Siapa cakap mak-mak yang ada anak kecil tak boleh jadi penyokong pasukan bola sepak dan menontonnya di stadium. Bagi yang minat bola sepak, ada anak kecil bukan penghalang untuk sama-sama membangkitkan semangat skuad bola sepak Malaysia dalam Sukan SEA 2017.
Puan Rohaizah Maulud atau lebih mesra dikenali sebagai Ezo membuktikan ada anak kecil tetap boleh menonton perlawanan bola sepak di stadium. Menyokong minat suami dan dua anak perempuannya yang sudah remaja dan amat meminati bola sepak, Ezo turut membawa Rayqarl Daniyal, 3 tahun menyaksikan perlawanan antara Malaysia menentang Indonesia di Stadium Shah Alam baru-baru ini.
Ads
Dia mula membawa anak bongsunya, Rayqarl ke stadium menonton bola sepak ketika si kecil berusia 2 tahun lagi. Ibu tiga anak ini yang juga penyokong tegar skuad bola sepak JDT berkongsi tips yang boleh dilakukan oleh ibu-ibu lain apabila hendak membawa anak kecil ke stadium menonton bola sepak.
Ads
Pastikan anak cukup rehat sebelum pergi ke stadium. Tidur dan rehat yang cukup membantu si kecil ceria dan kurang tantrum.
Bawa bekalan makanan dan minuman yang cukup sebelum perlawanan bermula.
Ajak anak sama-sama join penyokong lain bersorak supaya dia tak rasa bosan dan mula meragam.
Kena selalu beritahu dia tentang bola sepak dan rancangan untuk pergi menonton bola sepak di stadium.
Awasi pergerakan dan keselamatan anak sepanjang masa semasa di stadium bola sepak.
Sediakan kipas kecil untuk mengurangkan anak rasa tak selesa dengan suasana stadium yang panas.
Ads
Katanya lebih mudah dia dan suami membawa Rayqarl ke stadium kerana si kecil itu sendiri sangat meminati bola. “Jadi tak ada masalah bagi saya nak bawa dia ke stadium,” akhirinya yang berharap supaya pasukan negara dapat menggondol pingat emas dalam Sukan SEA kali ini.
Adat hidup berumah tangga, sesekali berselisihan faham itu normal. Berkongsi hidup pastinya menerbitkan rasa tidak puas hati sesama dua insan. Biarpun saling menyayangi, pasti akan bergaduh jua. Pergaduhan itu ada baiknya, supaya setiap pasangan saling mengenali dan menjadi lebih matang.
Sesekali bergaduh manja tiada salahnya agar kedua-dua saling meluahkan perasaan yang terpendam. Ia juga dapat menjadikan sesebuah perkahwinan itu lebih harmoni dan bahagia kerana suami tahu kemahuan isteri dan isteri pula sedar akan keinginan suami.
Pun begitu, janganlah selalu bergaduh. Pertengkaran yang berlanjutan atau semakin teruk kerana tiada kata sepakat untuk berbaik semula (ego masing-masing) menyebabkan rumah tangga tidak bahagia dan sentiasa ‘panas’.
Sesetengah pergaduhan melarat dan memberi kesna kepada hubungan suami isteri. Lebih dahsyat lagi, sehingga ia menggugat keharmonian sesebuah perkahwinan dan berlaku perkara yang tidak diingini (penceraian).
Setiap pasangan terutamanya yang mempunyai anak, berfikirlah secara matang. Fikirkan kesan jangka panjang dari perbuatan anda. Jangan sesekali membuatkan anak menjadi mangsa dan bertoleransilah sesama kalian berdua.
Jika rumah tangga anda tidak tenteram, asyik bergaduh sahaja bolehlah diamalkan petua ini. Tidak sukar dan boleh diamalkan oleh kedua-duanya. Hanya perlukan satu gelas air suam yang dicampurkan dengan secubit garam. Kemudian, dibacakan:
Al Fatihah 3x Al Ikhlas 3x Baca Surah Yusof ayat 1-6 Ya Latif 7x Selawat 7x
Minumlah setiap hari, moga-moga dapat membantu pasangan anda yang panas baran untuk lembut hatinya. Untuk pasangan yang sering bergaduh tanpa sebab pun boleh amalkan, semoga ia membantu mengembalikan romantis seperti awal perkahwinan dahulu.
Sebaiknya dibuat dua kali sehari pada setiap pagi dan malam sebelum tidur. Buatlah dengan yakin, mudah-mudahan Allah SWT membantu untuk melembutkan hati suami dan isteri yang sering bergaduh untuk lebih mesra dan saling mencintai.
Untuk seorang isteri memenangi hati suami sebenarnya tidaklah susah. Kadang-kadang suami tidak kisah pun bentuk fizikal isteri, yang dia inginkan hanya seorang isteri yang menyayangi serta memanjakannya. Suami ni kalau diikutkan, kalau manja lebih dari anak-anak!
Untuk menambat hati suami, ada beberapa amalan yang boleh dibuat oleh isteri. Sesetengah daripadanya cukup mudah, tapi tak sangka pula suami berbesar hati jika dibuat oleh isterinya.
Memetik sebuah artikel melalui portal akuislam, katanya untuk menambat hati suami bolehlah si isteri cuba praktikkan beberapa perkara ini:
Sesetengah suami suka jika isteri berikan perhatian kepada hal-hal remeh berkaitan dirinya. Sebagai contoh, isteri cadangkan baju apa untuk dipakai atau bantu untuk butangkan bajunya. Kadang-kadang, apabila isteri tolong potongka kuku suami atau cukurkan misai dan janggutnya juga, boleh buat suami jatuh hati pada isteri.
Mungkin sesetengah isteri tidak suka buat begitu kerana merasakan seperti dia perlu menjadi seperti hamba pula untuk sediakan semuanya. Sebenarnya banyak kelebihan jika anda melakukannya hal ini untuk suami.
Ada disebut dalam hadis:
“Ya Fatimah, barangsiapa wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya serta memotong kumisnya dan mengerat kukunya, Allah akan memberinya minum air dari sungai-sungai di Syurga, diringankan baginya sakaratul maut, akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman Syurga, Allah mencatatkan baginya bebas dari api Neraka, dan selamat dari Titian Sirat.”
Mungkin kedengaran remeh, tapi sebenarnya bila suami memanggil isterinya kenalah bersegara kepadanya. Sebaik dipanggil, sekurang-kurangnya menyahut dan katakan yang anda sedang datang. Atau jika anda tidak boleh meninggalkan pekerjaan yang dibuat ketika itu seperti memasak, bolehlah beritahu kepadanya.
Ketika menyambut suami pulang dari pejabat, senyumlah padanya. Ada sesetenagh masa, mungkin dia pulang dalam keadaan masam mencuka. Tidak mengapa, jangan marah padanya.
Tetapi hadiahkan senyuman, sekurang-kurangnya pahala untuk anda buat begitu sudah ada. Tidak perlulah berhias seperti malam anugerah, cuma pastikan anda berada dalam keadaan kemas dan berbau harum. Anak-anak juga perlulah dalam keadaan kemas dan ceria.
Bukan bermakna anda harus jadi seperti hamba. Cara untuk melayan suami seperti raja tidaklah susah. Kadang-kadang, soalan ringkas seperti “Abang nak makan dulu atau nak mandi dulu? Kalau nak makan, saya siapkan.” Tahukah anda, soalan begini sudah cukup untuk buat seorang suami merasakan si isteri mengambil berat soalnya. secara tidak langsung, rasa letihnya semakin berkurangan tapi cintanya pada anda semakin mekar mewangi!
Hargailah setiap pemberiannya. Jangan diperlekehkan walaupun anda tidak suka. Terima dengan hati terbuka. Jika mungkin anda kurang suka dengan apa yang diberikan, ucapkan terima kasih kemudian beritahu padanya. Tidak perlu condemn terus usahanya itu.
Suami akan merasa kurang selesajika selalu sangat dileteri si isteri.
Kadang-kadang ketika sedang menemankan suami makan inilah anda boleh bersembang dan berbincang dengannya. Kalau tak mahu makan pun tidak mengapa, cukup sekadar berada di sampingnya.
Suami suka jika isterinya seorang yang bijak. Sesetengah suami suka bersembang pelbagai topik dengan isteri, jadi sekurang-kurangnya anda ambil tahu hal semasa, bolehlah dibuat topik berbual.
Tidak salah untuk meluahkan pendapat anda. Pendekatan perlu betul, jangan terus bangkang apa kata suami anda. Secara lembut, tegurlah yang mana perlu.
Isteri suka jika isterinya menjadi penenang ketika dia berada dalam keadaan gundah.
Tempat tidur adalah ruang peribadi untuk pasangan suami isteri. Di situlah tempat paling sesuai untuk bercerita hal serius dan sebagainya. Cantikkan ruang di dalam bilik supaya menenagkan hati suami.
Sekali dua, suami tak kisah untuk memujuk. TEtapi bila sudah dipujuk tetap mengada-ngada suami akan bosan dan membiarkan sahaja. Suami sukakan isteri yang manja, tetapi bukanlah sehingga tidak mampu berdikari.
Suami suka jika isteri menjadi penyokong terkuatnya. Sebaik-baiknya, janganlah isteri memperlekehkan kemampuan serta kredibilitinya. Tunjukkan rasa hormat dan anda kagum padanya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Alahan atau mengidam wanita yang sedang mengandung ni ada macam-macam. Teringin nak makan sabun, ada yang suka bau minyak, nak mandi hujan dan macam-macam lagi.
Bila dikenangkan mengidam waktu hamil ni memang lucu dan rasa pelik tapi itulah yang kita nak sangat waktu mengandung kan?
Setiap wanita hamil melalui pengalaman yang berbeza. Jika okay sahaja tak ada ‘mabuk-mabuk’ memang syukur sangat. Namun ada juga yang terpaksa berehat dan asyik muntah sepanjang kehamilan. Sampai masuk hospital pun ada!
Seperti yang dikongsikan oleh pelakon, Harris Annuar, isterinya kini yang sedang mengandung di trimester ketiga mempunyai satu tabiat pelik iaitu sukakan bau simen.
Sebuah video pendek yang dimuatnaik oleh Harris menunjukkan Asha Merican berjalan perlahan-lahan di ruang tangga kecemasan untuk menghidu bau dinding simen.
“Dilema seorang bakal ibu, inilah rutin saya setiap petang bawa dia pergi kawasan tangga kecemasan 🤣 Siapa macam ni jugak?”.
Sambil menemani Asha, Harris sempat mengusik isterinya itu. Beberapa kali berhenti semata-mata nak hidu bau simen. Biarpun terpaksa memanjat tangga, nampaknya ia tak menghalang Asha untuk memenuhi keinginan menghidu dinding tersebut.
Kebetulan ada cebisan cat yang terkopek dari dinding, Asha terus ambil dan cium. Harris juga bertanya sama ada isterinya sudah puas apabila dapat hidu bau dinding dan meminta supaya Asha masukkan cebisan itu di dalam hidung.
Tambah lucu bila Harris sudah keluar tetapi sempat merakam isterinya yang ‘curi-curi’ bau dinding sebelum keluar. Macam-macam kerenah ibu mengandung ni, rasanya banyak yang melalui pengalaman yang sama cuma mungkin berbeza benda yang diidamkan.
Sama-sama kita doakan semoga perjalanan kehamilan Asha dipermudahkan serta sentiasa diberikan kesihatan yang baik. Tahniah, Harris dan Asha!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!