding bersama anak-anak. Jika dahulu, masa kita banyak dihabiskan untuk fokus pada kerja, kini seharian kita bersama anak-anak. Dan inilah masa yang paling sesuai untuk kita membayar kembali masa kita bersama anak-anak.

Bagi pelakon, Roy Azman, dia mempunyai caranya yang tersendiri untuk merapatkan hubungan dan bonding bersama anak-anak di rumah sepanjang PKP ini.

Paling menarik, ayah kepada lima orang cahaya mata ini menyuruh kesemua anak-anaknya melakukan kerja rumah. Dan untungnya segala kerja yang dilakukan anak-anak turut dibayar upah. Memang lumayan!

Persis bos kepada pekerjanya, aksi kelakar Roy Azman yang dikongsikan di Instagramnya ini amat menarik perhatian wargamaya.

“BAYAR GAJI. PKP pun kena bayar gaji daa,” tulisnya ringkas di kapsyen.

Video yang dikongsikan oleh bapa kepada empat orang puteri dan seorang putera ini begitu menghiburkan bila mana melihat aksi anak-anak yang begitu teruja menerima gaji masing-masing.

Jom kita intai aksi kelakar Roy bersama anak-anaknya.

Sambil berkongsi apa kerja rumah yang mereka lakukan, anak-anak juga turut diminta menurunkan tandatangan di atas kertas selepas selesai menerima gaji. Memang kelakar.

Cara yang Roy lakukan ini sebenarnya boleh dilakukan pada anak-anak bagi menghilangkan rasa bosan mereka berada di rumah secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan bonding bersama anak-anak.

Rata-rata peminat begitu teruja dan pecah perut melihat gelagat Roy dan anak-anak malah memuji cara Roy bersama anak-anaknya.

Jom kita tiru cara Roy Azman ni pada anak-anak. Bagi RM10 pada anak pun dah memadai, bagi anak happy!

Menarik: Penting Ibu Ayah Tahu Ada Tak Protein Susu A2 Dalam Susu Formula Anak Anda

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @thisisroyazman

Published by
SRM