Ketika membeli-belah, pernahkah ibu bapa terfikir untuk melibatkan anak-anak sewaktu membuat pilihan barangan dan sebagainya? Seharusnya setiap ibu dan bapa melatih anak-anak berbelanja ketika kecil supaya mereka lebih peka untuk membeli secara bijak. Anda boleh mula mengajar mereka dengan perkara asas seperti membeli barangan runcit.

Untuk memastikan proses pembelajaran berjaya, dedahkan mereka dengan beberapa check list yang harus diikuti sewaktu membeli-belah. Paling penting, perhatikan tarikh luput produk untuk mendidik mereka memilih produk yang berkualiti dan masih boleh digunakan, ajarkan anak-anak untuk membuat perbandingan harga serta sediakan senarai barangan yang mahu dibeli. Selain itu, pastikan juga sebelum keluar berbelanja, ingatkan anak-anak untuk mendapatkan barangan yang diperlukan sahaja dan makan terlebih dahulu. Bukan apa, khuatir mereka tiada tenaga untuk mencari barang pula nanti!

Bawa Anak-Anak Keluar Shopping, Boleh Didik Tentang Cara Berbelanja Yang Bijak

Sebagai inisiatif untuk menyokong proses pembelajaran berbelanja secara bijak dalam kalangan kanak-kanak, pasar raya terkenal Tesco telah melancarkan sebuah program tanggungjawab sosial korporat bersama Yayasan PINTAR yang dikenali sebagai ‘Junior Smart Shoppers’.

PINTAR adalah sebuah organisasi bukan kerajaan di Malaysia yang bertujuan untuk membina pembangunan kemanusiaan sejak usia kecil. Usaha ini dilakukan menerusi program sekolah angkat PINTAR dengan kolaborasi pihak swasta.

IKLAN

Program Junior Smart Shoppers bertujuan untuk mendidik pelajar sekolah rendah dari barisan sekolah angkat TESCO-PINTAR untuk menjadi pengguna bijak dengan memperkenalkan mereka tabiat berbelanja yang baik.

Bawa Anak-Anak Keluar Shopping, Boleh Didik Tentang Cara Berbelanja Yang Bijak

Melalui program Junior Smart Shoppers, para pelajar dari sekolah angkat TESCO dibawa untuk menyertai lawatan ke pasaraya Tesco sambil belajar tentang kepentingan membuat perbandingan harga serta meneliti kualiti produk yang mahu dibeli.

IKLAN

Mereka juga akan diajar untuk memilih barangan keperluan dari kehendak, terutamanya ketika membeli makanan. Ilmu ini penting buat kanak-kanak kerana mereka cenderung memilih makanan ringan yang lebih murah tetapi tidak memberi kebaikan kepada mereka berbanding membeli makanan sihat.

Program Junior Smart Shoppers ini ditubuhkan sejak 15 November 2018 yang melibatkan 500 orang pelajar dari 11 buah sekolah. Kini jumlahnya sudah mencecah sehingga ribuan pelajar.

IKLAN

Tesco mula berkoloborasi dengan PINTAR untuk program sekolah angkat sejak 2016 dengan jumlah 59 buah sekolah. Sepanjang tahun ini sehingga bulan Ogos 2019, terdapat 63 buah sekolah angkat yang ditaja oleh TESCO di mana 57,000 orang pelajar telah menerima kelebihan dari Tesco.

Kriteria untuk sebuah sekolah angkat adalah purata lulus peperiksaan UPSR/PMR dan SPM di bawah 65 peratus, terletak di kawasan pedalaman dan pendapatan keluarga di bawah RM1,500 setiap bulan. Setiap sekolah angkat akan dikenal pasti oleh PINTAR.

Bawa Anak-Anak Keluar Shopping, Boleh Didik Tentang Cara Berbelanja Yang Bijak

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI