Keibubapaan

Bawa Anak Autisme Tunai Umrah, Ibu Ini Kongsi Tip & Pengalaman Nak Bawa Anak Kecil Ke Mekah

Share

Setiap orang pasti mendambakan untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah dan Madinah sama ada untuk mengerjakan ibadah Haji mahupun Umrah. Tapi kalau nak bawa anak-anak kecil pastinya ia memerlukan persiapan yang rapi kerana maklum sahajalah bila bawa si kecil macam-macam benda ibu ayah kena sediakan ditambah pula dengan ragam si kecil yang memang kita tak boleh jangka.

Namun perkongsian Eida Ilham tentang pengalaman dia dan suami membawa 2 orang anak yang masih kecil mengerjakan Umrah sedikit sebanyak boleh dijadikan panduan buat ibu bapa lain yang ada perancangan untuk mengerjakan Umrah Bersama anak-anak. Malah salah seorang anaknya itu merupakan anak berkeperluan khas iaitu anak Autisme.

 

 

Pengalaman mengerjakan Umrah bersama anak normal & anak autism

Bismillahirrahmanirrahim. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua.

Alhamdulillah awal 2019, cikda dan Abegat sepakat untuk menunaikan Umrah kali pertama dan tanpa fikir panjang anak-anak pun dibawa sekali. Alhamdulillah juga kali ni ibu dan ayah cikda juga kami bawa bersama. Cikda yakin impian kita semua yang bergelar anak ni salah satunya ialah nak bawa Ibu Ayah ke Tanah Suci sebab impian cikda pun begitu.

Cikda mula membaca tentang pengalaman membawa anak kecil ke Tanah Suci, banyak bertanya juga pendapat dari orang yang berpengalaman bawa anak menunaikan Umrah. Semuanya positif, jadi dari situ cikda dan abegat yakin dengan keputusan yang kami buat. Iaitu bawa anak-anak sekali. Cuma maybe kami kena double triple persediaan mental dan fizikal sebab Megat Iman tak macam kanak kanak lain. Dia Mild Autism.

Jadi hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. 3 Dec 2019, 10.00 pagi. Penuh debaran, doa dipohon tak putus putus moga Allah SWT permudahkan semuanya. Perjalanan 8 jam tak terasa lamanya sebab dua dua pun banyak tidur dalam kapal terbang. Kalau tak tidur pun dorang duk layan kartun kat tv masing masing. Perut pun tak sempat lapar, kejap kejap makanan dihidangkan.

Flight kami sampai di Airport Madinah dulu. Dari Airport terus ke Hotel di Madinah. Anak anak ceria, happy, kemana mana pun kami bawa. Ke Masjid sebelum subuh pun kami bawa, senang sangat dorang bangun pagi tak meragam. Setiap kali masuk waktu, Megat Iman laa yang paling beria sekali nak gi solat kat Masjid. Alhamdulillah

Anak Demam, Sempat Tunai Umrah Pertama

Semua berjalan lancar hingga hari kami berangkat ke Mekah, Seri Aisya demam panas. Lembik merengek je taknak letak. Alhamdulillah ubat semua dah bawak siap siap dari Malaysia. Sampai di Mekah selesai Umrah pertama, cikda, Abegat dan Megat Iman pula demam. Maka berkampunglah kami di Hotel tak kemana-mana.

Esoknya Alhamdulillah semua beransur pulih. Dapat selesaikan tawaf sunat dan sampaikan doa doa dari keluarga dan sahabat sahabat. Hinggalah hari berangkat pulang ke Malaysia. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan olehNya. Megat Iman sangat sangat behave kecuali masa dia demam tu memang dia extra manja. Biasalah budak kan. So cikda kongsikan tips untuk ibuayah yang nak bawa anak anak kecil ke Tanah Suci.

  1. Sediakan Ubat Ubatan secukupnya
    -Untuk kes cikda, ubat demam Syrup dan Supp (ubat punggung) tak mencukupi. Sebab dua dua demam serentak. So kena beli ubat lain kat farmasi disana. Kalau kena beli, then beli je. Tak mahal pun. Sama je harga macam kat tempat kita.
    – Ubat yang perlu dibawa, ubat demam syrup & supp, ubat batuk, ubat selsema, ubat cirit birit, minyak angin, kool fever dan ubat ubat lain.
  2. Gadjet & Mainan
    – Time nak travel jauh camni setiap sorang memang ada gadjet masing masing. Tapi dorang tak tengok sangat pun sebab cikda tak beli simcard untuk dorang. Pakai wifi hotel je laa tengok youtube kejap kejap. Mainan pun tak bawak, dorang pun tak mintak mainan kat sana. Tapi atas anak masing masing. Bawa laa untuk lekakan dorang.
    – Cuma Megat Iman kena ada buku dan alat tulis. Time dia boring memang dia bukak buku untuk melukis. Buku dah penuh pun dia sanggup padam sebab kat sana tak tahu nak beli buku kat mana.
  3. Harness
    – Cikda beli untuk setiap sorang tapi tak pakai pun 😅. Selalunya memang Megat Iman ni akan lari lari kalau keluar. Tapi kali ni dia tak lari jauh pun. Dia ade je dekat dekat. Tapi kita mak ni kena alert laa. Nampak nak lari jauh sikit terus jerit panggil nama dia. Satu Madinah boleh dengar. 😂
  4. Stroller
    – Sangat sangat sangat penting stroller ni kalau bawa anak yang kecik kecik. Kesian anak nak jalan kaki. Letih juga kita nak mendukung je kan. Jadi bawak stroller. Mudah, dia pun boleh rehat dan tidur dalam tu. Time tawaf pun cikda letak Aisya dalam stroller. Tapi make sure dia tak berak tak kencing time tawaf & saie.
  5. Selipar
    – Kami empat beranak pakai kasut crocs je sepanjang kat sana. Selesa, tak licin, tak sakit kaki. Tapi kasut abegat hilang kat Masjid Nabawi. Pilih kasut yang selesa. Kasut yang selesa pun boleh mempengaruhi mood kita. Yela, kalau kaki anak anak sakit, kaki sakit, kang merengek je laa dorang kang.
  6. Makan
    – Tak perlu risau makanan kat sana. Bebudak ni kalau nampak boring nak start cranky je terus abegat belikan aiskrim. Aiskrim kat sana sedap sedap. Confirm mood gembira dorang datang balik.
  7. Pakaian
    – Tak perlu bawak baju budak banyak banyak. Bawak beberapa helai je selebihnya boleh beli kat sana. Murah murah ibukkkk. Rambang mata nengoknya.
  8. Sweater
    – Kena bawa sweater untuk anak anak. Sebab cuaca di Madinah hujung tahun memang sejuk. Lagi lagi time subuh tu kan. Menusuk ke tulang sejuknya. Kesian kat anak kalau kesejukan nanti.

Kalau Dah Niat, Allah Permudahkan

Setakat ni itu je yang cikda ingat. Kalau ade lagi nanti cikda tambah. Cuma kalau kita dah berniat nak bawa anak, jangan risau. Buat solat hajat dan doa banyak banyak minta Allah permudahkan. Allah Maha Mendengar.

Cikda doakan semoga kita semua diberi rezeki untuk menjejakkan kaki ke Tanah SuciNya bersama anak anak dan keluarga. Amin Amin Ya Rabbal Alamin.

#umrahcikda

Semoga apa yang dikongsikan oleh Eida Ilham ini dapat memberi manfaat kepada ibu bapa lain yang ada perancangan untuk bawa anak-anak yang masih kecil. Bila dah ada niat tu InsyaAllah, akan dipermudahkan. paling penting kena ada sedikit persiapan supaya perjalanan umrah dan ibadat di sana nanti akan lebih lancar.

sumber: Eida Ilham

 

Published by
SAHR