Pemergian adik Nur Syifa Aulia Mohd Firdaus, 1 tahun 9 bulan yang menghidap kanser Ephitilial Sarcoma atau kanser tisu lembut yang jarang berlaku di Malaysia minggu lalu begitu menyedihkan seluruh ahli keluarganya.

Ketika menghubungi ibunya, Siti Nur Ashima Makhatar, 29, ternyata pemergian adik Syifa sangat tenang di saat sakitnya yang begitu teruk dan tiada harapan untuk pulih.

“Kesihatan arwah Syifa dah mula merosot sejak hari Sabtu sehinggalah dia meninggal Rabu minggu lepas. Pada petang Sabtu itu arwah dah semakin lemah sehinggalah ahli keluarga membawanya ke hospital.

Bau Wangi, Muka Berseri 5 Hari Sebelum Pemergian Syifa. Mama Syukur Dan Reda Sayang!

“Malah sejak hari Sabtu hinggalah beberapa jam sebelum dia nak pergi meninggalkan kami semua, dia langsung tak tidur. Ibaratnya dia berjaga beberapa hari itu namun tak merengek atau menangis.

“Air mukanya juga sungguh berseri dan putih. Bibirnya juga kemerahan dalam tempoh beberapa hari tu. Paling saya syukur sejak Sabtu lagi bau Syifa sangat wangi hinggalah saat pemergiaannya. Terasa besarnya nikmat yang Allah bagi pada arwah sebelum menghembuskan nafas,” katanya.

Pergi dalam keadaan tidur

Ashima menambah, walaupun bengkak di leher Syifa pecah, jururawat yang mencuci luka tersebut juga menjelaskan tiada langsung bau hanyir dan darah yang banyak dalam tempoh beberapa hari itu. Allahuakbar terasa kebesaran Allah bagi padanya!

IKLAN

“Saya juga sangat berpuas hati selama 9 bulan arwah Syifa sakit, Allah tetap mempermudahkan urusan saya walaupun waktu itu saya tengah mengandungkan adiknya.

Bau Wangi, Muka Berseri 5 Hari Sebelum Pemergian Syifa. Mama Syukur Dan Reda Sayang!

“Masa pantang pun ketika arwah di hospital saya sanggup tinggalkan bayi di rumah dan menjaga Syifa di hospital untuk pastikan dia gembira,” jelasnya yang kini masih berpantang anak keempat.

Menceritakan detik pemergian adik Syifa, Ashima berkata petang Rabu lalu, keadaan jantungnya dah perlahan.

“Saya minta dari doktor untuk meribanya dan tak sangka arwah tidur dengan lena masa saya memeluknya.

IKLAN

“Apabila meletakkannya kembali ke katil sehinggalah lepas Isyak dia tidur dan 5 minit sebelum pergi tinggalkan kami selama-lamanya dia macam terkejut sikit dan terus tiada. Saya reda dan syukur Allah ambil dia dalam keadaan yang begitu tenang,” kongsinya yang cukup berterima kasih atas doa seluruh rakyat Malaysia sebelum ini.

Bau Wangi, Muka Berseri 5 Hari Sebelum Pemergian Syifa. Mama Syukur Dan Reda Sayang!

Anak keempat macam arwah Syifa

Siapa sangka, kehadiran anak keempat ini pengubat kerinduan keluarga arwah Syifa padanya. Menurut ibunya, adiknya ini seiras arwah dan apabila tengok adiknya kami boleh melepaskan rindu pada arwah.

“Semua ahli keluarga pun perasan. Kakaknya juga turut memanggil adiknya Syifa.  Walaupun kami sedih tapi berpuas hati dapat jaga dan beri kasih sayang sebaiknya sebelum arwah meninggal dunia.

IKLAN

“Percaturan Allah sangat hebat. Walaupun hingga kini masih lagi rindu pada arwah Syifa kami sekeluarga bersyukur kesakitan yang ditanggungnya tiada dan arwah pun dah gembira di sana.

Bau Wangi, Muka Berseri 5 Hari Sebelum Pemergian Syifa. Mama Syukur Dan Reda Sayang!

Sebelum ini, kisah adik Syifa pernah dikongsikan ibunya apabila arwah hanya bergantung pada morfein untuk tahan sakit akibat sakitnya itu.

Nak tahu lanjut kisah arwah adik Syifa klik link ini Disahkan Kanser Ephitilial Sarcoma, Adik Syifa Hanya Bergantung Dengan Morfein Untuk Tahan Sakit

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI