Musim anak batuk berterusan sekarang ini amat merisaukan mak ayah. Lebih-lebih lagi bila ubat-ubatan tidak meredakan batuk anak. Tak perlu risau, apa kata mak ayah cuba tepukan Chest Physio ini pula bagi meredakan batuk kahak anak.
Tip yang dikongsikan oleh seorang doktor di Tik Tok, @klinikputrabagan ini mak ayah kena cuba. Amalkan tepukan ini dengan teknik yang dikongsikan oleh beliau.
Musim anak-anak tak sihat sekarang. Disini doktor kongsikan teknik tepukan CHEST PHYSIO untuk ibu-ibu lakukan di rumah untuk anak yang berkahak.
Kalau kita tengokkan kanak-kanak ni selalu berkahak, lagi-lagi baby, kanak-kanak di tadika dan anak-anak istimewa.
Bila berkahak akan menyebabkan anak jadi penat. So macam mana kita nak jaga paru-paru anak-anak ini, lebih-lebih lagi anak istimewa supaya tak jadi penat.
Kita buat Chest Physio, yang ini exercise untuk kuatkan paru-paru anak-anak kita ya. Ini panduan yang dikongsikan oleh doktor.
Langkah 1
Boleh pegang anak dalam kedudukan yang selesa.
Langkah 2
Curve kan sedikit tapak tangan. Biar tangan melengkung ke dalam.
Langkah 3
Tepuk di atas dada kanak-kanak, tepuk dari atas ke bawah dan ulang.
Langkah 4
Buat sebelah dada lagi dan ulang proses yang sama.
Langkah 5
Boleh ulang langkah yang sama di belakang badan.
Saya suka buat macam ni daripada anak kita baru lahir sampai anak kita sebelum ke sekolah tadika kita boleh amalkan cara ini.
Sambil-sambil duduk lepas mandi, pegang sekejap dan buat tepukan ni.
Tak kisah sama ada nak buat tepukan di belakang atau di depan sahaja. Yang penting kita rajin buat.
Bila kita buat macam ni, dia punya kahak dan paru-paru tu akan vibrate. Bila vibrate, kahak anak tak berada di paru-paru dan akan hilang.
@klinikputrabagan Musim anak-anak tak sihat sekarang.. Sini doktor kongsikan teknik tepukan CHEST PHYSIO untuk ibu-ibu lakukan di rumah untuk anak yang berkahak.. jangan lupa share ♥️ semoga kita semua beroleh manfaat 💝 #klinikputrabagan #klinikuntuksemua #kanak #ibu #ibuhamil #ilmu #manfaat #tips #mommy #fyp #fypシ ♬ Innal Habib – SHOLAWAT MUSIC PRO
Semoga kita semua beroleh manfaat.
Menarik: “Ikut Muka Mommy, Sebiji Sama”, CP Juliana Evans Kongsi Wajah Anak Kedua, Comelnya!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI