Antara menu yang menjadi kegemaran ramai adalah ikan bakar. Banyak versi resipi ikan bakar. Ada yang sukakan ikan bakar kosong dan dimakan bersama air asam.

Tidak kurang juga peminat ikan bakar yang dimasak dengan pes. Hidangan ini tak perlukan air asam kerana pes yang ada sudah cukup untuk memberi rasa kepada isi ikan.

Suzana Othman ada berkongsi resipi pes ikan bakar yang sedap, bolehlah dicuba nanti;

Resepi Pes Ikan Bakar

Assalamualaikum.
Ramai yg tanya resepi pes ikan bakar sebelum ni tp kita kebizian xsempat nk menaip. Pes ni sebenarnya kita buat sekadar cuba2 je, mana yg kurang bolehlah tambah ya.

Bau Harum, Rasa Sedap. Buat Pes Ikan Bakar Ni, Makan Ramai-Ramai Satu Famili. Terliur Sungguh!
Sumber foto: Facebook Suzana Othman

Bahan-bahan:
1biji bawang besar
4ulas bawang putih
1genggam cili kering
2batang serai
1inci halia
Lengkuas
Sedikit udang kering
Sedikit belacan
Kisar semua bahan di atas
1biji bawang besar-potong dadu
Garam
Gula
Air asam jawa

Ads

Baca Juga:

Resipi Banana Yogurt Cheese Cake, Sesuai Hidang Waktu Raya. Masam-Masam Berlemak, Sedap!

Resipi Ayam Sos Mentega Buat Makan Satu Famili. Sesuai Untuk Ibu Pantang, Memang Sedap!

Ads

Resipi Rendang Ayam Versi Ibu Pantang. Ada Letak Daun Cekur, Memang Sedap Betul!

Bau Harum, Rasa Sedap. Buat Pes Ikan Bakar Ni, Makan Ramai-Ramai Satu Famili. Terliur Sungguh!
Sumber foto: Facebook Suzana Othman

Cara-cara:
1. Tumis semua bahan kisar hingga pecah minyak. Perasakan dgn garam dan sedikit gula. Bila pes dah bertukar warna gelap, tambahkan air asam jawa dan masukkan bawang yg dipotong dadu. Tutup api.
2. Untuk buat ikan bakar boleh guna ikan yang disukai. Cuci bersih-bersih kemudian rendam ikan dgn perahan limau dan garam sebentar.
3. Toskan air, alas ikan atas daun pisang kemudian lumur ikan dengan sedikit garam.
4. Sapu pes atas ikan dan bakar hingga masak. Tabur petai jika suka selepas ikan masak. Perahkan dgn sedikit asam limau. Dah siap.

Sedikit perkongsian tip, untuk memastikan isi ikan tidak tertanggal, alaskan dengan daun pisang. Letakkan di atas pemanggang, tidak perlu ditutup. Apabila ikan hampir masak, barulah ditutup supaya isi ikan masak sekata.

Ads

Sekiranya menggunakan pemanggan tanpa tutup, jangan dibalikkan ikan terlalu kerap supaya isi ikan tidak tertanggal. Bolehlah cuba resipi ini, mudah dan sedap!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI